Assalamualaikum.......
Bila terasa ingin menulis, terus menaip papan kekunci.....
Bila mula menulis, terasa janggal pula membiarkannya sepi......
Bila mula menulis, terasa perkara apa yang perlu direncanakan....
Bila mula menulis, bayangan tajuk pula tidak diketahui....
Bila mula menulis. akhirnya terlintas perkataan "Rahsia Allah".......
Benar, Rahsia Allah itu sudah cukup mencukupi segalanya.......Apa sahaja yang terbentang di hadapan mata yakni yang tersurat dan tersirat apatah lagi menjadi rahsia Allah.....
Terkadang kita sendiri tidak sedar bahawa indahnya ya rahsia Allah itu...Bayangkan sekirannya sudah tertulis seperti dalam diari, maka hilanglah Kekuasaan Allah dan Kekayaan Allah......Subhanallah, Maha Besar rahsiaMu.......
Rahsia Allah itu meliputi segalanya..Soal rezeki, jodoh dan maut....Hampir segalanya dirahsiakan buat hambanya...
Namun yang pasti ternyata rahsia Allah itu membuatkan kita sentiasa istiqamah dan redha dengan ketentuanNya.......
Allah itu mahu menguji .....
Sejauh mana keikhlasan kita dalam menerimanya....
Sejauh mana kita bersedia.....
Sejauh mana kita ikhlas .....
Namun yang pasti, Allah itu Maha Adil.....Lalu dibukakan jua sedikit rahsia buat hambanya.....
Dan rahsia itu, tertulis dalam kitab suci Al-Quran......
Allah SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :-
"Kami akan memperlihatkan kepada
mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah
kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa
Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]
Terpulang pada kita sebagai hambanya untuk menilai dan meneliti...
Segalanya telah terzahir.......
Namun Allah tetap menyembunyikan dan merahsiakan juga 10 perkara :
1. Allah SWT merahsiakan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul
Qadar pada tarikh tertentu agar hambanya tidak melakukan ibadat pada
malam tersebut sahaja dan mengabaikan malam-malam yang lain. Oleh itu
Allah SWT menghendaki hambanya melakukan ketaatan sepanjang Ramadhan dan
sepanjang hayatnya.
.
2. Allah SWT merahsiakan Redha-Nya dalam taat.
Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan (keredhaan-Nya) atas
amalan-amalan yang kita persembahkan kepadanya (ketaatan) supaya kita
tidak kecewa di atas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus
melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat kecacatan yang kita tidak
ketahui.
.
3. Allah SWT merahsiakan Murka-Nya di dalam maksiat.
Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan (Kemurkaan) daripada
seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan
untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat di dunia. Sedangkan
sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini
untuk bertaubat kepada Allah SWT.
.
4. Allah SWT merahsiakan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah SWT tidak menyatakan nama-Nya yang terAgung di dalam Al-Quran
supaya hambanya tidak tertumpu pada nama dan surah tertentu sahaja dan
mengabaikan kemujizatan kitab suci tersebut. Maka Allah SWT menghendaki
hambanya sentiasa mengkaji dan memahami isi kandungan Al-Quran sebagai
pedoman hidup.
.
5. Allah SWT merahsiakan solat yang paling utama di dalam solat fardhu.
Allah SWT menyembunyikan solat kita yang terbaik disisinya dengan hikmah
supaya kita terus beribadat dan solat kepadanya sepanjang hayat. Jika
Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah
sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan
maksiat.
.
6. Allah SWT merahsiakan wali Allah dikalangan alim-ulama’
Allah SWT tidak menyatakan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi
supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut.
Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa
nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada
tawaran-tawaran mereka.
.
7. Allah SWT merahsiakan Qada’ dan Qadar di dalam kehidupan.
Allah SWT menyembunyikan untung-rugi nasib dan perjalanan kehidupan
agar manusia sentiasa redha menerima sebarang kemungkinan. Sudah tentu
terkandung banyak hikmah disebaliknya yang telah ditentukan sejak azali
lagi. Di samping itu, ianya juga menggalakkan kita lebih berusaha serta
bertawakal kepada Allah SWT.
.
8. Allah SWT merahsiakan Jodoh Pertemuan.
Allah SWT tidak menyatakan pasangan hidup seseorang supaya kita tidak
merasa kecewa di atas ketentuan tersebut dan menerima pasangan seadanya
dengan penuh hikmah dan syukur, agar kita dapat meneruskan kehidupan
dengan aman sejahtera.
.
9. Allah SWT merahsiakan tarikh kematian
Allah SWT merahsiakan tarikh kematian hambanya dengan hikmah agar
hambanya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak
melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja,
tanpa sesaat pun tertangguh.
.
10. Allah SWT merahsiakan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat bermulanya hari kiamat.
pasti hamba-hambanya tidak dapat menempuh hari dengan lebih sempurna,
mereka akan hilang akal dan tanpa mahu melakukan sebarang pekerjaan.
.
.
Begitulah bertapa luasnya ilmu Allah Yang Maha Pencipta yang hanya
merahsiakan beberapa perkara disisi-Nya supaya kita sebagai hamba
sentiasa berwaspada dan beramal soleh dalam kehidupan yang dipinjamkan.
Hanya ilmu dan perbuatan yang bermanfaat sahajalah yang berkekalan dan
dapat membantu kita di alam barzah dan akhirat nanti.
Wallahu A’alam Bissowab
P/S : Semoga perkongsian ilmu ini mendapat barakah dan keredhannya.....Insyallah
Sunday, 30 September 2012
Rahsia Allah :-)
Posted by shim at 06:22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment