BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday 30 December 2011

Yang Pahit itu Ubat....Yang Pedih itu Penawar......

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.....

Bersaksikan Tuhan yang Esa, alhamdulillah kita masih mampu menghirup udara dan itu tandanya kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.....Bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita hingga detik ini....

Entri kali ini...Penutup kepada tahun 2011....Secara tidak sedar, sudah hampir setahun ianya berlalu....Tinggal beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan tahun 2011 dan menjengah ke tahun 2012..Bagi aku, terlalu banyak episod yang berlaku sepanjang tahun ini..Yang manis, yang duka, yang suka dan yang pedih....Tahun ini menyaksikan banyak perubahan yang berlaku dalam diri ini......Dan aku simpulkan semuanya di sini....

Awal tahun 2011, kerjaya aku bermula sebagai guru...Alhamdulilah diberi rezeki dan ditempatkan pula di suatu tempat yang aku kira lain daripada yang lain...Cameron Highlands.....Pada pandangan orang lain dan juga aku, aku kira suatu tempat yang sudah cukup jauh nun di atas puncak gunung.....Namun, bak kata orang "Tak kenal, maka tak cinta"....Jujurnya, aku semakin jatuh cinta di sini...Jatuh cinta dengan udaranya, jatuh cinta dengan keselesaan di sini dan jatuh cinta dengan keramahan mereka di sini..Mungkin udara yang sejuk ini, menyebabkan kepanasan baran tidak berlaku agaknya...hehe...Bergelar Guru, bukan satu tugas yang mudah..Tambahan pula, kerjaya yang pertama berhadapan dengan kerenah pelajar dan guru....Mujur, dapat diatasi walaupun kadang kala bagai nak stress berhadapan dengan pelajar yang ternyata kerenahnya melebihi kerenah pelajar-pelajar yang belajar di Tadika...hehe....Kadang kala, terusik juga hati dengan kerenah mereka...Namun, sebagai guru, FOKUS itu penting..hahaha.....Tahun pertama bergelar guru juga, menyaksikan aku menghadiri pelbagai kursus...Biasalah, guru baru.....Temerloh, Kuantan, Tasik Bera dan Terengganu antara destinasi aku pada tahun ini.....Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar pada tahun ini....Tapi kesilapan itu tetap ada, kesilapan register pelajar, salah sebut nama pelajar, sedu ketika sedang mengajar, rasa nak nangis tika pelajar tak dengar kata bukan perkara luar biasa bagi aku.....hehe...Insyallah, tahun depan tidak akan di ulangi...:-)......





Inilah antara aktiviti kami selepas selesai sesuatu program...Dokumentasi itu sangat penting yea...hehe


Selain sekolah, perkara apa lagi yea hendak diceritakan...Macam tiada perkara hendak dinyatakan di sini....hehe



Bila sudah sampai ke penghujungnya, sudah pasti hati dan perasaan kita pada tahun ini tempuh pelbagai rasa...Sakit hati, suka, gembira, sedih, patah hati, sambung hati dan yang sewaktu dengannya....Adat dan lumrah manusia, perasaan itu tidak akan lari dari kita.....Saat kita gembira, senyuman itu tidak lekang di bibir...dan tatkala rasa sedih dan sakit hati, tiada senyuman yang mampu terukir, seandainya terukir, hati kita pasti berbisik, ikhlaskah itu.......Kadang kala kita tidak mampu melawan perasaan itu...Perasaan yang membuak-buak....Rasa sakit......Ya, sakitnya itu, hanya kita yang pernah merasai tahu bagaimana perasaan itu bermula dan berakhir...Ingin melenyapkan, bukan perkara yang sangat mudah...Itu perlu diakui, sejauh mana kata-kata perangsang di dengar, sejujurnya bukan satu perkara yang mudah untuk kita melupakannya..Hanya masa yang menentukan..

Namun, kita perlu akui, bahawa setiap perkara yang berlaku dan ujian yang dihadapkan kepada kita tidak akan diberikan melainkan kesanggupan kita menerimanya..Dan Dia memberikan ujian itu, untuk kita sebagai hambanya mengetahui bahawa sememangnya Dia ada bersama-sama kita..Tanpa ujian sebegitu, mana mungkin kita tahu bahawa diri kita ini setabah yang kita sangkakan..Dan tanpa ujian ini, kita sedar dan yakin bahawa, diri kita semakin dekat denganNya....Biarpun ujian itu sekecil cuma, ternyata kita mampu harunginya jua....Ternyata Allah itu sentiasa ada dalam diri setiap hambanya..Kesedihan itu pasti ada..Namun apa yang pasti, selepas itu  ternyata kita akan lebih menjadi kuat ....Alhamdulillah....

Pokok pangkalnya bagaimana usaha kita untuk menghadapinya...Janganlah berserah semata-mata..Usaha juga perlu.....

Berusahlah dengan segala upaya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita....Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah..Namun, setelah bekerja dan berusaha dengan semaksimum yang mungkin, jangan sesekali sandarkan segalanya kepada diri, sebaliknya bertawakal, bersangka baik dengan Allah....Apa pun jua hasilnya, katakan kepada diri kita, "Aku harap yang baik, Allah akan memberikan yang baik"....

Jika yang diharapkan berlaku, syukur.....Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka, SABARLAH....Belum tentu itu satu keburukan....

Namun begitu, sering kali kita sebagai hambanNya gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku....Benar, tika ini emosi kita pasti berkecamuk dan perasaan hati yang membuak-buak membuatkan fikiran kita tidak mampu berfikir dengan sewarasnya...Namun ternyata tatkala masa berlalu, barulah kita mengerti rupa-rupanya ..Rencana Allah itu sangat menarik untuk hambaNya....


Insyallah, Dia akan mengubat, melapangkan dan memberikan kemenangan di sebalik setiap takdir yang diberikan kepada hambaNya...Mana mungkin ALLAH itu tidak adil pada hambanya dan memberikan ujian yang hambanya sendiri tidak tertanggung....Sebagai insan biasa, kita tidak akan mengetahui rencanaNya kerana ilmu kita hanya sekelumit cuma tidak terbanding dengan kuasaNya....Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui....Namun sedarlah kita sebagai insan yang kamil apabila, ALLAH yang Maha Penyayang telah memilih untuk kita, maka yakinlah bahawa kasih sayang Allah tidak akan ada penghujungnya......

Yang pahit itu jadikanlah ubat ..Yang perit itu kita jadikan penawar......Mudah-mudahan manisnya pasti ada...Kalau bukan disini, ganjaran manis itu pasti ada di sana kelak...Insyallah...Itu janjiNya pada kita.....


  • Alhamdulilah, kesihatan anak saudaraku Hadif bertambah baik......Sudah kembali tersenyum dan keluar daripada hospital.......
  • Memujuk hati agar tidak sedih lagi...Baru tahu kuat juga hati aku ini...hehe
  • Lebaran tahun 2012, misi mencari ehermmm2.........(Tak takut kecewa kerrr??????)......Insyallah, mana mungkin hari-hari yang mendatang hujan sahaja yang turun, pasti ada cahaya mentarinya kan....hehe
  • Aku belajar atas apa yang aku tulis...Aku akui, aku bukan sepositfnya itu....Tapi aku sedang belajar dan aku harap aku mampu mengharunginya.......

It's time to move on...
Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.....



Tuesday 20 December 2011

Doaku agar dia kembali sihat....

Assalamualaikum wbt...


Enri kali ini lain daripada yang lain....Tika dan saat ini, aku sedar ramai di antara kita yang bergelut dengan pelbagai perkara terutamanya apabila melibatkan nyawa dan kesihatan.....Sekirannya tidak terlibat sebagai pesakit, menjadi pemerhati kepada pesakit juga sangat berat..Bila bermain dengan emosi, tidak ada siapa yang dapat menyangkal bagaimana perasaan tersebut ...Menjadi orang yang tabah menhadapi segala ujian yang diberikan olehNya, satu penghargaan yang aku kira terlalu besar....Bukan senang pabila berada di situasi tersebut....Beban yang dipikul tidak mungkin sama dengan mereka yang melihatnya....Benar kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"....

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan insan yang baru sahaja mengenal dunia..Hadif Rizqi, anak sedara yang baru berusia 2 bulan begitu....Sudah masuk 3 hari, Hadif dimasukkan ke wad PHDW di Alor Setar kerana kena tarik..atau bahasa lainnya sawan...Tidak ada tanda-tanda demampun....Secara tiba-tiba ianya berlaku...Bila doktor scan, ada pendarahan namun nasib baik, tidak mengenai otak..Alhamdulilah.....Kesihatannya pula semakin baik semalam...Namun, kita tidak dapat menjangka apa yang diaturkan olehNya....Hari ini, dapat berita bahawa si kecil Hadif, dimasukkan pula ke wad ICU....Perkataan ICU itupun sudah cukup merimaskan dan mencemaskan aku.....Sebab dimasukkan, serangan sawan itu berlaku lagi padannya....Secara terperincinya, aku pun tidak pasti....Dimasukkan ke ICU, mungkin pemantauan yang kerap perlu dilakukan.....Entah apa perasaan kakakku dan abg ipar.....Titisan air mata, aku rasa bukan perkara luar biasa...Bila melihat anak yang begitu kecil, dimasukkan pula di wad ICU dengan badannya dicucuk, aku rasa mendengarnya sudah goyah air mata, apatah lagi melihat di depan mata sendiri....


Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala kejadian yang tersurat dan tersirat di muka bumi ini....Engkaulah jua tempat kami hamba yang hina ini meminta pertolongan..Sesungguhnya engkau lah yang berkuasa dan Maha Mengasihani....Kau sembuhkanlah dan jauhilah Hadif Rizqi dan kami dari segala bahaya dan kecelakaan...Kau sembuhkanlah dirinya agar si kecil itu kembali tersenyum di pangkuan mama dan abahnya....Kaulah tempat kami bergantung harap.....Amin...Amin....Amin....




P/S : Doaku agar kalian semua turut mendoakan kesihatan yang baik kepada si kecil ini...Begitu juga dengan mereka yang turut berada dalam situasi begini....Semoga si kecil ini dan mereka di luar sana mendapat kesejahteraan yang baik......Amin....
- Buat kak dan abg apit...Semoga tabah yea.......Doa kami sekeluarga agar Hadif sembuh seperti sedia kala....
- Hadif cepat sembuh yea...Nanti boleh main dengan mak ude.........

Bersyukur atas Nikmat kurniaanNya

Assalamualaikum.....

Setelah hampir 2 bulan tidak mengemaskinikan blog ini..Terasa malam ney, ingin menjengah sekejap dan menulis sepatah dua kata....(2 kata sahaja kerr..ok done..hahhaa)....Ayat pemanis bahasa sememangnya begitu..:-)...

Kita ketepikan dahulu cerita balik kampung yang tidak sudah-sudah dalam entri yang terdahulu..Sebulan yang lepas...Kalau nak diceritakan kembali, rasanya seperti tidak relevan plak dengan keadaan sekarang ini..Yelah, dah balik, kembali, balik pulak ..Namun cerita tersebut tidak juga di sambungnya...Hehe..Maaflah..Kesibukan yang rasanya lemasss membuatkan tangan dan jari jemari ini tidak mesra untuk dilayangkan di blog ini....Kadang kala terasa juga ingin menyambungnya, namun bebalan hati yang tidak menentu moodnya, membuatkan darjah kerajinan terus menurun dan menjunam dengan teruknya....

Malam ini, darjah kerajinan sedikit meninggi dengan suhu yang semakin sejuk di kala malam ini...Sudah hampir 2 minggu meninggalkan bumi Cameron, namun setelah kembali sekarang, terasa kesejukkan itu tersangat melampau...Sehinggakan ingin melarikan diri sekejap ke bawah..Menikmati panahan matahari...hehe...Namun, berbekalkan lemak yang sedia ada di tubuh, sejuknya dapat dikurangkan sedikitlah...hahahha......Jari-jemari kadangkala terasa kebasnya, begitu juga dengan anggota lain seperti hidung yang mula hendak ................hehehe..Suhu yang sejuk ini, membuatkan diri terasa kerajinan sedikit malam ini....Oleh sebab itulah, dikemaskinikan blog ini...:-)

Ok ..Kembali kepada isi kandungan yang hendak diceritakan......


Bersyukur atas nikmat yang diberikan serta kurniannNya....

Alhamdulilah, sehingga detik nafas aku hari ini, aku bersukur atas segala kenikmatan yang diberikan oleh Pencipta kita ALLAH S.W.T...Bersyukur kerana, diberikan keluarga yang baik dan memahami, rakan-rakan yang tidak pernah melakukan onar pada diriku, diberikan kesihatan serta anggota badan yang baik dan sempurna, diberikan kerja yang halal dan sempurna buatku dan bersyukur masih lagi bernafas atas muka bumi ini,.....

Entri kali ini, lebih mengingatkan diriku tentang rasa syukur setelah hidup selama 25 tahun atas muka bumi ini...Semalam, banyak ucapan serta doa yang dititipkan sempena hari jadiku....Makanya, hari ini kugagahkan sifat kerajinanku untuk menulis....Terima kasih banyak-banyak atas doa-doa daripada keluarga tersayang dan juga teman-teman....Aku sangat hargainya......

Bercakap soal syukur, sungguh tidak akan ada penghujungnya sehingga nyawa ini dikembalikan padanNya..Perihal syukur ini, kadang kala aku akui, sedikit terlupa untuk mengucapkannya pada Illahi....Segala kelebihan dan kekurangnya yang ditempuh, ucapan itu kadang kala sedikit terlewat dan kadang  kala juga kita terus melupainya.....Namun, syukur sekali lagi, Dia terus mengingati kita dalam setiap doa usai solat...Alhamdulilah.....Aku masih lagi mengingatiNya.....

25 tahun hidup di dunia ini, banyak perkara yang aku belajar...Soal kehidupan yang ternyata banyak ragamnya yang tidak terhitung jarinya...Begitu banyak pengalaman yang dikutip bukan sahaja atas pengalaman diri sendiri, malahan lebih kepada pengalaman orang lain...Sungguh, melihat orang lain, aku bersyukur ...Kadang kala, terasa juga bila melihat orang di sekeliling kita yang ternyata lebih dari aku, kegusaran itu ternyata ada..Malahan lebih gusar....Tatkala melihat wanita cantik paras wajahnya, dikurniakan tubuh yang menawan, budi yang baik....Aku gumam sendiri..Merenung kembali diri sendiri..Mengapakah aku bukan dilahirkan sebegitu??Menjadi tumpuan orang lain...???Tika itu, tidak ada jawapan atas persoalan yang aku bina sendiri...Sungguh, sudah acap kali perkara yang sama aku tanyakan...Dalam 25 tahun ini, tidak pasti berapa banyak soalan yang sama dan jawapan turut sama..KOSONG....

Ternyata, kita akan dewasa sedewasanya usia kita...Dengan ilmu yang ada...Kita belajar bagaimana Allah itu menjadikan manusia itu sama sahaja..Tidak ada bezanya dimataNya....Dia memberikan kita dengan selengkap-lengkap ciptaanNya..Dia yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.....Saat itu, rasa begitu naifnya diriku ini....Jika dibandingkan dengan orang lain yang lahirnya kedunia tanpa Agama, aku sepatutnya bersyukur....Bila aku dilahirkan  dengan adanya ibu bapa hingga hari ini, perkataan syukur aku perlu tambahkan...dan saat hingga ke hari ini, dengan kenikmatan yang dilimpahkan olehNya dengan keluarga yang tiada pincangnya, dengan rezeki yang tidak pernah putus, saat itu termalu aku sendiri dengan soalan aku dahulu.....Tidak terungkap dengan kata-kata..Betapa bersyukur dan betapa bertuahnya diri ini atas limpah nikmat yang diberikan.....


Sesungguhnya, sampai ke saat ini aku tidak ada jawapan atas soalan-soalan yang pernah ku lemparkan dalam diri ini sejak dahulu lagi..Namun, satu yang ku pasti..SYUKUR lah atas segala yang diberikan olehNya...Kita tidak tahu, bila dan dimana, segala kenikmatan yang diberikanNya diambil....Dan seandainya diambil dan ditarik..DIA sememangnya berhak atas ciptaanNya....Dan sehingga saat itu terjadi, maka aku perlu menginsafi diri dan bersyukur atas segala-galanya.....Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah kau berikan padaku sejak 25 tahun ini...Terima kasih juga atas nikmat yang telah kau kurniakan pada keluarga, teman-temanku serta saudara seagamaku......


p/s: Masih banyak aku perlu belajar..Terasa 25 tahun, masih belum lengkap....