BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Thursday 10 November 2011

Tanda Penghargaan....

Assalamualaikum dan selamat malam....

Memilih agak lewat untuk mengemaskinikan blog kesayangan hamba..sayang kerr???Bolehlah...hehe :-)....Terasa agak lama tidak menjenguk blog ini...Selama itulah juga, bayang-bayang Incik Sinichi tidak kelihatan...Begitu kuatnya penangan Incik Sinichi daripada cik Shim sendiri sehinggakan ada yang tertanya dan merindui Incik Sinichi..Wahh, ini yang membuatkan hamba terasa kejelesan ney...Yelah, sedangkan watak Incik Sinichi tue sekadar pak pacak jer dalam blog ini..Namun, impak yang diberikan olehnya agak besar...Wahh..syabas diucapkan kepada Incik Sinichi dan sebagai tanda penghargaan cik Shim kepada Incik Sinichi, maka Cik Shim akan meletakkan muka Incik Sinichi pada malam ini...Hahaha.....

incik Sinichi : Wah....akhirnya ...Finally....muncul jua muka yang ensem ini...hahaha
cik shim : Perasan laa sangat.....:p
incik Sinichi : terbau-bau org jelez...haha :p

Sesungguhnya.....sangat merindui untuk menulis...Meluahkan apa yang terbuku di hati selama beberapa minggu ini..Episod suka..duka...menyampah...semua ada...Namun, satu yang cik shim pelajari..Jangan menulis tatkala emosi membelenggu diri..Buruk padahnya....Kata-kata yang dilemparkan ketika berada dalam emosi yang tidak stabil sebenarnya lebih teruk dan memberi kesan yang mendalam...Atas faktor tersebutlah, makanya cik shim membiarkannya ia pergi sehinggalah hati berasa tenang dan mampu berfikir secara rasional...Tujuan blog cik shim dilahirkan bukan ingin menghentam sesetengah individu..Kalau boleh, biarlah setiap cerita yang disampaikan tidak membawa kesan yang negatif dalam diri cik shim..:-)

Baiklah, berbalik kepada tujuan asal penceritaan pada malam ini...Tersebutlah alkisah pada cuti Deepavali yakni episod balik kampung iaitu sudah hampir 3 minggu rasanya cerita ini berlaku..Namun, seperti yang cik shim selalu sebutkan, cik shim suka memerap cerita tersebut sehingga benar-benar masuk ranum.....hahhahaha

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian alam....Episod balik kampung yang penuh tragedi ini pertama kali berlaku sepanjang hidup cik shim...Sudah sekian lama cik shim pulang ke kampung dengan tidak menggunakan pengangkutan awam yakni bas...Namun, memandangkan pemandu yang selalu menumpangkan cik shim ada tugasan lain, makanya cik shim terpaksalah menggunakan pengangkutan awam ini untuk pulang berhari raya deepavali di kampung (opsss...),..hehe....


Cerita yang disampaikan ini bukan rekaan semata-mata yea...Benar-benar terjadi...hehe..OK..BACK TO STORY.....:-)....

Tiket bas ke Ipoh telah dibeli..Tertera waktu serta tarikh pada tiket tersebut...21 Oktober 2011 jam 3 petang berharga RM 19...Tiket masih dalam genggaman....Perasaan berkobar-kobar...Berdiri di Kampung Raja sambil menunggu bas keseorangan yang datanganya dari arah Tanah Rata..Perasaan takut terlepas bas..Namun, bergerak lebih awal di situ iaitu pada jam 3.30 petang...Namun, terasa kegusaran sedikit menghilang tatkala melihat seorang lagi perempuan menunggu bas untuk ke destinasi yang sama..Alhamdulilah..ada rakan....Rupa-rupanya gadis tersebut merupakan adik perempuan kepada pemilik kantin sekolah....

Jam di tangan menunjukkan angka 4 petang....Bas yang dinanti tidak kunjung tiba...Kegusaran semakin menjengah di hati...Takut kerana sekiranya lambat tiba di Ipoh, maka lambatlah pulang ke Kedah...Masakan tidak, tiket ke Kedah masih belum dibeli lagi....Namun, kegusaran terubat apabila melihat bas berwarna merah kelabu berhenti ke arah kami..Dengan semangat yang berkobar-kobar, lalu pintu bas dibuka..Baru sahaja ingin menjejakkan kaki di tangga bas..Secara tiba-tiba, pemandu bas tersebut mula bersoal jawap dengan kami berdua...


"Lu orang tunggu bas aper??"
"Bas ke Ipoh laa...Ini tiket "
"Tiket sudah betul..Tapi macam mana lu org mau naik, bas sudah penuh"
"Aik..macam mana sudah penuh..ini tiket betul maa..sy beli semalam"
"Aiyaa...sy tak tahu...Ini pon sudah lebih....Lu orang pergi tanya itu kaunter bas...Sy tak boleh bawa penumpang lebih..nanti kena saman sama itu JPJ.."
""Habistu..kalau sudah penuh..macam mana tiket ini keluar".
"I tak tahu..lu org telefon laa syarikat,..i tak tahu..i driver shj"
"Laa habis tue..kami macam mana..sy dah beli tiket balik kedah ney...."
"I  tak tau itu mcm..Lu orang nek bas laa pkl 6"
"Wahh..mne blh ini mcm"
"I tak tahu....i xnk bawak penumpang lbh" 

Sambil bergerak ke tempat memandu...menutup pintu lalu bergerak meninggalkan kami dalam keadaan terpinga-pinga..kemarahan...kemaluan....:-(


Di bawah panahan cahaya matahari yang panas sepanas itulah hati kami berdua...Ditinggalkan disitu sambil diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang termasuklah penumpang yang berada di dalam bas tersebut..Kalau anda di tempat kami...Apakah yang anda rasai....Pertama rasa sangat-sangat malu....(wahhh..malu ceq tau depa dok tengok semacam sambil tersenyum sinis)......

Episod kedua Tragedi Pulang ke Kampung sempena Hari Raya Deepavali akan bersambung........:-)
 
Banyak lagi episod yang menarik selepas kejadian tersebut....
ANTARA yang MENARIK....

  • Episod tangan yang lenguh mendail nombor syarikat tersebut
  • Luahan perasaan yang geram, marah kepada syarikat tersebut
  • Bagaimana episod ugut-mengugut berlaku
  • Bagaimana kami berdua akhirnya diberi layanan 1st class....
  • Episod tidak ada tiket ke Kedah...
  • Episod akhirnya berjaya jua sampai ke Kedah dengan menggunakan perkhidmatan bas awam jua.....
Nantikan susulan dan kesudahan cerita  semuanya ini  di blog Menggapai Bunga Sakura arahan Cik Shim.....hahaha :-)


Ala....wat suspen saje....Baru nak tahu..Dah bersambung,..Tapi tak mengapa...
Kalau bersambung..mesti keluar gambar incik Sinichi lagi kan....Takper.....sambung..sambung lagi....hehe :)


cik shim :Nie laa akibatnya kalau pelakon overshadow daripada pengarah.....:-)