BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday 15 December 2012

Harapan dan Impian Kita Bersama


Ya Allah ....Ya tuhanku.... Kau kuatkanlah hati ini... Sebagaimana Kau kuatkan hati Nabi Muhammad S.A.W dan para Rasul.. dalam menegakkan ajaranMu....... 

Ya Allah..Ya Tuhanku... Kau lindungilah hati ini.... Sebagaimana Kau lindung setiap hamba-hambaMu....

 Ya Allah...Ya Tuhanku... Kau jagalah hati ini .... Agar terus mencintaiMu... Sebagaimana Kau mencintai kami...

 Kau kentalkanlah hati ini yang kadang-kala goyah dalam ujianMu....... 
Kau suburkan rasa cintaku padaMu , Nabi dan para Rasul...

Janganlah Kau biarkan aku terus hanyut melupakanMu.... Sepertimana Kau yang tidak pernah melupakan hambaMu...

Janganlah Kau biarkan aku leka dalam setiap nafasku...

Sesungguhnya dalam setiap nafasku....Hanyalah kepunyaanMu...... 
Dalam setiap degupan jantungku.......Hanyalah padaMu...

Seandainya itu ujianMu pada hambaMu... Redhakan dan pasrahkan aku.....


Kuatkan aku.... Lindungilah aku... Jagalah hatiku.....

Sesungguhnya ... Kau Yang Maha Mendengar.... Maha Melihat...Maha Pengasih....


Hanya padaMu, kami sujud kepadaMu... Hanya padaMu............

Wednesday 7 November 2012

Perubahan....



Musim berubah.....

Begitu juga dengan dengan kita......

Namun, musim berubah mengikut fitrah yang telah ditetapkaNya.....

Bagaimana pula dengan kita ?

Dan ternyata oerubahan itu pasti ada ....

 
  

Monday 5 November 2012

MOOD TIDAK STABIL

ENTRI SERINGKAS MUNGKIN......


MOOD TIDAK BERAPA NAK STABIL.......

Huhu............



*Kau tenangkan hati ini Ya Allah dan hati-hati hambaMu.....Sesungguhnya Engkau tempat kami bermohon dan hanya Engkau yang mengetahui yang terbaik buat hambamu...Amin

Saturday 13 October 2012

Yang Kita Sayang

"Benda yang kita sayang itulah, yang Allah akan uji.....Nak tengok sejauh mana sebenarnya keperibadian kita, nak tengok sejauh mana kita boleh menerima dan nak tengok sejauh mana sifat kita asalnya.."


Assalamualaikum......


Sekadar perkongsian....Ayat yang aku terima oleh seseorang pada pagi tadi......

Nampak ayat dan perkataan yang digunakan sangat ringkas.....

Namun, bila diteliti maksudnya sangat mendalam....

Boleh diterjemahkan  dalam pelbagai hal.....


Sungguhkan,,,,,,Benda yang kita sayang, itulah Allah akan uji...Mahu melihat kesediaan kita menerima dan melihat sifat asal kita...Lumrah manusia, benda yang kita sayang, seboleh yang mungkin kita akan jaganya dan kalau boleh, tidak akan diberikan pada orang lain.......Tambahan pula, kalau benda tersebut, sememangnya hak peribadi yang sangat sulit dan paling berharga...


Namun, kita seolah-olah lupa bahawa Allah berhak ke atas hambaNya.......


Bukan Dia hendak merampas, namun ketahuilah itu HAK dan KUASANYA....

Siapa kita untuk menghalangnya.......

Cuma mahu melihat, bersediakah kita sekirannya sesuatu berlaku.......

Iman kita selepas itu bagaimana ?

Kecintaan kita padaNya bagaimana ?




*Tidak perlukan ujian atau yang kita sayang diuji untuk beriman dan cinta padaNya...
* Belum diuji pun, harus beriman padaNya...Selepas itu, tambahkan lagi kecintaan kita padaNya..
*Ingat-mengingati itu penting, kadang kala ita tidak sedar dan lalai.....
Insyallah.......




Saturday 6 October 2012

AKHIRNYA....PMR MENJELMA

Dug..Dag..Dug..Dag.....


 Genre : Seram
Tajuk Filem : PMR
Tarikh tayangan : 8 Oktober 2012
Penerbit Filem  : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Tiket : Percuma (hanya tingkatan 3 sahaja)
Tempat tayangan  : Sekolah-sekolah Menengah seluruh Malaysia
Arahan : Pengawas Peperiksaan






Assalamualaikum wtb......

Tinggal lebih kurang 2 hari lagi peperiksaan PMR akan menjelma.....

Perasaan usah ditanya....

Sedikit gemuruh (bukan sedikit, banyak sebenarnya :-) )

Sedikit tertekan.....

Sedikit gementar......

Tahun pertama mengajar pelajar Tingkatan 3........

Tahun pertama berperasaan sedemikian.......

Rasanya jika dibandingkan dengan pelajar.....aku yang terlebih sudah.......

Namun, segalanya telah dicurahkan....segalanya telah diberikan (ilmu sahaja yea ^ _ ^ )..hehe

Harapan..semestinya tinggi.....Jika tidak setinggi gunung, sekadar tinggi bangunan sekolah pun cukup memadai........kihkih

Ingin benarnya merasai kegembiraan para pelajar sewaktu mengambil keputusan....

Yang penting, tertera Mata pelajaran Bahasa Melayu LULUS.......


Teringat sewaktu mengajar kelas tambahan buat para pelajar....

Pelajar : cikgu, bila lagi nak buat kelas.....sekarang ney woo saya banyak suka bm (sila gunakan loghat cina)....

cikgu : baru sekarang awk kata seronok, penat sy mengajar tunggang-langgang, bersilat bagai 9 bulan ney, baru sekarang rasa seronok.... (dlm hati seriuss .......gembira dan hati melompat-lompat)....



Sebenarnya bukan mudah untuk mendekati para pelajar cina dan india untuk mereka menyukai bahasa melayu, jujurnya aku mengambil masa yang agak lama untuk menarik minat mereka....Biarpun pada akhirnya mereka mulai menunjukkan rasa minat mereka.....Dalam hati, sejujurnya rasa terharu.....gembira........

Tambahan pula, bila para pelajar yang agak nakal, mula menarik kerusi dan duduk ditepi meja guru untuk bertanya pelbagai  soalan....Perasaan seandainya mereka perempuan , dah lama aku peluk (jaga tingkah laku, karang tak pasai-pasai famous).....hahahhaha.....Dalam hati, tidak berhenti-henti ucap Alhamdulllilah...Bersyukur sangat-sangat......

Kadang kala, biar apa jua bangsa, bila semangat belajar itu ada, guru -guru akan merasai tempiasnya.....Biarpun sanggup berkorban masa, mengajar sehingga tamat persekolahan bersambung pula ketika cuti, tidak dirasai semuannya......Hanya semata-mata mahu melihat para pelajar berjaya........

Itu yang aku tabik springggg pada guru-guru sekalian......Sungguh, bukan kerna aku juga seorang guru, namun kerana budi mereka, tidak sampai aku di tahap sekarang ini...


Buat para pelajar sekalian yang berada di luar sana, nak ucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan...Semoga buat yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah yang paling penting buat kedua ibu bapa anda....Buktikan pada guru dan sekolah, bahawa anda sememangnya layak dan buat mereka bangga....Chaiyok...chaiyok !!!!!.......



Sunday 30 September 2012

Rahsia Allah :-)


Assalamualaikum.......


Bila terasa ingin menulis, terus menaip papan kekunci.....

Bila mula menulis, terasa janggal pula membiarkannya sepi......

Bila mula menulis, terasa perkara apa yang perlu direncanakan....

Bila mula menulis, bayangan tajuk pula tidak diketahui....

Bila mula menulis. akhirnya terlintas perkataan "Rahsia Allah".......


Benar, Rahsia Allah itu sudah cukup mencukupi segalanya.......Apa sahaja yang terbentang di hadapan mata yakni yang tersurat dan tersirat apatah lagi menjadi rahsia Allah.....

Terkadang kita sendiri tidak sedar bahawa indahnya ya rahsia Allah itu...Bayangkan sekirannya sudah tertulis seperti dalam diari, maka hilanglah Kekuasaan Allah dan Kekayaan Allah......Subhanallah, Maha Besar rahsiaMu.......

Rahsia Allah itu meliputi segalanya..Soal rezeki, jodoh dan maut....Hampir segalanya dirahsiakan buat hambanya...

Namun yang pasti ternyata rahsia Allah itu membuatkan kita sentiasa istiqamah dan redha dengan ketentuanNya.......

Allah itu mahu menguji .....

Sejauh mana keikhlasan kita dalam menerimanya....

Sejauh mana kita bersedia.....

Sejauh mana kita ikhlas .....

Namun yang pasti, Allah itu Maha Adil.....Lalu dibukakan jua sedikit rahsia buat hambanya.....

Dan rahsia itu, tertulis dalam kitab suci Al-Quran......


Allah  SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :-

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]




Terpulang pada kita sebagai hambanya untuk menilai dan meneliti... 

Segalanya telah terzahir.......

Namun Allah tetap menyembunyikan dan merahsiakan juga 10 perkara :


1.  Allah SWT merahsiakan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambanya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan mengabaikan malam-malam yang lain. Oleh itu Allah SWT menghendaki hambanya melakukan ketaatan sepanjang Ramadhan dan sepanjang hayatnya.
.
2.  Allah SWT merahsiakan Redha-Nya dalam taat. 
Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan (keredhaan-Nya) atas amalan-amalan yang kita persembahkan kepadanya (ketaatan) supaya kita tidak kecewa di atas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat kecacatan yang kita tidak ketahui.

.
3.  Allah SWT merahsiakan Murka-Nya di dalam maksiat. 
Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan (Kemurkaan) daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat di dunia. Sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

.
4.  Allah SWT merahsiakan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
Allah SWT tidak menyatakan nama-Nya yang terAgung di dalam Al-Quran supaya hambanya tidak tertumpu pada nama dan surah tertentu sahaja dan mengabaikan kemujizatan kitab suci tersebut. Maka Allah SWT menghendaki hambanya sentiasa mengkaji dan memahami isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

.
5.  Allah SWT merahsiakan solat yang paling utama di dalam solat fardhu. 
Allah SWT menyembunyikan solat kita yang terbaik disisinya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadanya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

.
6.  Allah SWT merahsiakan wali Allah dikalangan alim-ulama’
Allah SWT tidak menyatakan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

.
7.  Allah SWT merahsiakan Qada’ dan Qadar di dalam kehidupan.
Allah SWT menyembunyikan untung-rugi nasib dan perjalanan kehidupan agar manusia sentiasa redha menerima sebarang kemungkinan. Sudah tentu terkandung banyak hikmah disebaliknya yang telah ditentukan sejak azali lagi. Di samping itu, ianya juga menggalakkan kita lebih berusaha serta bertawakal kepada Allah SWT.
.
8.  Allah SWT merahsiakan Jodoh Pertemuan. 
Allah SWT tidak menyatakan pasangan hidup seseorang supaya kita tidak merasa kecewa di atas ketentuan tersebut dan menerima pasangan seadanya dengan penuh hikmah dan syukur, agar kita dapat meneruskan kehidupan dengan aman sejahtera.

.
9.  Allah SWT merahsiakan tarikh kematian
Allah SWT merahsiakan tarikh kematian hambanya dengan hikmah agar hambanya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja, tanpa sesaat pun tertangguh.
.
10.  Allah SWT merahsiakan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat bermulanya hari kiamat. pasti hamba-hambanya tidak dapat menempuh hari dengan lebih sempurna, mereka akan hilang akal dan tanpa mahu melakukan sebarang pekerjaan.
.
.
Begitulah bertapa luasnya ilmu Allah Yang Maha Pencipta yang hanya merahsiakan beberapa perkara disisi-Nya supaya kita sebagai hamba sentiasa berwaspada dan beramal soleh dalam kehidupan yang dipinjamkan. Hanya ilmu dan perbuatan yang bermanfaat sahajalah yang berkekalan dan dapat membantu kita di alam barzah dan akhirat nanti.



Wallahu A’alam Bissowab

 P/S : Semoga perkongsian ilmu ini mendapat barakah dan keredhannya.....Insyallah


Saturday 29 September 2012

Rapuh

ALLAH swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya. 

 

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulilah, bersyukur kita atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya pada kita hingga detik ini kita masih bernafas dan mampu menghela nafas...Mampu mengucapkan alhmadullilah, masih mampu memberikan kasih sayang pada insan yang tersayang.. Perkara paling penting masih mampu sujud kepadaNya. Syukur alhamdullilah.....

 

Awal entri ini dimulakan dengan petikan kata-kata yang aku rasa dan aku genggam pada hari ini. Allah s.w.t tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya .. sesuai dengan  ayat di bawah :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"- Surah Al-Baqarah :286

 

Hidup kita sering diuji, ujian itu kadang kala terjadi tanpa kita sedar dan tanpa disangka-sangka...Kadang kala kita rasa rapuh.. Tidak mampu berdiri, tidak mampu berkata-kata hanya air mata cukup menceritakan segala-galanya.. Kita rasa hidup kita cukup lengkap, cukup segala-galanya, sehinggalah ujian itu diberikan oleh Allah kepada kita, ternyata Dia ingin sedarkan kita bahawa tidak selamanya kita sempurna, tidak selamanya hidup ini kita rencanakan...Sesungguhnya, hidup ini hanya pinjaman, sejauh mana kita merancang, yang terbaik akhirnya akan Allah tentukan. Hanya Dia yang berhak keatas segala-galanya milikNya.....

 

Ramadhan tahun ini banyak mengajar aku erti ujian, erti kesabaran, erti ketabahan..Berita abahku kemalangan, cukup menggetarkan hati ini malah hati keluargaku..sesungguhnya, tidak ada dan tidak pernah kami sekeluarga diuji ujian sebegitu... Kemalangan tanpa sebarang berita yang diketahui, memang pahit dan cukup merisaukan..Kadang kala rasa tidak percaya dikhabarkan hal sebegitu, baru bersahur bersama..Sewaktu itu, pelbagai andaian dibuat, air mata tidak perlulah dikira...Melibatkan orang tersayang, orang yang selama ini hadir dalam hidup kita sememangya cukup meresahkan... Ditambah ditahan di wad kecemasan, di zon kuning....Masuk sahaja ingin berjumpa dengan abahku, perasaan tidak perlu dikira, jantung berdegup dengan pantas...Dan di suatu sudut, aku melihatnya...Tatkala kita pernah nampak dirinya sihat, dan secara tiba-tiba dirinya lemah tidak bermaya, dengan darah yang mengalir, hanya Allah yang tahu hati ini...Sungguh, andai dapat ditukarkan, aku ingin menukarkan saat itu dengan abahku... Rasa pilu ditambah dengan suaranya "abah kat mana?"....."abah rasa patah tangan abah ney?... "abah tak ingat macamana jadi.....".....Ya Allah, baru aku sedar, sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa ke atas hambanya.......

 

Saat menunggu keputusan doktor, dibawa ke bilik x-ray beberapa kali cukup merisaukan kami semua...Nampak luaran alhamdulilah, namun secara dalaman itu yang cukup merisaukan kami sekeluarga... Di luar bilik x-ray, aku cuba bertahan, tabahkan hati ini untuk kuat, cuba merasionalkan diri, ternyata aku tidak mampu...Sehingga bercakap di telefon dengan adikku yang baru habis persekolahan pun cuba bertahan, dan setelah diletakkan, ternyata aku bukan tabah orangnya...Pandangan orang sekeliling, tidak aku risaukan sehinggakan ada yang mengambil berat bertanya..Terima kasih pada mereka yang mendoakan biarpun tidak mengenali, aku kira cukup bersyukur kerana kiriman doa itu amat penting buat kami.....Hampir seharian kami hospital, berbuka puasa sekadarnya.... Bersyukur kerana abahku akhirnya dapat ke wad biasa..Keputusan doktor masih belum diketahui...Malam pertama, aku tinggalkan abahku bersama-sama emakku...

 

Pagi keesokkannya, abahku sekali lagi dibawa ke bilik x-ray...Entah kali keberapa....Alhamdulilah, keputusan doktor menujukkan bahawa bahu abahku patah dan tulan rusuk patah. Hanya kecederaan ringan di kepala, belakang badan dan tangan...Alhamdulilah Ya Allah....Bersyukur atas segala kemudahan dan kesenangan kepada kami.....Bersyukur kerana ada yang melawat abahku disamping doa yang dititipkan oleh mereka......Baru aku mengerti tentang ujian yang diberikan berdasarkan kemampuan kita sebagai hambanya...Tatkala melihat insan-insan lain di hospital, aku bersyukur kerana kesedihan kami hanya picisan sahaja sekirannya hendak dibandingkan dengan insan-insan lain yang ternyata lebih hebat dugaannya...Aku doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat mereka....

 

Sekali lagi, aku rapuh. Perkhabaran ayah kawan baikku ke wad kecemasan di zon merah, cukup meresahkan..Aku pernah melalui unit itu, dan aku tahu perasaanya...Mungkin lebih hebat.. zon merah itu sudah cukup mengerunkan...Tiada apa yang dapat aku buat, selain doa dan kata-kata semangat buatnya....5 hari kemudia, perkhabaran yang aku terima pada awal pagi Sabtu, cukup menyentakku...Kiriman sms yang cukup ringkas, namun pegertian yang terlalu berat.. Ayahnya sudak kembali ke rahmatullah pagi tadi..Ya Allah, pada Engkau kami datang, dan pada Engkau jualah kami kembali.....Ternyata perasaan dan apa yang dilalui olehnya lebih berat dariku......Ternyata, kuasa Allah sangat besar..Namun aku bersyukur kerana Kau telah kuatkan hati kawanku dan Kau tabahkan hatinya dalam menempuh ujian ini...Dan aku kagum melihat setiap butir-butir bicaranya menempuh ujian yang ternyata hebat ini....

 

Benar, ujian itu terasa pahit untuk ditelan, namun kemanisan dan ganjaran yang diberikan ternyata lebih besar dan hebat.. 

 

Benar, tidak sesekali Allah akan menguji hambanya sekirannya seseorang hamba itu tidak mampu memikulnya...

  

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

 

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

 

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

 

 Biarpun kita rapuh pada awalnya, namun akhirnya Cinta kita hanya pada Allah....Dan akhirnya, kita berharap hanya Dia yang bertakhta dalam hati dan jiwa kita...

 

 

 

p/s :Moga dikuatkan amalan kita....Dikuatkan iman kita biarpun ujian melanda...

-Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita..

-Buat mereka diluar sana yang pernah kehilangan dan diuji, biarpun aku bukan sesiapa untuk kalian,  aku doakan kalian kuat menempuhnya....Doakan kalian tabah dan dipermudahkan urusan..Insyallah, amin.....

-Bila ujian melanda, kita lihat betapa besarnya kasih sayang bukan sahaja dari Allah, malah keluarga kita dan orang disekelilig kita..Terharu dengan kesungguhan abang iparku dan kakak, adikku dayah dan faiz sewaktu abah kemalangan...

- Entah kenapa, aku sukakan lagu Opick-Rapuh....Setiap kali resah dan diuji, sering mendengar lagu itu..Dan kembali kuat..Insyallah :-).....

-Cahaya itu sangat cantik, dan jangan gelapkannya dan berpura-pura tidak nampak....

Monday 10 September 2012

Kemalasan

Assslamualaikum.....


Terlebih dahalu nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN....
Amboi dah hampir sebulan beraya, baru kau nak ucapkan kata-kata tersebut...hehe.....


Sebenarnya teringin sangat nak update blog tiap-tiap hari... Namun kekangan masa kadang kala mengatasi segala rasa.... Teringin nak meluahkan segalanya, namun yang tinggal hanya terbiar lesu begitu sahaja....

Sejak belakangan ini, perkataan kemalasan tue benar-benar menguasai diri...
Ingin ditepis, habis segala silat dibuka, namun tak berjaya jua....
Iman di dada tidak begitu kuat kot....huhu


Kadang kala nak luahkan tapi tidak terluah pulak...
Hasilnya, terluah sahaja dalam hati dan dibiarkan begitu sahaja.....
Sejujurnya, sangat merindui untuk menulis....
Sangat merindui untuk menceritakan walaupun akhirnya tergantung begitu sahaja tanpa dipedulikan...
Biar apa pun , yang penting terluah sedikit rasa yang terbuku di hati......

Thursday 28 June 2012

Bahagia ?????

Asssalamualaikum......

Bismillahirrahmanirrahim......

Perkara apa yang kita hendak lakukan, moleknya benar sekirananya dimulakan dengan bismillah..Insyallah, moga-moga apa yang hendak dilakukan oleh kita mendapat berkat......

Serius, setakat ayat ini, masih belum lagi ketahui tajuk entri ini dan pengisiannya.....Membuka blog ini pun secara tidak sengaja (chewahhh, tak sengaja laa sangat :p).......Tapi benar, aku sendiri tidak pasti apakah pengisiannya.......Jawapan paling senang dan mudah, sengaja nak menyemakkan blog aku....kahkahkah....

Setiap orang berhak merasa kebahagiaan...Dan kebahagiaan itu kadang kala datang tanpa diduga....Biarpun tidak mengecap kebahagiaan, namun melihat insan disekeliling kita bahagia, sudah cukup terasa aura kebahagiaan tersebut.......Bahagia itu bukan sahaja terletak pada katanya, malah saat merasai bahagia, tiada satu perkataan pun yang mampu mentafsirkan perasaan tersebut......

Mungkin itu yang dirasai oleh adik aku.....Saat-saat ini mungkin dia tengah bahagia....Siapa yang tidak bahagia, apabila mengetahui dirinya hanya selangkah kaki sahaja untuk menjadi halal buat suaminya......Ikatan pertunangan yang akan mengikat mereka sebelum diijabkabulkan.......

Perasaan aku, gejolak hatiku, sudah tidak terkira lagi...Saat dikhabarkan hal sedemikian, serius adrenalin dalam tubuhku bergerak dengan pantas sekali.....Perasaan tumpang kebahagiaan pasti ada..Namun, jauh di sudut hati (chewah macam lagu Sudirman laa plak)........sangat sedih, yelahhh akaknya belum tiada apa-apa lagi, tunang pun tidak, adiknya pulak nak bertunang...wahhhhhhhhh tensionnnnnnnn.........Pasti orang kampung akan bertanyakan hal aku.....Wahhhhhhhh!!!!!!!!......

Bila difikirkan, perasaan resah, tidak senang duduk, tidak senang berdiri, tapi senang makan laa pulak....Itulah aku, kes-kes berat macam ini pun masih lagi senang makan..Ada kerr patut...Tak patut langsung..Pastu mulalah cakap nak berdiet laa.......Pirahhhhhhh........Mana tak resah, tahun depan 27 beb (walaupun muka aku still nampak 25,hahhaa)............wahhhhh takutnya..........Confirm, adik aku kawen dulu kalau kes dia ney gatai nak kawen awai dari aku.......

So, apa langkah-langkah dan cara-cara mengatasinya??????????


P/S : Lepas ini, kena mencari calon suami laa......Siapa nak jadi, sila angkat tangan anda..pendaftaran terbuka........hahahahahha (serius k,hahaha)
-to my lovely sis, really happy for u...sorry can't attend ur engagment (ohhh my english!!!)....rosak bahasa....hahaha (takut ditanya, jadinya berkeputusan tidak pulang ke kampung...hahha..tue lah, siapa suruh buat time bukan cuti sekolah...........
-maaf laa yea, kena menghadiri kursus time tue...sorry dear..
-.Biarpun tidak dapat melihat cincin disarungkan ke jarimu, doaku sentiasa mengiringi.......Shima doakan semoga selamat semuanya, semoga ikatan yang terjalin ini akan berterusan sehingga saat diijabkabulkan.....Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya..Amin...
-still nak mintak sepersalinan ..siapa suh langkah bendul...kihkihkih
-Begitu juga dengan di luar sana, harap anda semua peroleh kebahagiaan yang tidak terhingga pemberiaan Dia......Amin....

-p/s (tolong doa jodoh aku yea.......kwang..kwang..kwang........gatai)hahahhahahhahha

Saturday 23 June 2012

SEMEKAR 2011

Wahh..lama tak update blog.....huhu
Rinduunyerrr nak menaip ala-ala versi  burung belatuk atas keypad ney...hahahha


Hari ini...Tidak mahu menulis dengan kata-kata yang panjang.....

Hanya mahu mengupload (jangan tiru kesalahan bahasa ini) hahaha.......

Dari kenangan SEMEKAR 2011........

First time buat video ney tauuu........


Sedikit berbangga dengan pencapaian aku.....hahhaha
(padahal orang lain lebih pandai....hehe)

So, layan..............

Monday 30 April 2012

Gejolak Hati

Assalamualaikum....

Alhamdulillah diberikan ruang dan peluang serta kesempatan yang masih tersisa ini bagi menjalani hidup atas muka bumi yang sungguh indah...Setinggi-tinggi pujian selayaknya harus diberikan kepada Dia kerana masih lagi membenarkan kita menghirup udara dan bernafas...

Malam ini, agaknya mungkin malam yang terakhir dalam bulan ini untuk tahun ini update blog..hehe.....Esok,sudah mula berangkat ke tempat kursus di Temerloh...Harapan semoga segalanya dipermudahkan segala urusan dan dijauhi segala bencana dan bahaya...Insyallah.......

Setakat ini, segala barang-barang serta keperluan untuk sebulan berkursus hampir selesai..Namun, aku tahu pasti sebenarnya ada sisa-sisa yang tertinggal jua..Biasalah "orang melayu mudah lupa"...hahaha.....Tatkala menyimpan barang-barang, seriously aku rasa sangat sedih..Sungguh, rasa tidak mahu menyimpan baju-baju ke dalam beg...Mungkin bila memikirkan selama sebulan berada di sana, pasti hati mana yang tidak berat.....:-(

Asyik menyimpan barang, terima kiriman video dari keluarga yang berada di nun di Pendang....Video yang ringkas dan tidak sampai 1 minit itu sudah cukup merindukan aku pada semua penghuni di sana.....Video gelak tawa anak sedaraku yang baru berusia 7 bulan...Ketawanya membuatkan aku gelak, namun bila terdengar suara-suara di belakangnya...Sungguh sedih....


Tidak pasti........




Ada cecair jernih yang jatuh dari kelopak mata..........






Sungguh perasaan RINDU ITU TERUS MENCENGKAM..........





Hampir 3 BULAN tidak temui mereka...........







# Ya ALLAH, kau peliharalah mereka YA ALLAH..KAU jauhkanlah mereka dari segala bahaya, kecelakaan dan KAU selamatkanlah mereka dan lindungilah mereka dari azab api neraka..KAU permudahkanlah urusan mereka YA ALLAH...Sesungguhnya, tiada apa yang dapat aku bagi melainkan doaku......Amin Ya Rabbal Alamin......Sesungguhnya ENGKAU lah yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG........#

Tuesday 24 April 2012

Agak susah nak UPDATE BLOG

Asssalamualaikum wbt......

Terasa sungguh lama tidak menjengah alam blog Menggapai Bunga Sakura ini....Aku kira sudah berhabuk dan bersarang sekirannya benar-benar tampak....Bukan sahaja alasan tidak ada masa, hatta malas namun hakikat yang sebenar sudah sibuk sejak dua menjak belakangan ini...Boleh kata, hampir setiap hari sibuk hingga detik ini.....Rasa rindu nak menulis, memang ada...Kadang kala bila sesuatu berlaku, terasa ingin dicapai 'laptop' dan terus menekan bait-bait huruf yang ada di 'keyboard' hingga menjadi satu entri....Biarlah sependek pendeknya..Namun, ada sahaja yang menghalang....Malah ayat tersebut terus hilang......

Banyak perkara dan hal yang berlaku selepas entri terakhir ditulis...Kesibukan di sekolah seperti menjadi guru pengiring Kejohanan Olahraga MSSD Cameron Highlands selama 3 hari sudah cukup untuk menggelapkan mukaku..Hampir membuatkan..opss bukan hampir malah memang menjadi bahan gurauan rakan sekerja malah anak muridku sendiri..Agaknya tragis kot bila melihat muka yang tidak berapa nak cerah bertukar menjadi GELAP...hahaha..Pengalaman yang aku kira boleh dikatakan seronok....kihkih (seronok laa sangat... :p)...
Namun tahun ini, sangat berbeza dengan tahun lepas..Tahun ini debaran untuk menjadi Johon Keseluruhan sangat tipis, dibezakan hanya 2 emas sahaja, sudah cukup untuk mendebarkan kami guru-guru yang berada di padang..Namun, alhamdulillah, SEMEKAR masih lagi mengekalkan taringnya dengan menjadi JOHAN 2 tahun berturut-turut..Resepi kejayaaan, senang sahaja, iaitu BERJEMUR SEBANYAK MUNGKIN MEMBERIKAN SOKONGAN YANG PADU DAN JITU KEPADA PARA PELAJAR..Sungguh, bukan berlawak yea ...hehe..Moral support sangat penting sebenarnya..Mampu merubah gejolak perasaan dari murung kepada bersemangat..Itu yang aku nampak sepanjang 3 hari berada di padang... Dan aku lihat kesungguhan insan yang bernama CIKGU..Biarlah orang lain merasakan BIAS..Namun, aku terasa seandainya bukan aku bergelar CIKGU juga, aku dapat melihat betapa bertuahnya dan berkuasanya impak CIKGU dalam diri pelajar.

Aku tinggalkan Kejohanan Olahraga yang penuh dengan memorinya.....Masih lagi tersenyum melihat keletah guru-guru bersorak bersama-sama pelajar...INDAH rasanya......Tidak sampai 3 hari di sekolah, aku tinggalkan sekolah untuk Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringka Daerah...4 hari 3 malam.....Kalau dikatakan letih, sangat meletihkan kerana terpaksa memasak seramai 150 orang ...Perit dan jerih rasanya....hehe...

Habis cerita masak-memasak..Kembali ke sekolah....Menguatkan azam dan semangat menempuhi para pejar..Tidak sampai seminggu, terus meninggalkan sekolah sekali lagi....Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri Pahang di Pekan...Hampir seminggu berada di sana.....Pertama kali menghadiri kem sebegitu...Sungguh seronok..Ditambah dengan pemandangannya di tepi laut, lagi menambahkan edranalin keseronokkan dalam badan..Namun, kesenokkan tersebut ditambah keseronokkan berkulit lebih gelap....Hahaha...Seriously, MEMANG GELAP...Padan muka aku SEKALI LAGI....... :-)

Keluar aku lagi..Tengok...Betapa sibuknya aku......Kan dah cakap....hahhaha...Kali ini, meninggalkan sekolah selama 3 hari untuk berkursus..Kursus pertama pada tahun ini...Yang menariknya selepas kursus tersebut, mendapat surat panggilan untuk berkursus selama sebulan..YA SEBULAN TIADA DI SEKOLAH SEPANJANG BULAN MEI....OHHHHHH TRAGISNYA............Huhu........


#Tidak mampu meneruskan lagi kerana terlau SEBAK.....Chewahh...hahha
#Kalau diceritakan lagi panjang...Biarlah ianya terhenti di situ.........
#Sekali entri dibuat, betapa panjangnya.....hahhaha

Wednesday 21 March 2012

Sukarnya menerima...

Sukarkan bila terjadi dalam diri kita...Menerima sesuatu perkara dengan redha....

Kadang kala ingin pasrah........

Namun, hakikatnya hati belum bersedia menerimanya....

Ingin melupakan, namun hati kadang kala resah memikirkan jua.....

Menerima dengan seikhlasnya, namun masih ada lagi bisikan jahat di telinga....

Tidak ingin mendengar kata-kata nista tersebut, namun hati ini goyah jua......

Namun, cuba menerima......

Biarpun sukar, selalu ingatkan diri ........

Perjalanan masih jauh...Masih banyak cabaran dan dugaan yang lebih hebat terbentang di depan mata....

Ingat, di sebalik kedukaan pasti akan hadir juga kan sinar kegembiraan.....

Biapun lambat, namun harap kemanisan dan kegembiraan itu terus berpanjangan........

Soal ikhlas atau tidak...hipokrit atau tidak diri kita menerimanya........

Biarlah Allah S.W.T yang mengetahuinya........

Thursday 8 March 2012

Perkara paling aku suka..... :-)

Assalamualaikum....


Eherm..eherm......eherm.....Kejap minum air sambil tersenyum (alhamdullilah).........Tersipu-sipu malu (seperti pengantin yang duduk di atas pelamin)......Cerita apakah ini???????hehe


Hari ini , entri paling singkat (selalu kata begitu..haha).......





Ok..akan singkat....






Nak bagitahu yang sebenarnya..........





Perkara paling aku suka......................







Esok Jumaat........






Kenapa????Ada apa dengan Jumaat yang istimewanya itu???




Esok bermulalah CUTI SEKOLAH selama SEMINGGU........






wahhhhhhh sukanya....................






Tak tergambar dengan kata-kata .............






Hanya mampu TERSENYUM KESEORANGAN..............:-)






Awak nak senyum jugak kerr ??????


Kenapa  rasa En Sinichi macho yea ????
(Mood : akibat terlalu gembira..hehe )



  • Alhamdulillah, air sudah kembali ada ..Sehari selepas entri berkenaan dengan entri air dikeluarkan...Rasa nikmat tatkala titik-titik air mula kelihatan di rumah......Syukur, masih lagi diberi kesempatan menikmati air....Satu daripada anugerahMu pada kami......
  • Mungkin blog ini akan bersawang selama seminggu.....Angkara rumah di kampung, tiada jaringan internet yang kuat.....hehe :-)

Monday 5 March 2012

Bila Nikmat Ditarik Balik......


Assalamualaikum w.b.t......Selamat Malam pada sekalian penghuni alam semesta... :-)

Jam sudah meninjak ke pukul 11 malam.....Mata pula semakin bermanja-manja meminta untuk ditutupkan sementara....Tangan pula semakin gatal untuk menaip biarpun tahu ini bukan masa yang sesuai..Esok pagi nak bangun awal untuk bekerja..Memerlukan tidur yang sanagt mencukupi untuk segar keesokkan harinya...

Air???Kenapa diletakkan gambar air???Apa kena mengena air dengan entri kali ini..Wahhhh bagus persoalan itu..hehe.....Bila nikmat yang kita dapat dan secara tiba-tiba ditarik balik, sungguh terasa peritnya.....Hendak dipendekkan cerita, dan aku pun malas untuk menulis, dan entri kali ini pun akan menjadi sesingkat dan sepadat yang mungkin yea :-).......

Masuk esok sekirannya menjadi, sudah seminggu kawasan di sini tiada air...Seriusly, i tak tipu..hehe...Seminggu beb, boleh bayangkan tak???/Tiba-tiba anda buka air paip, namun tidak keluar setitik habuk pun air, melainkan yang ada di baldi-baldi..wahhhhhh perit tue......Kalau, 2 3 hari, mungkin kesabaran itu boleh ditampung lagi..Namun, bila menginjak ke angka 7 hari...Kesabaran itu dah semakin menipis...Semua tahu, air itu keperluan asas..Tanpa air dan bekalan air bersih, susah bagi kita menjalani kehidupan sebagai manusia normal...Mandi perlu dicatu, basuh baju terpaksa ditahankan dulu, membuang perkara-perkara seperti ehermm3 juga perlu dicatu....Wahhhh, berat sangat.........huhu

Kadang kala bila terjadinya seperti ini, mula merasakan betapa bertuahnya sekirannya kita dikurniakan air, dan mula mengenal erti syukur dan sabar..Sabar menanti dengan penuh iltizam...Syukur dengan penuh kenikmatan menjadi insan yang terpilih untuk berjumpa dengan air jika dibandingkan dengan mereka diluar yang sangat susah menemui setitik air, apatah lagi bekalan air bersih...Hanya mengharapkan titisan hujan yang turun membasahi bumi mereka.....Sesungguhnya, bila nikmat tersebut berada di depan mata kita, harus bersyukur dan harus menggunakan dengan penuh cermat..Seperti mana sekarang ini, sangat menghargai setitik air...huhu

Entah siapa punya angkara air tiada dikawasan ini..Ada yang mengatakan air kami diracuni...Ermm,. kalau benar, tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan yang SANGAT TIDAK BERMORAL ini menyusahkan banyak pihak.......Malas nak bercerita tentang lebih lanjut...Masing-masing dikurniakan AKAL MANUSIA dan bukannnya AKAL #$$%^.......Jadi pandai-pandai laa deme yea...Fikir laaa sehabis mungkin bila nak buat satu-satu perkara.......Jangan melibatkan dan menyusahkan orang lain dalam perbuatan anda itu.....Sekian terima kasih.......



  • Sesungguhnya, air tue sangat penting bagi aku........Tak pasal-pasal terpaksa membasuh baju di kala bulan tidak kenampakkan dan titis-titis hujan membasahi bumi..But, seriously sangat besttttttt pengalaman itu..Kau aderrr ?????? hahhaha
  • Berbalik entri terdahulu....perihal jadi MC...alhamdulillah, berjalan lancar....Untuk Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu pula, team Forum ceq dapat Naib Johan...Alhamdulillah jugak..dan pengerusi forum menjadi Pengerusi Terbaik (perhhhhh sapa dok ngajaq tue, i laaa...hahahhaha )......
  • Bila melakukan sesuatu, fikirkan baik buruk kesannya kalau bukan pada diri sendiri, fikirkan pasal orang lain dan agama kita.....Peace No War k... :-)

Monday 27 February 2012

Ringkas sahaja :-)

Assalamualaikum...

Entri malam dan di kala hujan mula membasahi bumi Cameron Highlands.....Jadinya mungkin akan ringkas...Seringkas yang mungkin dan sepadat yang padat..Boleh kerr gitu????hahahhaa

Malam sudah menginjak dan bulan pula tidak kenampakkan....Oh apakah tandanya????Tandanya sebab hujan lebat sebentar tadi..Ok, stop it....Tak lawak pon....hahahhahaa (aku peduli apa~~~~kurang ajaq....huahua)...

Wahhh...cik shim ketawa laaa.....
Sangat rindukan gelak tawamu....:-)

Ohhh noooo......malunya cik shim , en Shinichi.....:p
(dalam hati, menyampah saja en Sinichi buat ayat sebegitu)

Yelah...really miss u smile :-)
Ok dah.......ney yang malas masukkan muka en Sinichi ney...hehe :)

Kata nak ringkas dan padat, ini dah berjela-jela jugak ney....hehe..Ok laaa.....kita ketepikan soal En Sinichi yea.....Esok hari yang penting..Mesyuarat PIBG sekolah..n guess wat....i laa MC nyerr...Wahh , for de 1st time k....Tak tahu laa majlis tue akan kucar-kacir oleh MC nyerr ataupun smooth jerk perjalananan nyerr..Hope begitu, Insyallah...Tapi kalu tak smooth pon tdk mengapa, so xde laa list name tuk MC aku....hhahahhaa...So, depa akan kasikan pada orang lain..Amacam bijak tak kepala ney???hahahhaa (taktik lama....orang xpakai dah)...hahhaa

Ok laa...Hari Khamis ney plak..Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Daerah...Kali ini, latih para pelajar dalam forum...Hope, depa semua akan berjaya, risau jugak mak angkatnyer ney...(prestasi tue)...hahaha......Tapi, kalau tak menang, pon tidak mengapa, its ok gurlz......Nothing to worry....Buat yang terbaik...Saya percayakan anda semua...wahhhh bersemangat betoi gurunya...hehe.....Hari tersebut jugak , i jadi hakim puisi(syair) dan sajak....For de 1st time jugak...Tak tau laa aku, tang mane nak nilai, bab2 berseni halus sangat ney..Yang penting bila dah dok meja tertulis nama HAKIM tue, i buat2 pandai laa..Muka harus CONFIDENT..Macam hakim BERPENGALAMAN...hahhaha...

Ok, ringkas kan entri kali ney.. (bunyi cengkerik....)...hahaha,...
Papehal, jumpa lagi....
Moga apa yang dirancangkan menjadi lebih baik....Seandainya tidak berjalan lancar, tidak mengapa..Belajar dari kesilapan kita..Pasti ada yang tidak kena mengena tang mane2...Wokehhh...

Assalamualaikum.........Majulah bahasa (xde kaitan kot, slogan dgn entri ney...)hahahha

Saturday 25 February 2012

Sejenak kita fikir........






Boleh jadi dalam kehidupan kita, kita akan berdepan dengan pelbagai kesibukan dan desakan dunia yang selalu membuatkan kita cepat sekali lupa kepada Allah.


Memang, ada masa-masa dalam kehidupan kita, kita begitu senang sekali ingat dan rasa dekat dengan Allah.


Tetapi, ada masa-masanya juga, kita rasa kita ini begitu jauh sekali dengan Allah. Rasa berdosa, selalu lupakan Dia tambah-tambah bila dihimpit dengan segala macam kesibukan kerja dan urusan hidup yang pelbagai.

Bukanlah kita sengaja ingin lupakan Dia.
Cuma kita ini manusia, kan. Memang ada masa kadang-kadang terjadi begitu


Sebab itu, tikamana ada saat-saat yang membuatkan kita mampu rasa dekat dengan Allah, mampu menangis, jiwa kita tidak lesu dalam mengingati-Nya, maka manfaatkanlah dengan bersungguh-sungguh.


Lupakanlah sebentar segala kesibukan dunia yang mengikat.


Biarkan hembusan-hembusan kebahagiaan bertiup masuk ke dalam jiwa kita agar setiap saat 'dating' kita dengan Allah itu terasa begitu nikmat.





Read from......
~Afdholul Rahman of LangitIlahi

Friday 24 February 2012

Rintih Aku Dalam DoaMu......



Bila dengar namanya sahaja...Aku kelu...Aku rintih dalam hati....Terasa begitu besar dan kuatnya nama itu dalam diri..Sudah cukup menggetarkan hatiku....Sudah cukup meresahkan jiwaku.....Terasa dalam menusuk hati....Terasa begitu jahil....Mengapa saat ini baru berperasaan begitu... Terasa begitu lama aku jauh dariNya....Sungguh, hidayah Allah itu akan diberikan kepada hambaNya yang terpilih....Hamba yang dikasihi.Hamba yang dicintai dan hamba yang diyakiniNya..Aku bersyukur diberikan hidayah itu sejak aku melihat dunia ini...

Sungguh, pilu hati tatkala mendengar kalimah itu diulang beribu-ribu kali...Walaupun hanya satu patah sahaja, sudah cukup menggetarkan seluruh nadi-nadiku...Sudah cukup hatiku rintih nangis dalam diam..Terasa ingin kucapai rasa itu, ingin aku peluk rasa itu, agar aku dapat melihat betapa agungNya kasihmu pada hambaMu yang hina ini....Tidak terbayang rasanya, bagaimana suatu hari nanti aku tidak dapat lagi mendengar kalimah itu, tidak mampu mengucapnya, tidak dapat merasai kasihmu, tidak dapat melihat cintaMu.....

Subhanallah...Saat itu, baru aku sedar bahawa betapa kecilnya dan tipisnya ilmuku andai dibandingkan dengan pertambahan usiaku.....Kalimah yang sentiasa menguatkan aku hari ini....Kalimah yang sentiasa mengingatkan aku bahawa perjalanan yang diatur olehNya ini sangat dicerna dengan baik...Cukup menyedarkan aku bahawa kalimah itu sudah cukup dan penuh dengan kasih sayang yang membaluti hatiku...Kalimah yang sentiasa memuji-muji kebesaran Dia...Kalimah yang sentiasa mengingatkan aku bahawa apa perkara yang berlaku akan berbalik padaNya..Betapa gembira dan dukanya kita hari ini hanyalah kerana Dia...Perasaan ini..Ya perasaan ini juga lahir keranaNya....Hembusan nafas ini juga adalah hakNya.....Aku lahir disini juga hasil cinta yang disemaikan olehNya....Kuatnya aku hari ini juga kerna kalimahNya..Lemah aku hari ini kerna alpa padaNya...

Sedar.....Nikmat tuhan mana yang telah engkau dustakan....Sesungguhnya, tiada dusta yang aku dustai kelebihanMu, kekuatanMu, kebesaranMu, keagunganMu dan keEsaanMu....Segalanya kerna  Dia....... Syukur masih lagi diberi peluang dan ruang merasai kecintaanMu...Masih lagi diberi ruang merasai kasih sayangMu....Masih lagi diberi ruang berdamping denganMu...Masih lagi diberi ruang bertasbih memujiMu...Masih lagi diberi ruang sedar akan nikmatMu yang sememangnya tidak terhingga......Terima kasih kerana menjadikan aku sujud padaMu..Terima kasih dan syukur kerana masih lagi membiarkan lidah ini mengucapkan kata-kata yang sungguh tidak ternilai harganya “Dan Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan  Allah ..Dan Aku Naik Saksi Bahawa Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah...”

 Mohonku.....
Kau tunjukkan kami jalan yang lurus lagi benar....
Kau teguhkan iman kami....
Kau cambahkan lagi rasa cinta kami padaMu.......
Amin...Amin..Amin...Ya Robbal Alamin.......


  •  Sesungguhnya, aku bukan ilmuan agama yang tinggi ilmu agamanya dan aku masih lagi bertatih dalam mencari ilmuNya......
  • Apa yang aku rasa dalam hati, maka aku luahkan disini......
  • Perkongsian ilmu daripada kalian, sangat aku hargai........
  • Moga kita semua beroleh nikmat daripadaNya......
  • Syukur atas nikmat yang sentiasa melimpah ruah buat hambaNya ini....
Alhamdulillah...........

Wednesday 22 February 2012

Kuatkan aku.....




Ya Allah ....Ya tuhanku....
Kau kuatkanlah hati ini...
Sebagaimana Kau kuatkan hati Nabi Muhammad S.A.W dan para Rasul..
dalam menegakkan ajaranMu.......

Ya Allah..Ya Tuhanku...
Kau lindungilah hati ini....
Sebagaimana Kau lindung setiap hamba-hambaMu....

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Kau jagalah hati ini ....
Agar terus mencintaiMu...
Sebagaimana Kau mencintai kami...

Kau kentalkanlah hati ini yang kadang-kala goyah dalam ujianMu.......
Kau suburkan rasa cintaku padaMu , Nabi dan para Rasul...

Janganlah Kau biarkan aku terus hanyut melupakanMu....
Sepertimana Kau yang tidak pernah melupakan hambaMu...
Janganlah Kau biarkan aku leka dalam setiap nafasku...

Sesungguhnya dalam setiap nafasku....Hanyalah kepunyaanMu......
Dalam setiap degupan jantungku.......Hanyalah padaMu...

Seandainya itu ujianMu pada hambaMu...
Redhakan dan pasrahkan aku.....
Kuatkan aku....
Lindungilah aku...
Jagalah hatiku.....

Sesungguhnya ...
Kau Yang Maha Mendengar....
Maha Melihat...Maha Pengasih....

Hanya padaMu, kami sujud kepadaMu...
Hanya padaMu............

Monday 20 February 2012

Kadangkala.........





Kadangkala bila TERSILAP LANGKAH, berhenti sejenak, FIKIR dan fikir kembali..salah kita, KURANG TARBIYYAH lalu Allah MURKA..

Kadangkala bila tersalah langkah, renung kembali..patah semula cari ARAH yang betul sebab Allah sedang TEGUR kita..tanda Dia sayang..

Kadangkala bila silap langkah, RAMAI YANG MEMBENCI..jangan putus asa, muhasabah diri..cari semula di mana hilangnya HATI..

kadangkala perlu BERSENDIRIAN untuk memikirkan kembali DOSA-DOSA yang lalu..yang belum terhapus kerana sifat LALAI dan EGO yang hadir dalam diri..

Saturday 11 February 2012

Mahalnya Nilai Sabar itu... :-)

Allah sedang mengajar kamu tentang erti sabar......
Erti sebuah kekuatan dan erti hidup............





Assalamualaikum w.b.t.......


Bismillahhirrahmanirrahim........Terasa ringan jari-jemari kala ini menaip setiap huruf yang ada di papan kekunci....Alhamdulillah, bersyukur masih lagi di beri ruang dan kesempatan bernafas atas muka bumi milikNya.....Masih lagi diberi ruang merasai kasih sayang yang dilimpahkan olehNya pada setiap hambaNya...Tanpa ruang nafas serta kasih sayang dariNya, mana mungkin kita setenang ini..Mana mungkin kita dapat merasai setiap inci limpah rahmatNya...


Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya..Jatuh, bangun kita pada hari ini, kita masih lagi beruntung kerna kita masih lagi ada  DIA yang sentiasa hadir di sisi kita tatkala kita senang mahupun dalam keadaan yang sukar...Dia tidak pernah mengenal erti jemu, memberikan sepenuh kasih sayangNya pada kita biarpun kita alpa padaNya...Namun, diberikan ruang dan kesempatan pada kita untuk mencari pengertian yang sebenarnya..Masya-Allah, betapa kasihnya Dia pada kita hamba yang hina ini....




Namun dalam melayari titian hidup ini, setiap hambaNya pasti diuji.....Tidak kira, sekecil hama mahupun sebesar dugaanNya pada kita, wajib bagi kita percaya bahawasanya sebagai hambanNya, pantas untukNya melihat sejauh mana tahap kesetiaan hambaNya kepada Allah....Melihat sejauh mana tahap iman kita menghadapi semua ini....Benar, kita sebagai manusia, kadang kala kita terlepas pandang....Emosi yang tidak menentu membuatkan kadang kala fikiran rasional itu ditolak mentah-mentah.....Maka, datanglah dengan sorakan penuh kegembiraan sang syaitan dan iblis yang durjana membisikkan dan menambahkan lagi kegusaran yang ada.....Dan kita, terus hanyut memikirkan apakah kesalahan yang aku lakukan sehingga ini ujian ini yang harus aku terima????Mengapa aku????Aku tidak pernah melakukan perkara yang buruk pada orang lain, jadinya mengapa aku diuji sebegini rupa???Mengapa aku kerap kali diuji??? Pasti antara kita kerap kali mengujarkan perkataan ini kan???




Kadang-kadang kita juga kerap kali tertanya-tanya lantas terus mempersoalkan Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita... Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita..Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar hendaklah kita ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, bahkan mungkin insan lain diluar sana yang ujianya lebih besar dan berat jika dibandingkan dengan kita. 




Yang pastinya, ujian bagi setiap hambaNya adalah berbeza..Masakan kita, sebagai insan yang kerdil ini mempersoalkan setiap tindak tandukNya.....Masakan kita, insan yang dicipta sendiri olehNya, mempersoalkan kembali kepada Pencipta kita yang sebenar...Saat itu, kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita..



Ingatlah bahawa secara jelasnya telah diterangkan di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Pencipta kita cukup mengenali setiap hambaNya bahawa kita sendiri akan kuat menghadapi setiap ujian yang diberikan pada kita..Lihatlah, dengan mata hati bahawa sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita berlari, selaju mana air mata itu mengalir, ingatlah bahawa betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya kerana diberi ujian sebegitu rupa...Suatu perkara yang harus kita sedari dan harus kita ketahui ialah Allah menguji seseorang itu bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah bahawa kasih sayang Allah kepada kita sangat besar dan sangat luas hinggakan kita terpilih untuk merasai ujian itu. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Saat kita diuji, alihkan pandangan mata kita kearah pepohonan yang menghijau atau laut, pasti kita akan melihat betapa tenangnya dan damainya hati ini......Laut yang membiru memberi penuh dengan ketenangan biarpun pada dasarnya terlihat betapa banyaknya rahsia yang terpendam..Begitu juga dengan kehidupan manusia, lumrah sebagai manusia yang kadang kala tenang, riang gembira namun hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gejolaknya hati serta rahsia kehidupan kita yang tersorak rapi...Namun apa yang pasti, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu seperti mana kita bernaung dibawah langitnya yang sentiasa memberi pelindungan kepada setiap hambaNya...



Saat teruji, berdoalah kepada Allah....Tiada yang lebih memahami diri ini kalau bukan Pencipta kita sendiri...Hanya kepadaNya tempat kita bermohon dan tempat kita mencurahkan segala isi hati yang terpendam yang membelenggu diri kita...Saat itu, janganlah malu seadainya ada titik-titik mutiara yang jernih jatuh kepadaNya....Dan janganlah kita malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah..Bukankah Dia yang Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang...Dan Dialah yang Maha Pendengar setiap isi hati biapun tidak terluah dengan kata-kata....Allah jua tidak pernah jemu mendengar setiap rintihan hambaNya....

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun.....Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa kekuatan itu tidak cukup kuat, maka carilah teman-teman yang boleh berkongsi rasa dan perasaan yang terpendam...Carilah mereka yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukannya mereka yang menjatuhkan kita akhirnya...

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik..Allah tahu apa Dia lakukan pada kita...Tidak akan dianaya hamba yang dikasihiNya..Insyallah.......



INGATLAH bahawa Sabar itu Indah....
INGATLAH jua apabila kita ingat dan menyedari kehadiranNya...
kita akan rasa kuat sentiasa.....
INSYAALLAH........





Wednesday 8 February 2012

Cinta Hakiki....Cinta ILLAHI

Assalamualaikum.......Entri terbaru..Soal cinta...Again...n again......huahua......Selagi pemilik blog belum ketemui "cinta halal" , makanya entri ini akan kerap kali di publishkan....hehehe :-)...

Hakikat yang sebenarnya ialah, sekadar ingin berkongsi :-)....Saling mengingatkan.......Bahawasanya dalam melayari pencarian cinta itu, kadang kala kita leka apakah sebabnya perasaan itu wujud dalam diri kita.....Dan rasa cinta pada manusia tidak patut melebihi rasa cinta dan kasih kita kepada Illahi :-)




Cinta adalah memberi, dengan segala daya dan keterbatasannya, seorang pecinta akan memberikan apapun sekiranya bakal membuat insan yang dicintainya senang. Bukan balasan cinta yang diharapkan bagi seorang pencinta sejati, meski itu menjadi sesuatu yang melegakannya. Bagi pencinta sejati, senyum dan kebahagiaan yang dicintainya itulah yang menjadi tujuannya.





Cinta adalah menceriakan, seperti bunga-bunga indah di taman yang membawa kenyamanan bagi yang memandangnya, seperti rerumput hijau di padang luas yang kehadirannya bagai kesegaran yang menghampar, seperti taburan pasir di pantai yang menghantarkan kehangatan seiring tiupan angin yang menawarkan kesejukan dan seperti keelokan seluruh alam yang menghadirkan kekaguman terhadapnya.



Cinta adalah pengorbanan, bagai lilin yang setia menerangi dengan setitik nyalanya meski tubuhnya habis terbakar. Hingga titik terakhirnya, ia pun masih berusaha menerangi manusia dari kegelapan. Bagai sang matahari, meski terkadang dikeluhkan kerana sengatan kepanasannya, namun sentiasa mengunjungi alam dan segenap makhluk dengan sinarannya.

Tajmahal yang indah di India, buktinya dimana setiap jengkal marmar bangunannya terpahat nama kekasih buah hati sang raja, juga terbangun kerana cinta. Boleh jadi, semua kisah besar dunia, berawal dari cinta.




Cinta adalah kaki-kaki yang melangkah membangun lautan kebaikan. Cinta adalah tangan-tangan yang menganyam hamparan permadani kasih sayang. Cinta adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Cinta selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah.

Tapi ada satu yang boleh kita katakan bersama tentang cinta. Bahawa cinta, akan membawa sesuatu menjadi lebih baik, membawa kita untuk berbuat lebih sempurna. Mengajarkan pada kita betapa besar kekuatan yang dihasilkannya. Cinta juga turut mengajar kita erti sebuah pengorbanan dan sentiasa menjadi yang terbaik buat cinta kita.

Cinta membuat dunia yang penat dan bising ini terasa indah, seperti hamparan laut yang terbentang luas dan paling tidak boleh kita nikmati dengan cinta. Cinta mengajarkan pada kita, bagaimana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan. Begitu besar kuasa cinta yang mampu mengubah diri seseorang menjadi jauh lebih baik.




Tentang cinta itu sendiri, Rasulullah menegaskan bahwa tidak beriman seseorang sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya. Al Ghazali berkata,"Cinta adalah inti agama. Ia adalah awal dan juga akhir dari perjalanan kita. Kalaupun ada maqam yang harus dilewati seorang sufi sebelum cinta, maqam itu hanyalah pengantar ke arah cinta dan bila ada maqam-maqam sesudah cinta, maqam itu hanyalah akibat dari cinta saja."

Di satu sisi, Allah Sang Pencinta Sejati menegaskan, jika manusia-manusia tak lagi menginginkan cinta-Nya, kelak akan didatangkan-Nya suatu kaum yang Dia mencintainya dan mereka mencinta-Nya (QS. Al Maidah: 54).

Maka berangkat dari rasa saling mencintai yang demikian itu, bandingkanlah cinta yang sudah kita berikan kepada Allah dengan cinta Dia kepada kita dan semua makhluk-Nya.

Wujud cinta-Nya hingga saat ini sentiasa tercurah kepada kita, Dia melayani seluruh keperluan kita seakan-akan Dia tidak mempunyai hamba selain kita, seakan-akan tidak ada lagi hamba yang diurus kecuali kita. Tuhan melayani kita seakan-akan kitalah satu-satunya hamba-Nya. Sementara kita menyembah-Nya seakan-akan ada Tuhan selain Dia.

Apakah balasan yang kita berikan dari cinta yang Dia berikan? Kita membantah Allah seakan-akan ada Tuhan lain yang kepada-Nya kita boleh melarikan diri. Sehingga kalau kita "dipecat" menjadi makhluk-Nya, kita boleh pindah kepada Tuhan yang lain.

Tahukah, jika saja Dia memperhitungkan cinta-Nya dengan cinta yang kita berikan untuk kemudian menjadi pertimbangan bagi-Nya akan siapa-siapa yang tetap bersama-Nya di syurga kelak, tentu semua kita akan masuk neraka. Jika Dia membalas kita dengan balasan yang setimpal, celakalah kita.

Bila Allah membalas amal kita dengan keadilan-Nya, kita semua akan celaka. Jadi, sekali lagi, bandingkan cinta kita dengan cinta-Nya


.