BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday 30 December 2011

Yang Pahit itu Ubat....Yang Pedih itu Penawar......

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.....

Bersaksikan Tuhan yang Esa, alhamdulillah kita masih mampu menghirup udara dan itu tandanya kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.....Bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita hingga detik ini....

Entri kali ini...Penutup kepada tahun 2011....Secara tidak sedar, sudah hampir setahun ianya berlalu....Tinggal beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan tahun 2011 dan menjengah ke tahun 2012..Bagi aku, terlalu banyak episod yang berlaku sepanjang tahun ini..Yang manis, yang duka, yang suka dan yang pedih....Tahun ini menyaksikan banyak perubahan yang berlaku dalam diri ini......Dan aku simpulkan semuanya di sini....

Awal tahun 2011, kerjaya aku bermula sebagai guru...Alhamdulilah diberi rezeki dan ditempatkan pula di suatu tempat yang aku kira lain daripada yang lain...Cameron Highlands.....Pada pandangan orang lain dan juga aku, aku kira suatu tempat yang sudah cukup jauh nun di atas puncak gunung.....Namun, bak kata orang "Tak kenal, maka tak cinta"....Jujurnya, aku semakin jatuh cinta di sini...Jatuh cinta dengan udaranya, jatuh cinta dengan keselesaan di sini dan jatuh cinta dengan keramahan mereka di sini..Mungkin udara yang sejuk ini, menyebabkan kepanasan baran tidak berlaku agaknya...hehe...Bergelar Guru, bukan satu tugas yang mudah..Tambahan pula, kerjaya yang pertama berhadapan dengan kerenah pelajar dan guru....Mujur, dapat diatasi walaupun kadang kala bagai nak stress berhadapan dengan pelajar yang ternyata kerenahnya melebihi kerenah pelajar-pelajar yang belajar di Tadika...hehe....Kadang kala, terusik juga hati dengan kerenah mereka...Namun, sebagai guru, FOKUS itu penting..hahaha.....Tahun pertama bergelar guru juga, menyaksikan aku menghadiri pelbagai kursus...Biasalah, guru baru.....Temerloh, Kuantan, Tasik Bera dan Terengganu antara destinasi aku pada tahun ini.....Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar pada tahun ini....Tapi kesilapan itu tetap ada, kesilapan register pelajar, salah sebut nama pelajar, sedu ketika sedang mengajar, rasa nak nangis tika pelajar tak dengar kata bukan perkara luar biasa bagi aku.....hehe...Insyallah, tahun depan tidak akan di ulangi...:-)......





Inilah antara aktiviti kami selepas selesai sesuatu program...Dokumentasi itu sangat penting yea...hehe


Selain sekolah, perkara apa lagi yea hendak diceritakan...Macam tiada perkara hendak dinyatakan di sini....hehe



Bila sudah sampai ke penghujungnya, sudah pasti hati dan perasaan kita pada tahun ini tempuh pelbagai rasa...Sakit hati, suka, gembira, sedih, patah hati, sambung hati dan yang sewaktu dengannya....Adat dan lumrah manusia, perasaan itu tidak akan lari dari kita.....Saat kita gembira, senyuman itu tidak lekang di bibir...dan tatkala rasa sedih dan sakit hati, tiada senyuman yang mampu terukir, seandainya terukir, hati kita pasti berbisik, ikhlaskah itu.......Kadang kala kita tidak mampu melawan perasaan itu...Perasaan yang membuak-buak....Rasa sakit......Ya, sakitnya itu, hanya kita yang pernah merasai tahu bagaimana perasaan itu bermula dan berakhir...Ingin melenyapkan, bukan perkara yang sangat mudah...Itu perlu diakui, sejauh mana kata-kata perangsang di dengar, sejujurnya bukan satu perkara yang mudah untuk kita melupakannya..Hanya masa yang menentukan..

Namun, kita perlu akui, bahawa setiap perkara yang berlaku dan ujian yang dihadapkan kepada kita tidak akan diberikan melainkan kesanggupan kita menerimanya..Dan Dia memberikan ujian itu, untuk kita sebagai hambanya mengetahui bahawa sememangnya Dia ada bersama-sama kita..Tanpa ujian sebegitu, mana mungkin kita tahu bahawa diri kita ini setabah yang kita sangkakan..Dan tanpa ujian ini, kita sedar dan yakin bahawa, diri kita semakin dekat denganNya....Biarpun ujian itu sekecil cuma, ternyata kita mampu harunginya jua....Ternyata Allah itu sentiasa ada dalam diri setiap hambanya..Kesedihan itu pasti ada..Namun apa yang pasti, selepas itu  ternyata kita akan lebih menjadi kuat ....Alhamdulillah....

Pokok pangkalnya bagaimana usaha kita untuk menghadapinya...Janganlah berserah semata-mata..Usaha juga perlu.....

Berusahlah dengan segala upaya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita....Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah..Namun, setelah bekerja dan berusaha dengan semaksimum yang mungkin, jangan sesekali sandarkan segalanya kepada diri, sebaliknya bertawakal, bersangka baik dengan Allah....Apa pun jua hasilnya, katakan kepada diri kita, "Aku harap yang baik, Allah akan memberikan yang baik"....

Jika yang diharapkan berlaku, syukur.....Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka, SABARLAH....Belum tentu itu satu keburukan....

Namun begitu, sering kali kita sebagai hambanNya gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku....Benar, tika ini emosi kita pasti berkecamuk dan perasaan hati yang membuak-buak membuatkan fikiran kita tidak mampu berfikir dengan sewarasnya...Namun ternyata tatkala masa berlalu, barulah kita mengerti rupa-rupanya ..Rencana Allah itu sangat menarik untuk hambaNya....


Insyallah, Dia akan mengubat, melapangkan dan memberikan kemenangan di sebalik setiap takdir yang diberikan kepada hambaNya...Mana mungkin ALLAH itu tidak adil pada hambanya dan memberikan ujian yang hambanya sendiri tidak tertanggung....Sebagai insan biasa, kita tidak akan mengetahui rencanaNya kerana ilmu kita hanya sekelumit cuma tidak terbanding dengan kuasaNya....Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui....Namun sedarlah kita sebagai insan yang kamil apabila, ALLAH yang Maha Penyayang telah memilih untuk kita, maka yakinlah bahawa kasih sayang Allah tidak akan ada penghujungnya......

Yang pahit itu jadikanlah ubat ..Yang perit itu kita jadikan penawar......Mudah-mudahan manisnya pasti ada...Kalau bukan disini, ganjaran manis itu pasti ada di sana kelak...Insyallah...Itu janjiNya pada kita.....


  • Alhamdulilah, kesihatan anak saudaraku Hadif bertambah baik......Sudah kembali tersenyum dan keluar daripada hospital.......
  • Memujuk hati agar tidak sedih lagi...Baru tahu kuat juga hati aku ini...hehe
  • Lebaran tahun 2012, misi mencari ehermmm2.........(Tak takut kecewa kerrr??????)......Insyallah, mana mungkin hari-hari yang mendatang hujan sahaja yang turun, pasti ada cahaya mentarinya kan....hehe
  • Aku belajar atas apa yang aku tulis...Aku akui, aku bukan sepositfnya itu....Tapi aku sedang belajar dan aku harap aku mampu mengharunginya.......

It's time to move on...
Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.....



Tuesday 20 December 2011

Doaku agar dia kembali sihat....

Assalamualaikum wbt...


Enri kali ini lain daripada yang lain....Tika dan saat ini, aku sedar ramai di antara kita yang bergelut dengan pelbagai perkara terutamanya apabila melibatkan nyawa dan kesihatan.....Sekirannya tidak terlibat sebagai pesakit, menjadi pemerhati kepada pesakit juga sangat berat..Bila bermain dengan emosi, tidak ada siapa yang dapat menyangkal bagaimana perasaan tersebut ...Menjadi orang yang tabah menhadapi segala ujian yang diberikan olehNya, satu penghargaan yang aku kira terlalu besar....Bukan senang pabila berada di situasi tersebut....Beban yang dipikul tidak mungkin sama dengan mereka yang melihatnya....Benar kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"....

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan insan yang baru sahaja mengenal dunia..Hadif Rizqi, anak sedara yang baru berusia 2 bulan begitu....Sudah masuk 3 hari, Hadif dimasukkan ke wad PHDW di Alor Setar kerana kena tarik..atau bahasa lainnya sawan...Tidak ada tanda-tanda demampun....Secara tiba-tiba ianya berlaku...Bila doktor scan, ada pendarahan namun nasib baik, tidak mengenai otak..Alhamdulilah.....Kesihatannya pula semakin baik semalam...Namun, kita tidak dapat menjangka apa yang diaturkan olehNya....Hari ini, dapat berita bahawa si kecil Hadif, dimasukkan pula ke wad ICU....Perkataan ICU itupun sudah cukup merimaskan dan mencemaskan aku.....Sebab dimasukkan, serangan sawan itu berlaku lagi padannya....Secara terperincinya, aku pun tidak pasti....Dimasukkan ke ICU, mungkin pemantauan yang kerap perlu dilakukan.....Entah apa perasaan kakakku dan abg ipar.....Titisan air mata, aku rasa bukan perkara luar biasa...Bila melihat anak yang begitu kecil, dimasukkan pula di wad ICU dengan badannya dicucuk, aku rasa mendengarnya sudah goyah air mata, apatah lagi melihat di depan mata sendiri....


Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala kejadian yang tersurat dan tersirat di muka bumi ini....Engkaulah jua tempat kami hamba yang hina ini meminta pertolongan..Sesungguhnya engkau lah yang berkuasa dan Maha Mengasihani....Kau sembuhkanlah dan jauhilah Hadif Rizqi dan kami dari segala bahaya dan kecelakaan...Kau sembuhkanlah dirinya agar si kecil itu kembali tersenyum di pangkuan mama dan abahnya....Kaulah tempat kami bergantung harap.....Amin...Amin....Amin....




P/S : Doaku agar kalian semua turut mendoakan kesihatan yang baik kepada si kecil ini...Begitu juga dengan mereka yang turut berada dalam situasi begini....Semoga si kecil ini dan mereka di luar sana mendapat kesejahteraan yang baik......Amin....
- Buat kak dan abg apit...Semoga tabah yea.......Doa kami sekeluarga agar Hadif sembuh seperti sedia kala....
- Hadif cepat sembuh yea...Nanti boleh main dengan mak ude.........

Bersyukur atas Nikmat kurniaanNya

Assalamualaikum.....

Setelah hampir 2 bulan tidak mengemaskinikan blog ini..Terasa malam ney, ingin menjengah sekejap dan menulis sepatah dua kata....(2 kata sahaja kerr..ok done..hahhaa)....Ayat pemanis bahasa sememangnya begitu..:-)...

Kita ketepikan dahulu cerita balik kampung yang tidak sudah-sudah dalam entri yang terdahulu..Sebulan yang lepas...Kalau nak diceritakan kembali, rasanya seperti tidak relevan plak dengan keadaan sekarang ini..Yelah, dah balik, kembali, balik pulak ..Namun cerita tersebut tidak juga di sambungnya...Hehe..Maaflah..Kesibukan yang rasanya lemasss membuatkan tangan dan jari jemari ini tidak mesra untuk dilayangkan di blog ini....Kadang kala terasa juga ingin menyambungnya, namun bebalan hati yang tidak menentu moodnya, membuatkan darjah kerajinan terus menurun dan menjunam dengan teruknya....

Malam ini, darjah kerajinan sedikit meninggi dengan suhu yang semakin sejuk di kala malam ini...Sudah hampir 2 minggu meninggalkan bumi Cameron, namun setelah kembali sekarang, terasa kesejukkan itu tersangat melampau...Sehinggakan ingin melarikan diri sekejap ke bawah..Menikmati panahan matahari...hehe...Namun, berbekalkan lemak yang sedia ada di tubuh, sejuknya dapat dikurangkan sedikitlah...hahahha......Jari-jemari kadangkala terasa kebasnya, begitu juga dengan anggota lain seperti hidung yang mula hendak ................hehehe..Suhu yang sejuk ini, membuatkan diri terasa kerajinan sedikit malam ini....Oleh sebab itulah, dikemaskinikan blog ini...:-)

Ok ..Kembali kepada isi kandungan yang hendak diceritakan......


Bersyukur atas nikmat yang diberikan serta kurniannNya....

Alhamdulilah, sehingga detik nafas aku hari ini, aku bersukur atas segala kenikmatan yang diberikan oleh Pencipta kita ALLAH S.W.T...Bersyukur kerana, diberikan keluarga yang baik dan memahami, rakan-rakan yang tidak pernah melakukan onar pada diriku, diberikan kesihatan serta anggota badan yang baik dan sempurna, diberikan kerja yang halal dan sempurna buatku dan bersyukur masih lagi bernafas atas muka bumi ini,.....

Entri kali ini, lebih mengingatkan diriku tentang rasa syukur setelah hidup selama 25 tahun atas muka bumi ini...Semalam, banyak ucapan serta doa yang dititipkan sempena hari jadiku....Makanya, hari ini kugagahkan sifat kerajinanku untuk menulis....Terima kasih banyak-banyak atas doa-doa daripada keluarga tersayang dan juga teman-teman....Aku sangat hargainya......

Bercakap soal syukur, sungguh tidak akan ada penghujungnya sehingga nyawa ini dikembalikan padanNya..Perihal syukur ini, kadang kala aku akui, sedikit terlupa untuk mengucapkannya pada Illahi....Segala kelebihan dan kekurangnya yang ditempuh, ucapan itu kadang kala sedikit terlewat dan kadang  kala juga kita terus melupainya.....Namun, syukur sekali lagi, Dia terus mengingati kita dalam setiap doa usai solat...Alhamdulilah.....Aku masih lagi mengingatiNya.....

25 tahun hidup di dunia ini, banyak perkara yang aku belajar...Soal kehidupan yang ternyata banyak ragamnya yang tidak terhitung jarinya...Begitu banyak pengalaman yang dikutip bukan sahaja atas pengalaman diri sendiri, malahan lebih kepada pengalaman orang lain...Sungguh, melihat orang lain, aku bersyukur ...Kadang kala, terasa juga bila melihat orang di sekeliling kita yang ternyata lebih dari aku, kegusaran itu ternyata ada..Malahan lebih gusar....Tatkala melihat wanita cantik paras wajahnya, dikurniakan tubuh yang menawan, budi yang baik....Aku gumam sendiri..Merenung kembali diri sendiri..Mengapakah aku bukan dilahirkan sebegitu??Menjadi tumpuan orang lain...???Tika itu, tidak ada jawapan atas persoalan yang aku bina sendiri...Sungguh, sudah acap kali perkara yang sama aku tanyakan...Dalam 25 tahun ini, tidak pasti berapa banyak soalan yang sama dan jawapan turut sama..KOSONG....

Ternyata, kita akan dewasa sedewasanya usia kita...Dengan ilmu yang ada...Kita belajar bagaimana Allah itu menjadikan manusia itu sama sahaja..Tidak ada bezanya dimataNya....Dia memberikan kita dengan selengkap-lengkap ciptaanNya..Dia yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.....Saat itu, rasa begitu naifnya diriku ini....Jika dibandingkan dengan orang lain yang lahirnya kedunia tanpa Agama, aku sepatutnya bersyukur....Bila aku dilahirkan  dengan adanya ibu bapa hingga hari ini, perkataan syukur aku perlu tambahkan...dan saat hingga ke hari ini, dengan kenikmatan yang dilimpahkan olehNya dengan keluarga yang tiada pincangnya, dengan rezeki yang tidak pernah putus, saat itu termalu aku sendiri dengan soalan aku dahulu.....Tidak terungkap dengan kata-kata..Betapa bersyukur dan betapa bertuahnya diri ini atas limpah nikmat yang diberikan.....


Sesungguhnya, sampai ke saat ini aku tidak ada jawapan atas soalan-soalan yang pernah ku lemparkan dalam diri ini sejak dahulu lagi..Namun, satu yang ku pasti..SYUKUR lah atas segala yang diberikan olehNya...Kita tidak tahu, bila dan dimana, segala kenikmatan yang diberikanNya diambil....Dan seandainya diambil dan ditarik..DIA sememangnya berhak atas ciptaanNya....Dan sehingga saat itu terjadi, maka aku perlu menginsafi diri dan bersyukur atas segala-galanya.....Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah kau berikan padaku sejak 25 tahun ini...Terima kasih juga atas nikmat yang telah kau kurniakan pada keluarga, teman-temanku serta saudara seagamaku......


p/s: Masih banyak aku perlu belajar..Terasa 25 tahun, masih belum lengkap....

Thursday 10 November 2011

Tanda Penghargaan....

Assalamualaikum dan selamat malam....

Memilih agak lewat untuk mengemaskinikan blog kesayangan hamba..sayang kerr???Bolehlah...hehe :-)....Terasa agak lama tidak menjenguk blog ini...Selama itulah juga, bayang-bayang Incik Sinichi tidak kelihatan...Begitu kuatnya penangan Incik Sinichi daripada cik Shim sendiri sehinggakan ada yang tertanya dan merindui Incik Sinichi..Wahh, ini yang membuatkan hamba terasa kejelesan ney...Yelah, sedangkan watak Incik Sinichi tue sekadar pak pacak jer dalam blog ini..Namun, impak yang diberikan olehnya agak besar...Wahh..syabas diucapkan kepada Incik Sinichi dan sebagai tanda penghargaan cik Shim kepada Incik Sinichi, maka Cik Shim akan meletakkan muka Incik Sinichi pada malam ini...Hahaha.....

incik Sinichi : Wah....akhirnya ...Finally....muncul jua muka yang ensem ini...hahaha
cik shim : Perasan laa sangat.....:p
incik Sinichi : terbau-bau org jelez...haha :p

Sesungguhnya.....sangat merindui untuk menulis...Meluahkan apa yang terbuku di hati selama beberapa minggu ini..Episod suka..duka...menyampah...semua ada...Namun, satu yang cik shim pelajari..Jangan menulis tatkala emosi membelenggu diri..Buruk padahnya....Kata-kata yang dilemparkan ketika berada dalam emosi yang tidak stabil sebenarnya lebih teruk dan memberi kesan yang mendalam...Atas faktor tersebutlah, makanya cik shim membiarkannya ia pergi sehinggalah hati berasa tenang dan mampu berfikir secara rasional...Tujuan blog cik shim dilahirkan bukan ingin menghentam sesetengah individu..Kalau boleh, biarlah setiap cerita yang disampaikan tidak membawa kesan yang negatif dalam diri cik shim..:-)

Baiklah, berbalik kepada tujuan asal penceritaan pada malam ini...Tersebutlah alkisah pada cuti Deepavali yakni episod balik kampung iaitu sudah hampir 3 minggu rasanya cerita ini berlaku..Namun, seperti yang cik shim selalu sebutkan, cik shim suka memerap cerita tersebut sehingga benar-benar masuk ranum.....hahhahaha

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian alam....Episod balik kampung yang penuh tragedi ini pertama kali berlaku sepanjang hidup cik shim...Sudah sekian lama cik shim pulang ke kampung dengan tidak menggunakan pengangkutan awam yakni bas...Namun, memandangkan pemandu yang selalu menumpangkan cik shim ada tugasan lain, makanya cik shim terpaksalah menggunakan pengangkutan awam ini untuk pulang berhari raya deepavali di kampung (opsss...),..hehe....


Cerita yang disampaikan ini bukan rekaan semata-mata yea...Benar-benar terjadi...hehe..OK..BACK TO STORY.....:-)....

Tiket bas ke Ipoh telah dibeli..Tertera waktu serta tarikh pada tiket tersebut...21 Oktober 2011 jam 3 petang berharga RM 19...Tiket masih dalam genggaman....Perasaan berkobar-kobar...Berdiri di Kampung Raja sambil menunggu bas keseorangan yang datanganya dari arah Tanah Rata..Perasaan takut terlepas bas..Namun, bergerak lebih awal di situ iaitu pada jam 3.30 petang...Namun, terasa kegusaran sedikit menghilang tatkala melihat seorang lagi perempuan menunggu bas untuk ke destinasi yang sama..Alhamdulilah..ada rakan....Rupa-rupanya gadis tersebut merupakan adik perempuan kepada pemilik kantin sekolah....

Jam di tangan menunjukkan angka 4 petang....Bas yang dinanti tidak kunjung tiba...Kegusaran semakin menjengah di hati...Takut kerana sekiranya lambat tiba di Ipoh, maka lambatlah pulang ke Kedah...Masakan tidak, tiket ke Kedah masih belum dibeli lagi....Namun, kegusaran terubat apabila melihat bas berwarna merah kelabu berhenti ke arah kami..Dengan semangat yang berkobar-kobar, lalu pintu bas dibuka..Baru sahaja ingin menjejakkan kaki di tangga bas..Secara tiba-tiba, pemandu bas tersebut mula bersoal jawap dengan kami berdua...


"Lu orang tunggu bas aper??"
"Bas ke Ipoh laa...Ini tiket "
"Tiket sudah betul..Tapi macam mana lu org mau naik, bas sudah penuh"
"Aik..macam mana sudah penuh..ini tiket betul maa..sy beli semalam"
"Aiyaa...sy tak tahu...Ini pon sudah lebih....Lu orang pergi tanya itu kaunter bas...Sy tak boleh bawa penumpang lebih..nanti kena saman sama itu JPJ.."
""Habistu..kalau sudah penuh..macam mana tiket ini keluar".
"I tak tahu..lu org telefon laa syarikat,..i tak tahu..i driver shj"
"Laa habis tue..kami macam mana..sy dah beli tiket balik kedah ney...."
"I  tak tau itu mcm..Lu orang nek bas laa pkl 6"
"Wahh..mne blh ini mcm"
"I tak tahu....i xnk bawak penumpang lbh" 

Sambil bergerak ke tempat memandu...menutup pintu lalu bergerak meninggalkan kami dalam keadaan terpinga-pinga..kemarahan...kemaluan....:-(


Di bawah panahan cahaya matahari yang panas sepanas itulah hati kami berdua...Ditinggalkan disitu sambil diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang termasuklah penumpang yang berada di dalam bas tersebut..Kalau anda di tempat kami...Apakah yang anda rasai....Pertama rasa sangat-sangat malu....(wahhh..malu ceq tau depa dok tengok semacam sambil tersenyum sinis)......

Episod kedua Tragedi Pulang ke Kampung sempena Hari Raya Deepavali akan bersambung........:-)
 
Banyak lagi episod yang menarik selepas kejadian tersebut....
ANTARA yang MENARIK....

  • Episod tangan yang lenguh mendail nombor syarikat tersebut
  • Luahan perasaan yang geram, marah kepada syarikat tersebut
  • Bagaimana episod ugut-mengugut berlaku
  • Bagaimana kami berdua akhirnya diberi layanan 1st class....
  • Episod tidak ada tiket ke Kedah...
  • Episod akhirnya berjaya jua sampai ke Kedah dengan menggunakan perkhidmatan bas awam jua.....
Nantikan susulan dan kesudahan cerita  semuanya ini  di blog Menggapai Bunga Sakura arahan Cik Shim.....hahaha :-)


Ala....wat suspen saje....Baru nak tahu..Dah bersambung,..Tapi tak mengapa...
Kalau bersambung..mesti keluar gambar incik Sinichi lagi kan....Takper.....sambung..sambung lagi....hehe :)


cik shim :Nie laa akibatnya kalau pelakon overshadow daripada pengarah.....:-)



Monday 24 October 2011

UPDATE.......

Assalamualaikum......

Agak lama jugak yea cik shim tak update blog kesayangan hamba ini....hehe....Ermm sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama-sama..Namun, macam biasalah, masa membatasi segalanya....Tidak ada alasan lain selain daripada itu....Sebenarnya faktor utama ialah kemalasan..... :-)


Kemalasan ingin mengupdate blog ini sebenarnya disebabkan sudah pulang ke kampung halaman nun juah di Pendang....Jadinya, ingin mengemaskinikan blog cik shim ini rasanya tidak kot...Yelah, dengan perjalanan trafiknya yang sangat lembap, membuatkan diri rasa hilang kesabarannya....Makanya, daripada mengurangkan lagi pahala yang tidak berapa banyak, moleknya benar sekirannya cik shim tidak perlu mengemaskinikannya..Dikuatiri, mulut ini lancang mengeluarkan kata-kata hanya atas faktor kelembapan internet...Hehehe...

Ada perkara yang boleh dikatakan agak menarik untuk dikongsikan bersama sepanjang cik shim cuti seminggu ini....Namun, bukan pada hari ini...Insyallah, pada minggu hadapan ataupun hujuung minggu ini.....
Ada perkara yang mendukacitakan sewaktu perjalanan pulang ke kampung pada hari Jumaat...Dan ada perkara yang menceriakan sepanjang cuti persekolahan ini.......... :-)

Insyallah..nanti cik shim akan update...Buat masa sekarang ini, macam tidak sempat plak....
See u next time u ollsss........
Selamat bercuti dan Happy Deepavali pada semua kaum India..... :-)




Incik Sinichi, jangan rindu-rindukan blog hamba yea...hehe :-)

Tuesday 18 October 2011

Annual Dinner @ Equatorial Hotel Brinchang, Cameron Highlands....

Bismillahirrahmanirrahim....

Entri perihal makan lagi yea......Perasan tak, kebanyakan entri cik shim semuanya berkisarkan makan...makan dan makan...Mana taknya sihat sokmo tubuh cik shim....Yelah, asal nak berdiet (chewah konon), ada laa program makan-makan ney...Tak suka tau cik shim (pirahhhhhh....).....hahahhaa..

Perihal Annual Dinner ini...Tahun pertama sejak berkerja menghadirinya...Sebenarnya episod ini sudah agak basi, dah hampir mencecah dua minggu agaknya..Tapi biasalah cik shim, suka memeram cerita..Agak-agak dah hampir basi ataupun agak-agak dah tumbuh sporanya barulah cik shim keluarkan..Yelah, kadang kala keterbatasan waktu itu menyebabkan sesebuah cerita itu tidak dapat dikeluarkan dengan secepatnya....Tambahan pula, pabila mood sering berubah-ubah seperti keadaan di sini, merupakan salah satu faktornya juga.....:-).....

Malas...agaknyalahh....

Perihal Annual Dinner....Tidak ada perkara yang menyeronokkan sebenarnya..Masing-masing hanya datang untuk makan semata-mata...Kalau nak diikutkan rencana asalnya memang sebegitu..Namun bila difikir-fikirkan balik, kenapa tidak mahu menjadikannya agak meriah sedikit...Yelah, bukan sebulan sekali kita dapat berkumpul bersama-sama..Itu salah satu aktivitnya...Namun, agak suram dan pudar cahayanya....Yelah, kita bukannya ingin sebuah keramaian yang agak besar..Namun, cukuplah sekadar ada kemeriahan antara satu sama lain....Mungkin kerana, keterbatasan waktu itu menjadikannya agak berkeadaan demikian....Tidak mengapa, mungkin tahun hadapan agak lebih baik di situ...Ataupun keadaannya bertukar di sekolah lain pula (mungkin bukan masanya lagi yea cik shim...hehehe ).....


Episod pada malam tersebut yang mencuit hati dan menghiburkan sebenarnya hanyalah gelagat-gelagat aksi si cilik yang menari-nari mengikut persembahan pelajar tingkatan 5....Aksi mereka kiranya lebih mencuri tumpuan hadirin sebenarnya..Namun, pujian harus diberikan kepada para pelajar Tingkatan 5 yang bersungguh-sungguh juga menghiburkan hadirin pada malam tersebut. Dengan bakat yang ada pada mereka, cik shim amat memuji..Bukan senang untuk kita tampil di hadapan dan membuat persembahan di khalayak ramai terutama di hadapan guru-guru...Seandainya cik shim berada di hadapan mereka...Nak tahu apa cik shim buat......lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......hahhaa :-)


Cukuplah merepek dengan agak panjang lebar...Layankan beberapa gambar yang sebenarnya hampir sama sahaja semua aksinya....Biasalah, tatkala melihat makanan yang banyak di hadapan mata, makanya perihal bergambar ini sudah menjadi nombor 2...Tambahan pula, bila tiada orang pun yang mengambil gambar beriya-iya selain pelajar sendiri....Gurunya yang terlalu gila kamera sangat.......hehe :)








* Ada dua perkara yang anda tidak akan jumpa pada entri kali ini.....atau anda dah perasan ney...Kalau dah perasan....Anda memang bijak......hahahha.....*
  1. Anda tidak akan jumpa gambar-gambar makanan pun dalam entri kali ini..Kalau nak diikutkan tajuknya perihal makan....Kebanyakan entri makan-makan cik shim pun mesti ada gambar makanan kan..Jawapan yang sangat mudah, cik shim terlupa....huhuhu....Balik rumah baru perasan...Lagipun, biasalah, bila terlalu banyak makanan di hadapan mata, terlupa itu semua...Yelah, dah setengah hari tau simpan perut untuk makan...Makanya....Alhamdulillah lah....hehe :-)
  2. Anda tidak akan jumpa gambar Incik Sinichi yea pada entri kali ini..Yelah, seandainya setiap kali entri ada gambar Incik Sinichi pasti bosankan..Bukannya hensem sangat pon (ehermm ehermmm)....Tapi yang pasti namanya mesti ada....Hahahahhaha..... 
Sekian, terima kasih.......
Yang ikhlas dan jujur menulis.......

Cik Shim......

*Dokumen ini merupakan dokumen bercetak....Maka, tiada tandatangan diperlukan....hahaha :-)*

Sunday 16 October 2011

Teruja dan Tidak Sabar...

Assalamualaikum....

Hai..rasa macam lama sangat cik shim tak update blog ney yea....RINDU plak sama Incik Sinichi kan....hehe

Rindu dekat Incik Sinichi yea...malu rasanya.... :-)

Entri malam ni...Teruja dan tidak sabar.....

Mesti ada yang tertanya-tanyakan.....Atau sebenarnya tiada siapa pun yang kisahkan....hahahha...Owh kalau begitu tidak ada masalahnya....Cik shim tak kisah....hehe :).......Sebenarnyakan bukan apa, cik shim rasa macam tak percaya jerk...Hampir seminggu lebih sahaja lagi.....Tarikh dah nak dekat....Teruja sangat....Pertama kali dalam sejarah hidup cik shim tau setakat ini..... :)....

Persiapan setakat ini, boleh dikatakan hampir 50%.....50 % lagi bila tarikh kejadian tersebut...Wahhhh.....sangat teruja.....Namun, bila dengar belakangan ini pelbagai kes yang berlaku, gerun plak....Tambahan pula, bila tarikh semakin hampir...Siapa tidak gerun..Persiapan dah dibuat...Sekirannya dibatal, bagaimana????.....Cik shim tidak kisah tetapi agak terkilan laaa.....Duit banyak juga dah dihabiskan...Begitu juga dengan harapan rakan-rakan dan adik beradik...Boleh dikatakan semua dah tahu..Sekirannya tidak jadi....ermmm melepaslah harapan mereka.....sekali dengan harapan cik shim...huhu...

Insyallah..semuanya akan selamat..... :)

*Nak tahu RAHSIA apa.........Insyallah, cik shim akan kabo kan pd org kampung semua yea...hehe*

cik shim memang..suka sgt buat org tertanya2 gn suspen....Lain kali jgn dikabo kn begitu....huhu

Cik shim : hahahahha..Ini blog sape??? Cik shim yang berkuasa taww!!!.....hahaha (gelak jahat)

Wednesday 12 October 2011

Meresap Roh KOMSAS @ Mega View Kuantan.....

Peringkat kedua....
Perjalanan roh KOMSAS bermula sejak 4 Oktober sehingga 7 Oktober...
Tidak banyak gambar yang diambil sewaktu Kursus ini berlangsung....
Masing-masing sibuk dan khusyuk sewaktu perjalanan mencari ilmu..... :-)

Gambar yang banyak hanya sekitar bilik dan pandangan dari sudut Hotel Mega View sahaja :-)

Tempat tinggal sepanjang 4 hari kursus berlangsung....
Selesa..... :-)

Pemandangan di hadapan bilik.....Indah kan..... :)

Pemandangan pada waktu malam...Masih sama indah kan ..... :-)

Sungai Pahang pun dapat dilihat dari hotel ini....

Cantik kan......:)

Sini sungai Kuantan...Sana Pantai....
Bandar Kuantan ini rupanya di tepi-tepi pantai rupanya..baru tahu :)


Menelusuri roh KOMSAS...... :-)

Bersedia untuk menuntut ilmu yea cik shim :)




Malam penghayatan KOMSAS.....
Mempelajari pelbagai jenis irama bagi melagukan prosa serta puisi :)

Santai dan penuh ilmiah :)


Bersama-sama rakan seperjuangan..... :)


Titisan ilmu sudah sampai ke penghujungnya......
Namun, terasa banyak yang perlu dipelajari.....
Tanpa banyak huruf-huruf yang membentuk tulisan...
Biarlah hanya gambar-gambar yang mewakili segala perasaan ini.....
Tanpa mereka yang menjadi tulang belakang....
Pasti kami yang hadir ini, cacat dalam berdiri dengan teguh....
Sesungguhnya, ilmu itu tidak akan ada penghujungnya...
Tidak akan bertepi...


Apa yang dipelajari bukan sekadar ilmu yang tercatat di dalam surat panggilan..
Namun lebih daripada itu...
Ilmu dalam menjadi insan yang penuh kemanusian....


Biarpun sudah bergelar guru....
Namun masih lagi memerlukan guru dalam hidup ini.....

Alhamdulilah....
ATAS segala NIKMAT yang diberikan olehNya...... :-)

Hari Pertama@Beach Stone-Kuantan

Assalamualaikum dan salam sayang :-)

Agak terlewat untuk meletakkan gambar yang kiranya sudah hampir dua minggu peristiwa ini berlaku...NAMUN, tidak salahnya seandainya meletakkan juga ya??? :-).....

Gambar serta segala peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh kursus ini akan dilakukan secara berperingkat....(wahh macam kerja-kerja pembinaan pulak..hehe)....

Episod pertama....
Gambar sekitar di Beach Stone Resort...

dalam perjalanan...sempat jugak mengambil gambar..hehe


Selamat sampai di Beach Stone....
RM 80 sangat berpatutan......:-)

Dari pandangan hadapan...

Bukak pintu sahaja..dah nampak kolam renang dan pantai......
sangat strategik bilik cik shim....


Sepanjang pantai Beach Stone...
Nak tahu kenapa Beach Stone...
Jawapan anda akan terjawab pabila melihat gambar seterusnya.. :-)



Batu-batu pantai ini semuanya hitam.....
Asli....tidak dicat pon...hehe
 
 
Episod kedua .....
Makan malam di bandar Kuantan.....
Asal entri cik shim mesti tak terlepas pasal makan kan....hahaha

Menu pertama....lala masak serai :)

Menu kedua dan ketiga....ketam dan sotong goreng.....:)

Menu terakhir.....ikan bakar.....yummmy!!!! :)






Incik Sininchi : Kenapa cik shim pegang perut ????
Cik Shim : Ala kenyang...dan akhirnya tidur dengan segala macam benda yang dimakan...hehe

*Moral of de story..*
  • Tidak salah seandainya pergi mengembara ke tempat yang baru....
  • Sekali sekala hiburkan hati kita setelah penat kita bekerja....Badan pun memerlukan rehat jugak... :-)
  • Beach Stone Resort sangat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.....Pergilah melancong.....hehe

Sunday 9 October 2011

Selamat Kembali ke Rumah....:)





Alhamdulilah...selamat kembali ke rumah di Cameron ...:-)

Incik Sinichi yang kasi ker ney????


Yelah..sebabnya lama dah tak masukkan muka incik Sinichi di sini..rindu plak nak masuk blog ini..hehe
 
 
kerr rindu kt cik Shim ney...hehe :)

isy...ke situ plak....saje nak buat incik Sinichi malu-malu....hihi :-)
 

Cukuplah..merepek bersama-sama dengan incik Sinichi kita ney.....Alhamdulilah, akhirnya selamat sampa jua ke Cameron dengan selamatnya....Perjalanan yang agak jauh dengan menaiki bas...Bertolak dari stesen bas Kuantan ke Ipoh jam 12.30 malam...Malam yang cukup melemahkan tatkala seorang diri di situ..Mujurlah, masih ramai penunggu bas yang setia di situ menunggu kehadiran bas yang akan membawa pulang ke destinasi masing-masing.....Sampai di Ipoh lebih kurang jam 7.00 pagi...Pagi yang cukup indah..Ketidakcukupan tidur sangat dirasai...huhu...

Sampai sahaja di sana, kaunter tiket untuk ke Cameron Highlands masih lagi belum di buka...Masih terlalu awal bagi pekerjanya berniaga...Mood kebosanan mula merajai diri ditambah pula dengan mulut yang asyik menguap sahaja mematikan nafsu untuk berjalan-jalan......Bas yang paling awal bergerak ke sana ialah pada jam 11.30 pagi..Cukup lama untuk berada di satu tempat yang sama...Namun begitu, rezeki datang pabila ada seorang teman yang ingin ke Ipoh pada jam 10.00 pagi..Alhamdulilah, akhirnya ada juga rezeki yang datang dan menghantar terus ke muka pintu....Dengan keadaan beg yang agak berat jugak (kursus baru 5 hari namun barang tak payah cakap laa....hehe).., malas rasanya diri nak menaiki bas... :-)

Namun, kami tidak terus pulang ke Ipoh....Masa inilah, berjalan-jalan di Ipoh...Biarpun badan serta mata agak mengantuk dan keletihan namun gagahi juga...Hentian pertama di Karnival IT di Stadium..Sempat membeli pendrive...hehe..Hentian kedua di Tesco bersebelahan dengan Jusco...sempat membeli barangan dapur...Hentian yang akhir sekali tentulah jiran Tesco iaitu Jusco...Hentian solat dan juga makan...Sempat membeli DVD Bini-Biniku Gangster dan Boss 2 (kedua-duanya setakat ini belum lagi menonton)...Tidak lupa barangan untuk di bawa balik ialah Big Apple...Wahh hilang rasa mengantuk tatkala melihat warna warni donutnya...hehe.....Perjalanan yang boleh dikatakan sebenarnya agak panjang dan meletihkan...Namun pabila, berjalan-jalan hilang rasa mengantuknya..Namun, sampai sahaja di rumah...mula mencari bantal dan tilam selepas usai solat Isya'.... :-)


Sebelum menamatkan entri kali ini,,,ingin berkongsi satu gambar yang membuatkan diri tertanya-tanya...Gambar ini diambil di Jusco Ipoh ketika hentian ketiga sebelum sampai di Cameron.....
 

Pelik bukannya apa..Cuma cik shim konfius sahaja...
Perayaan yang akan menjelma ialah Deepavali....
Jadi, apa kaitan dengan cik arnab itu.....
Menampakkan perayaan Deepavali cuma arnab itu memakai sari........



Keliru...keliru dengan mesej yang cuba disampaikan,.....
Mungkin ingin menonjolkan semangat 1 Malaysia...
Mungkin ingin menjimatkan kos membuat patung....
Mungkin ingin mengambil langkah bijak dengan mengamalkan kitar semula....

Apapun....still cute cik arnab pakai sari...:-)





Friday 7 October 2011

Roh KOMSAS sudah meresap......

Alhamdulillah.....

Perjalanan dalam menelesuri jiwa dan roh KOMSAS telah pun tamat pada hari ini 7 Oktober 2011....Saat tirai kursus ini tamat, terasa seperti masih lagi banyak ilmu yang perlu dipelajari dan digali....Tambahan pula masih lagi baru dan mentah dalam dunia pendidikan....

Benar kata orang "jangan membuat penilaian pada awalnya, buatlah penilaian anda pada akhir anda cukup mengenalinya"...Cik shim pernah merepek dalam entri yang terdahulu saat keterpaksaan dalam menerima sesuatu..Benar, pada awalnya dan saat sampai di kaki hotel kursus ini, jiwa masih dalam keterpaksaan...Namun, pabila tirai KOMSAS dibuka, keterpaksaan itu makin menghilang ditelan arus muara sungai Kuantan....

"Selami jiwa dan roh KOMSAS dalam diri"....Benar kata fasilitator Kak Rohayah selaku JU Kebangsaan KOMSAS...Sebenarnya karya tinggalan orang Melayu ini sangat indah...Penuh dengan bahasa puitisnya, penuh dengan isi tersiratnya yang sememangnya memberikan pengajaran kepada orang Melayu itu sendiri..Namun, agak sayang....Saat orang Melayu mula melupai dan menganggungkan karya asing, saat itu karya Melayu mati...Siapa lagi yang boleh mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri..Saat ini, teringat kata-kata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohammad "Melayu mudah lupa"...Benar, Melayu itu selalu melupai bahawa adanya khazanah berharga yang masih menjadi milik orang Melayu namun telah DIKETEPIKAN dan semakin lama jiwa itu tenggalam dek simen-simen konkrit....

Warna-warna yang indah kian lama kian pudar.....


Jiwa dan sifat orang Melayu memang sangat lembut...Namun, jangan biarkan sifat kelembutan itu membuatkan hak serta khazanah kita diambil serta dirampas dengan sekeras-kerasnya..Kita bukan lagi berada di zaman Si Luncai mahupun Pak Pandir...Selami karektar mereka..Ada mesej yang cuba ingin menembusi hati orang Melayu...Namun, GAGAL kan??..Kita hanya mengingati perwatakan mereka namun lupa kepada kesalahan yang dilakukan...Mahukah kita menjadi Si Luncai dan Pak Pandir yang diperbodohkan dan diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya..Bangunlah dan sedarlah, kita mungkin moden namun jiwa kita masih lagi Melayu yang sangat kaya...Jangan biarkan itu pun dirampas...





Baru cik shim mengerti saat ini..Benar jiwa orang sastera ini sangat sensitif...Maaflah, kerana hanya golongan ini yang mempunyai semangat Melayu yang menebal dalam diri..Mereka tahu apa yang telah hilang sebenarnya tanpa kita sedari...Ya, sejarah tidak mungkin berulang..Namun TIDAK MUSTAHIL boleh berulang kembali...Frasa itu hanya retorik semata-mata yang telah mengaburi mata kita selama ini....Hakikatnya, kita telah kehilangan benda yang paling berharga....Tidak sampai 100 tahun kita merdeka, namun banyak telah kita lepaskan dan makanya penyesalan yang tidak berbaki nanti..


PENYESALAN

Kelam kematu
pintu hati terkaku
ingin diketuk
ingin rombak
biar hancur-hancur
berdebu

Tangan besi
merentap-rentap
jatuh putus

Tubuh sudah jadi robot
punah ranah
berkecai kayu engsel pengikatnya
rebah-rebah menyembam suasana

Hasil karya A. Rani Embi.... 


Moral entri kali ini :
  • Sesungguhnya jiwa roh itu sudah terserap dalam diri...
  • Jangan..jangan biarkan SI LUNCAI dan PAK PANDIR merajai hati kita..
  • Sayangi hak kita sebagai orang Melayu....
  • Terima kasih kepada barisan fasilitator yang En Sairi, En Masri, Tn Hj Rani, Pn Zinaidah dan Pn Rohayah..Anda semua sememangnya insan yang berjuang demi khazanah dan hak Melayu...

Wednesday 5 October 2011

Ketika kursus ....

Alhamdulilah.... :-)

Masuk hari ke-2 cik shim berkursus...Setakat ini, masih lagi berupaya meneruskan pencarian ilmu bersama-sama rakan-rakan yang lain :)

...Sebenarnya, terkejut pabila hadir di sini..Dalam surat panggilan, hanya tertera rakan-rakan dari negeri Pahang..Namun, pabila berkumpul rupa-rupanya bukan sekadar Pahang, tetapi juga dari Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor..Agak goyah semangat pada hari pertama...Bersama pula dengan guru-guru dari MRSM...Namun, tatkala melihat kemesraan yang terjalin, rasanya tidak perlu gusar..Masing-masing ke sini untuk mencari, menggali dan menimba ilmu sebanyak mungkin... :-)


...Paling seronok mengenai kursus ini bab makan....Makanannya boleh dikatakan sangat sedap dan banyak....Melilau jugaklah mata cik shim memandangnya tidak keruan...hehe.....Belum lagi menyentuh bab bilik lagi...Boleh dikatakan agak selesa..Namun, agak kecewa kerana bilik tidak berhadapan dengan sungai Pahang...Hanya berhadapan dengan bandar Kuantan..Namun, tidak mengapa, pemandangan bilik diserikan dengan tersergam nan indah masjid Kuantan :-)

Kehidupan perlu diteruskan lagi...
Pencarian ilmu perlu di gali lagi....

Oleh itu, tidur perlu mencukupi..Makanya, sampai sini dahulu tinta dari hati....Gambar akan diupload nanti yea :-)
Perlu bersemangat kerna beban yang berat sedang terpikul...Tidak terdaya rasanya..Namun sedang berusaha...Insyallah :-)

*Jangan mencari incik Sinichi ....Memang tiadanya dalam entri kali ini....hehe

Tuesday 4 October 2011

 
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
Kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
Kadang-kadang kita minta bahagia tapi huru-hara pula datang...
Dugaan menjadikan mental kita kuat.. masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah...Hebat kan Allah...semua ada hikmah...

Allah tidak akan memberikan apa yang kita nak..Tapi memberikan apa yang perlu...Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...
Let say Alhamdulillah :-)
 
 

Monday 3 October 2011

Jumpa pantai..... :-)

Assalamualaikum.... :-)

Kadang-kala jangan kita sangkakan bahawa sesuatu perkara yang buruk itu sangat buruk pada kita..Cuba cari kebaikan di sebaliknya...Tentu INDAH :-).....

Alhamdulilah....Pada mulanya dengan sejujurnya agak keberatan untuk menghadiir kursus di Kuantan ini.. Sangat berat kerana agak terkontang-kanting pada mulanya...Dari Cameron ke Kuantan...Perjalanan yang begitu jauh membuatkan jiwa agak resah....Namun, Alhamdulilah, syukur kerana dimurahkan rezeki...Kehadiran ke Kuantan ini cik shim menumpang seorang rakan sejawat yang kebetulan ingin ke Kuantan...Terlanjur dia ke sini, makanya bagai bulan jatuh ke riba....Hehe :)

Perjalanan yang sangat jauh dan meletihkan..Hampir 6 jam untuk sampai ke sini...Sampai sahaja ke Kuantan, terus check in di Black Stone Beach Kuantan.....Ayat pertama tatkala sampai di sini...awesome :)....Sangat cantik...Tambahan pula pabila dapat bilik yang berhadapan dengan kolam renang dan juga pantai....Sampai di sini, sudah agak lewat petang, sempat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..Menikmati matahari terbenam...Sangat INDAH......Sudah mengambil beberapa gambar, namun sayangnya tidak membawa kabel bersama-sama...Jadinya, tunggulah next entri yea....hehe

Masih banyak yang hendak diceritakan lagi ..Namun..setakat ini, cukuplah sekadar ini sahaja...Jumpa lagi...

* JATUH CINTA pada pantai...... :)
* Kalau duduk lama di sini kan lebih bagus.....


 Incik Sinichi mesti tak pernah tengok pantai kan ????
Nanti cik shim upload yea...hehehe
Eleh, sengaja laa tue nak bagi incik Sinichi jelez...... :)

Sunday 2 October 2011

Kursus + Kerja + Bercuti

Alhamdulillah.....Masih lagi mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa..... :-)



Minggu lepas dah sibuk..Minggu nie lagilah bertambah sibuk....Minggu ini terpaksa menghadiri kursus di Kuantan....Pertama kali menghadiri kursus sebegitu jauh dan seorang diri....Wahhhhh....macam mana??? Antara Cameron ke Kuantan....boleh dikatakan agak jauh....Belum pernah menjejakkan kaki lagi ke bandar Kuantan dan kursus yang agak jauh sejak mula bekerja... :-(

Agak kerisauan pulak, tambahan pulak menaiki bas....
Kalau begitu, nak bawak incik Sinichi boleh tak???

Tak naklah cik shim...incik Shinichi nie elergik dengar2 kursus ney...hehe
Jangan risau yea Cik Shim.... :-)

* Harapan.... *
  • Semoga selamat pergi dan pulang....huhu 
  • Lain kali kumpul duit beli kereta...kalau kaya ckit, beli kapal terbang...hahaha
  • Berharap dapat menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin....
  • Masa untuk berehat dan melarikan diri sekejap ke tempat lain.... :-)

Taman si kebun sayur....:-)

Assalamualaikum..

Minggu lepas..sangatlah sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya makan..makan...dan makan....Minggu lepas masih lagi memenuhi undangan rumah terbuka untuk hari raya....2 minggu tersebut memang dapur den tak berasap laa (memang jarang berasap pon...hehe)....Kenyang dan kenyang......:-)

Minggu lepas..sebaik sahaja tamat aktiviti makan-makan free di Brinchang, keesokkannya pula masih lagi mood makan....Tapi makan yang agak ringan di petang hari iaitu burger....Secara tiba-tiba plak, teringin nak makan burger..So, balik kerja sahaja terus serbu kedai untuk membeli roti burger cap gardenia dan daging burger cap Ramly...hehe.....Memandangkan idea tersebut datang secara spontan, makanya untuk hiasannya seperti sayur dan tomato tiada plak...Mana sedapkan burger tanpa semua itu......

Oleh itu, dek kerana keterujaan untuk memakan burger sangat tinggi, makanya terus sahaja ke kebun sayur di belakang rumah...(untungnya pabila tinggal di Cameron..hehe)....Tujuannya untuk membeli salad (sebenarnya nak free, sengaja tulis nak beli....huahuahua ).....So, tanpa berlengah lagi, pergilah memanggil "baiya" (pekerja bangla..hehe)

....."baiya, kami nak beli salad ckit boleh kerr???"
...."tarak ada laa salad..semua kecik2 punya..."
..."Ala, bolehlah nak satu jerk....bukan byk pon..yg kecik2 pon xperr..bolehlaa yea..."
.."ok lah..nanti tgok..ada tak kat belakang"....
..."ok..ckit jerk tau..tak nak banyak2..."

Sementara menunggu kepulangan "baiya" tersebut bersama-sama salad...Makanya seperti biasalah aktiviti bergambar.....hahahahaha





suka tengok salad2 di situ...kembang semangkuk jerk..:-)

Setelah selesai aktiviti penggambaran..makanya "baiya" tersebut pon datang bersama-sama dengan salad...Wahh..suka sangat....Yelah, seandainya tiada, makanya rosaklah burger pada hari tersebut...Setelah itu, makanya kami pun berkata...

"Berapa ringgit ney...(dengan gaya membuka handbag..hehe)...."
..."tak payahlah..kasi angkat saja..."
..."Ohh..yeker...terima kasih banyak2.....Emmm tomato takde kerr kat sini..."
.."tak de"...
..."timun aderr????"
..."mana ada...salad, daun-daun herba ada laaa...."
..."hehe...yeker...kalu gitu terima kasih jerk laaa..."

Begitulah kisahnya....ingin makan burger sehinggalah episod mencari daun salad di belakang rumah....Akhirnya, misi membuat burger tercapai biarpun tiada tomato dan timun....Burger hari tersebut hanylah sekadar salad, bawang, daging burger yang disaluti telor...Wahhhh....betul-betul ho liyau......hahaha


* Moral of de story........*
  • Gambar burger tidak sempat di snap..hanya dapat di snap di dalam perut...hehe
  • Untung menjadi orang di sini....sekali sekala dapat free....
  • Niat sebenar memang nak dapatkan free di kebun tersebut....hehe :-)