BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sunday 30 September 2012

Rahsia Allah :-)


Assalamualaikum.......


Bila terasa ingin menulis, terus menaip papan kekunci.....

Bila mula menulis, terasa janggal pula membiarkannya sepi......

Bila mula menulis, terasa perkara apa yang perlu direncanakan....

Bila mula menulis, bayangan tajuk pula tidak diketahui....

Bila mula menulis. akhirnya terlintas perkataan "Rahsia Allah".......


Benar, Rahsia Allah itu sudah cukup mencukupi segalanya.......Apa sahaja yang terbentang di hadapan mata yakni yang tersurat dan tersirat apatah lagi menjadi rahsia Allah.....

Terkadang kita sendiri tidak sedar bahawa indahnya ya rahsia Allah itu...Bayangkan sekirannya sudah tertulis seperti dalam diari, maka hilanglah Kekuasaan Allah dan Kekayaan Allah......Subhanallah, Maha Besar rahsiaMu.......

Rahsia Allah itu meliputi segalanya..Soal rezeki, jodoh dan maut....Hampir segalanya dirahsiakan buat hambanya...

Namun yang pasti ternyata rahsia Allah itu membuatkan kita sentiasa istiqamah dan redha dengan ketentuanNya.......

Allah itu mahu menguji .....

Sejauh mana keikhlasan kita dalam menerimanya....

Sejauh mana kita bersedia.....

Sejauh mana kita ikhlas .....

Namun yang pasti, Allah itu Maha Adil.....Lalu dibukakan jua sedikit rahsia buat hambanya.....

Dan rahsia itu, tertulis dalam kitab suci Al-Quran......


Allah  SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :-

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]




Terpulang pada kita sebagai hambanya untuk menilai dan meneliti... 

Segalanya telah terzahir.......

Namun Allah tetap menyembunyikan dan merahsiakan juga 10 perkara :


1.  Allah SWT merahsiakan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambanya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan mengabaikan malam-malam yang lain. Oleh itu Allah SWT menghendaki hambanya melakukan ketaatan sepanjang Ramadhan dan sepanjang hayatnya.
.
2.  Allah SWT merahsiakan Redha-Nya dalam taat. 
Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan (keredhaan-Nya) atas amalan-amalan yang kita persembahkan kepadanya (ketaatan) supaya kita tidak kecewa di atas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat kecacatan yang kita tidak ketahui.

.
3.  Allah SWT merahsiakan Murka-Nya di dalam maksiat. 
Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan (Kemurkaan) daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat di dunia. Sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

.
4.  Allah SWT merahsiakan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
Allah SWT tidak menyatakan nama-Nya yang terAgung di dalam Al-Quran supaya hambanya tidak tertumpu pada nama dan surah tertentu sahaja dan mengabaikan kemujizatan kitab suci tersebut. Maka Allah SWT menghendaki hambanya sentiasa mengkaji dan memahami isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

.
5.  Allah SWT merahsiakan solat yang paling utama di dalam solat fardhu. 
Allah SWT menyembunyikan solat kita yang terbaik disisinya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadanya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

.
6.  Allah SWT merahsiakan wali Allah dikalangan alim-ulama’
Allah SWT tidak menyatakan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

.
7.  Allah SWT merahsiakan Qada’ dan Qadar di dalam kehidupan.
Allah SWT menyembunyikan untung-rugi nasib dan perjalanan kehidupan agar manusia sentiasa redha menerima sebarang kemungkinan. Sudah tentu terkandung banyak hikmah disebaliknya yang telah ditentukan sejak azali lagi. Di samping itu, ianya juga menggalakkan kita lebih berusaha serta bertawakal kepada Allah SWT.
.
8.  Allah SWT merahsiakan Jodoh Pertemuan. 
Allah SWT tidak menyatakan pasangan hidup seseorang supaya kita tidak merasa kecewa di atas ketentuan tersebut dan menerima pasangan seadanya dengan penuh hikmah dan syukur, agar kita dapat meneruskan kehidupan dengan aman sejahtera.

.
9.  Allah SWT merahsiakan tarikh kematian
Allah SWT merahsiakan tarikh kematian hambanya dengan hikmah agar hambanya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja, tanpa sesaat pun tertangguh.
.
10.  Allah SWT merahsiakan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat bermulanya hari kiamat. pasti hamba-hambanya tidak dapat menempuh hari dengan lebih sempurna, mereka akan hilang akal dan tanpa mahu melakukan sebarang pekerjaan.
.
.
Begitulah bertapa luasnya ilmu Allah Yang Maha Pencipta yang hanya merahsiakan beberapa perkara disisi-Nya supaya kita sebagai hamba sentiasa berwaspada dan beramal soleh dalam kehidupan yang dipinjamkan. Hanya ilmu dan perbuatan yang bermanfaat sahajalah yang berkekalan dan dapat membantu kita di alam barzah dan akhirat nanti.



Wallahu A’alam Bissowab

 P/S : Semoga perkongsian ilmu ini mendapat barakah dan keredhannya.....Insyallah


Saturday 29 September 2012

Rapuh

ALLAH swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya. 

 

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulilah, bersyukur kita atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya pada kita hingga detik ini kita masih bernafas dan mampu menghela nafas...Mampu mengucapkan alhmadullilah, masih mampu memberikan kasih sayang pada insan yang tersayang.. Perkara paling penting masih mampu sujud kepadaNya. Syukur alhamdullilah.....

 

Awal entri ini dimulakan dengan petikan kata-kata yang aku rasa dan aku genggam pada hari ini. Allah s.w.t tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya .. sesuai dengan  ayat di bawah :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"- Surah Al-Baqarah :286

 

Hidup kita sering diuji, ujian itu kadang kala terjadi tanpa kita sedar dan tanpa disangka-sangka...Kadang kala kita rasa rapuh.. Tidak mampu berdiri, tidak mampu berkata-kata hanya air mata cukup menceritakan segala-galanya.. Kita rasa hidup kita cukup lengkap, cukup segala-galanya, sehinggalah ujian itu diberikan oleh Allah kepada kita, ternyata Dia ingin sedarkan kita bahawa tidak selamanya kita sempurna, tidak selamanya hidup ini kita rencanakan...Sesungguhnya, hidup ini hanya pinjaman, sejauh mana kita merancang, yang terbaik akhirnya akan Allah tentukan. Hanya Dia yang berhak keatas segala-galanya milikNya.....

 

Ramadhan tahun ini banyak mengajar aku erti ujian, erti kesabaran, erti ketabahan..Berita abahku kemalangan, cukup menggetarkan hati ini malah hati keluargaku..sesungguhnya, tidak ada dan tidak pernah kami sekeluarga diuji ujian sebegitu... Kemalangan tanpa sebarang berita yang diketahui, memang pahit dan cukup merisaukan..Kadang kala rasa tidak percaya dikhabarkan hal sebegitu, baru bersahur bersama..Sewaktu itu, pelbagai andaian dibuat, air mata tidak perlulah dikira...Melibatkan orang tersayang, orang yang selama ini hadir dalam hidup kita sememangya cukup meresahkan... Ditambah ditahan di wad kecemasan, di zon kuning....Masuk sahaja ingin berjumpa dengan abahku, perasaan tidak perlu dikira, jantung berdegup dengan pantas...Dan di suatu sudut, aku melihatnya...Tatkala kita pernah nampak dirinya sihat, dan secara tiba-tiba dirinya lemah tidak bermaya, dengan darah yang mengalir, hanya Allah yang tahu hati ini...Sungguh, andai dapat ditukarkan, aku ingin menukarkan saat itu dengan abahku... Rasa pilu ditambah dengan suaranya "abah kat mana?"....."abah rasa patah tangan abah ney?... "abah tak ingat macamana jadi.....".....Ya Allah, baru aku sedar, sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa ke atas hambanya.......

 

Saat menunggu keputusan doktor, dibawa ke bilik x-ray beberapa kali cukup merisaukan kami semua...Nampak luaran alhamdulilah, namun secara dalaman itu yang cukup merisaukan kami sekeluarga... Di luar bilik x-ray, aku cuba bertahan, tabahkan hati ini untuk kuat, cuba merasionalkan diri, ternyata aku tidak mampu...Sehingga bercakap di telefon dengan adikku yang baru habis persekolahan pun cuba bertahan, dan setelah diletakkan, ternyata aku bukan tabah orangnya...Pandangan orang sekeliling, tidak aku risaukan sehinggakan ada yang mengambil berat bertanya..Terima kasih pada mereka yang mendoakan biarpun tidak mengenali, aku kira cukup bersyukur kerana kiriman doa itu amat penting buat kami.....Hampir seharian kami hospital, berbuka puasa sekadarnya.... Bersyukur kerana abahku akhirnya dapat ke wad biasa..Keputusan doktor masih belum diketahui...Malam pertama, aku tinggalkan abahku bersama-sama emakku...

 

Pagi keesokkannya, abahku sekali lagi dibawa ke bilik x-ray...Entah kali keberapa....Alhamdulilah, keputusan doktor menujukkan bahawa bahu abahku patah dan tulan rusuk patah. Hanya kecederaan ringan di kepala, belakang badan dan tangan...Alhamdulilah Ya Allah....Bersyukur atas segala kemudahan dan kesenangan kepada kami.....Bersyukur kerana ada yang melawat abahku disamping doa yang dititipkan oleh mereka......Baru aku mengerti tentang ujian yang diberikan berdasarkan kemampuan kita sebagai hambanya...Tatkala melihat insan-insan lain di hospital, aku bersyukur kerana kesedihan kami hanya picisan sahaja sekirannya hendak dibandingkan dengan insan-insan lain yang ternyata lebih hebat dugaannya...Aku doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat mereka....

 

Sekali lagi, aku rapuh. Perkhabaran ayah kawan baikku ke wad kecemasan di zon merah, cukup meresahkan..Aku pernah melalui unit itu, dan aku tahu perasaanya...Mungkin lebih hebat.. zon merah itu sudah cukup mengerunkan...Tiada apa yang dapat aku buat, selain doa dan kata-kata semangat buatnya....5 hari kemudia, perkhabaran yang aku terima pada awal pagi Sabtu, cukup menyentakku...Kiriman sms yang cukup ringkas, namun pegertian yang terlalu berat.. Ayahnya sudak kembali ke rahmatullah pagi tadi..Ya Allah, pada Engkau kami datang, dan pada Engkau jualah kami kembali.....Ternyata perasaan dan apa yang dilalui olehnya lebih berat dariku......Ternyata, kuasa Allah sangat besar..Namun aku bersyukur kerana Kau telah kuatkan hati kawanku dan Kau tabahkan hatinya dalam menempuh ujian ini...Dan aku kagum melihat setiap butir-butir bicaranya menempuh ujian yang ternyata hebat ini....

 

Benar, ujian itu terasa pahit untuk ditelan, namun kemanisan dan ganjaran yang diberikan ternyata lebih besar dan hebat.. 

 

Benar, tidak sesekali Allah akan menguji hambanya sekirannya seseorang hamba itu tidak mampu memikulnya...

  

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

 

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

 

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

 

 Biarpun kita rapuh pada awalnya, namun akhirnya Cinta kita hanya pada Allah....Dan akhirnya, kita berharap hanya Dia yang bertakhta dalam hati dan jiwa kita...

 

 

 

p/s :Moga dikuatkan amalan kita....Dikuatkan iman kita biarpun ujian melanda...

-Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita..

-Buat mereka diluar sana yang pernah kehilangan dan diuji, biarpun aku bukan sesiapa untuk kalian,  aku doakan kalian kuat menempuhnya....Doakan kalian tabah dan dipermudahkan urusan..Insyallah, amin.....

-Bila ujian melanda, kita lihat betapa besarnya kasih sayang bukan sahaja dari Allah, malah keluarga kita dan orang disekelilig kita..Terharu dengan kesungguhan abang iparku dan kakak, adikku dayah dan faiz sewaktu abah kemalangan...

- Entah kenapa, aku sukakan lagu Opick-Rapuh....Setiap kali resah dan diuji, sering mendengar lagu itu..Dan kembali kuat..Insyallah :-).....

-Cahaya itu sangat cantik, dan jangan gelapkannya dan berpura-pura tidak nampak....

Monday 10 September 2012

Kemalasan

Assslamualaikum.....


Terlebih dahalu nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN....
Amboi dah hampir sebulan beraya, baru kau nak ucapkan kata-kata tersebut...hehe.....


Sebenarnya teringin sangat nak update blog tiap-tiap hari... Namun kekangan masa kadang kala mengatasi segala rasa.... Teringin nak meluahkan segalanya, namun yang tinggal hanya terbiar lesu begitu sahaja....

Sejak belakangan ini, perkataan kemalasan tue benar-benar menguasai diri...
Ingin ditepis, habis segala silat dibuka, namun tak berjaya jua....
Iman di dada tidak begitu kuat kot....huhu


Kadang kala nak luahkan tapi tidak terluah pulak...
Hasilnya, terluah sahaja dalam hati dan dibiarkan begitu sahaja.....
Sejujurnya, sangat merindui untuk menulis....
Sangat merindui untuk menceritakan walaupun akhirnya tergantung begitu sahaja tanpa dipedulikan...
Biar apa pun , yang penting terluah sedikit rasa yang terbuku di hati......