BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday 30 September 2011

Awat tak update ???

Cik Shim...awat lama xupdate blog ney..tak rindu dkt incik Shinichi kerr???.....hehe :) 


cik shim : maaflah yea incik Shinichi...cik shim tersangatlah sibuk seminggu ney...:) Nak taw sibuk pasai paa...Nanti ceq habaq noh dalam episod akan datang....hehehe.....Ala..bukan cik shim tak tau....yg kalau cik shim xupdate blog..makanya incik shinichi pon tak muncul kan....So...xde laaa..muka incik Shinichi yg ensem tue keluar nak interframe di blog nie.......hahaha.... :)
Ker incik Shinichi yg rindu pada cik shim kot ????



Laaa bukan begitu!!!Ala..malunya incik Shinichi....hehe :-)
(sambil membuat aksi tersipu-sipu malu kambing biarpun kambing tiada di sana...hahaha)

Tuesday 27 September 2011

Keterpaksaan dalam menerima sesuatu.......

Pernahkah dalam hidup, kita terpaksa mengalami satu episod di mana kita terpaksa menerima sesuatu yang kita tidak jangka....Keterjangkaan itu benar-benar di luar kemampuan kita.. Namun begitu, kita terpaksa juga menerimanyanya biarpun hati kita menjerit-jerit ingin menolaknya....

Sekuat manapun jeritan di dalam hati, seandainya tidak diluahkan..Maka tiada siapa mampu mendengarnya
 

Setiap orang diberi pilihan...Setiap orang diberi hak untuk bersuara..Namun begitu, kadang-kala dalam satu episod yang berlainan, semua hak bersuara dan membuat pilihan itu tidak terletak di tangan kita sebaliknya di tangan pihak lain...Mahu ataupun tidak, kita terpaksa menerimanya sekali lagi.....

 Pilihan itu ada pada diri kita sendiri...

Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku,..Antaranya ialah sikap kita sendiri yang tidak suka membantah ataupun menolak..Kita hanya menolak di dalam hati sahaja...Siapa yang tahu anda sedang menolaknya ???...Kita tidak mampu untuk menolaknya juga disebabkan faktor lain antaranya ialah sikap serta kata-kata yang dijelaskan oleh individu tersebut menyebabkan kadang kala kita tergamam 1000 bahasa...Pilihan terakhir menerimanya sahaja...Apa lagi yang mampu dikatakan oleh hati dan diri kita..Pilihan sudah tersedia, namun keputusannya telah dibuat oleh hakim...

Soal terima atau tidak, keputusan telah dibuat dan kita harus menerimanya....


Saat keputusan tersebut dibuat, makanya kita perlu memaksa diri dalam menerima "sesuatu" yang diberikan...Dalam keterpaksaan menerimanya pula, timbul pula soal lain yang berkaitan dalam hati kita yakni ikhlas..Berada dalam situsi keterpaksaan ini membuatkan soal ikhlas ataupun tidak ini tercampak jauh sekali dari hati kita..Saat ini, ketidakrevelan mula dipersoalkan..Namun, apa yang boleh dibuat????...Ikhlaskah kita dalam menerimannya pula...Mulut pasti berkata ikhlas, namun saat  hati dibentak-bentak beserta pengucapan yang berlainan dari penerimaan kita, maka ikhlaskah kita sekali lagi???




Ikhlas bahasa hati dan tidak mudah didefiniskan secara zahirnya hanya Allah yang mengetahui sejauhmana keikhlasan kita dalam menerima sesuatu terutamanya saat terpaksa..Jadi apa yang perlu dibuat ???? Saat itu, belajar untuk menjadi "ikhlas dalam ketidakikhlasan"...Maksudnya kita sedar bahawa kita tidak ikhlas menerimanya namun kita tetap berupaya sekuat hati dan kemampuan untuk menukarnya menjadi "ikhlas dalam keikhlasan"...

Betul tak incik Sinichi.. :)

Kan bagus begitu cik shim...suka incik Sinichi....hehe :)


* Moral of de story dalam story ini ialah...
  • Setiap orang diberikan hak bersuara dan hak untuk memilih..Gunakan hak bersuara anda serta hak memilih dan hak membuat keputusan pada masa dan tempat yang tepat.
  • Jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas individu lain yakni melihatnya sebagai pilihan anda dalam usaha cuba untuk meloloskan diri anda sendiri.

* Sekian, terima kasih :)

Sunday 25 September 2011

Sedih..... :(


Boleh tak seandainya rasa ingin menangis ?????




Kalau boleh nak terbangkan perasaan itu........



cik shim sedih...incik Sinichi pon sedih jugak laaaa..... :(

* Entri paling sesingkat....*

Cuci-cuci & Kemas-kemas Hujung Minggu

Halooo....Assalamualaikum.... :)

Memandangkan 2 hari bercuti di hujung minggu.....Dan tiada aktiviti yang nak dilakukan melainkan bosan..bosan,..boring...boring dan boring sekali lagi... :(
Atas inisiantif itulah, makanya dengan berbekalkan sifat kerajinan yang masih bersisa-sisa sedikit dalam diri, cuba untuk menyelamatkan bilik yang boleh dikategorikan sebagai koma :)

Makanya tugas yang pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencuci-cuci baju...Aktiviti ini sebenarnya tidak memerlukan anda berfikir dan tidak memerlukan anda mendapat nombor satu di dalam kelas...hehe :)
...Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencari baju-baju yang belum dibasuh, rendam di dalam air dan memberusnya bersama-sama sabun...Lepas itu, anda perlu membilasnya...Lepas anda membilasnya, terpulang kepada anda sama ada ingin meletakkan pelembut seperti jenama Soflan, Daia mahupun Donwy...Lepas itu, bilas sekali lagi dan tadaaaaaaa boleh dijemur di bawah panahan matahari...Senang tak????....Hahahaha.....

Jemuran anda perlu sebegini yea....Wahhh banyaknya baju dia...kalah baju cik shim...hahahha

Tugasan pertama dah selesai..Sifat-sifat kerajinan masih berbaki lagi....Otot-otot yang dah lama renggang kini bercantum kembali..Makanya, tugasan kedua adalah menyelamatkan bilik yang hampir koma itu....Tatkala melihat bilik, misi khas ini perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin....hahhaha.....Lantas, terus menyerang si penyapu dan penyodok sampah....Si penyapu pun lantas memainkan peranannya secepat yang mungkin...Bertindak mengikut arahan katakan...Selepas tugas si penyapu, si penyodok mula mengambil alih lantas diberikan tugasan selebihnya kepada incik Tong....hehe....Selesai tugasan si Penyodok, si Penyapu dan incik Tong, makanya tangan-tangan cik shim mula dihalakan ke kiri dan ke kanan...Jari-jari serta kaki-kaki mula menari-nari....Tugasan kedua inipun tidak memerlukan anda bijak, tetapi memerlukan minda yang kreatif....Otak anda ketika ini akan berligat memikirkan susun atur sesuatu benda...Tika itu, anda akan menjadi seorang yang sangat kreatif, tahu bagaimana menyusun dan tahu bagaimana meletakkan sesuatu barang ke tempat asalnya....hahahaha

Selepas ligat tangan serta kaki-kaki ini menjalankan tugasnya, akhirnya dengan berbekalkan semangat dan daya usaha yang begitu tinggi...Akhirnya ...Finally .....Bilik ini tidak berada lagi di zon koma dan tidak lagi dimasukkan ke dalam wad ICU....Mula berubah sedikit demi sedikit dari zon bahaya keluar ke wad biasaa dan doktor mengesahkan bahawasanya bilik itu boleh keluar dari hospital....Tiada lagi tanda-tanda seperti demam campak...hahahaa.....Segalanya kembali normal seperti biasa...Bila dah melakukan sedemikian terasa seperti nak melompat seperti ini......
Melompat spt Messi yang berjaya menjaringkan gol...Messi ker tue???hahahhaa, lantak laa...



Nak tengok bagaimana cantik dan kemasnya bilik den selepas tugasan tersebut selesai.....Ok, tadaaaaaa....

|

|

|


|

|

|

Amacam cantik xblik cik shim wahai incik Sinichi....kemaskan...hahahhaa :)


Eleh..xusah menipu laa wahai cik shim..Nampak sangat menipunya......Tengok sebelah mata pun dah tau kebohonganmu terserlah....hahahha

* Moral of de story.....JANGAN MENIPU....MENIPU ITU DOSA...hahhaa......
* Hakikat yang sebenar ialah PRIVASI BILIK perlu dijaga....hahahha


Saturday 24 September 2011

Berganti Hati

Sangat suka kepada lagu ini....Suka pada liriknya....Sangat mendalam.....
Enjoy this video by Anggun.....



Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati
Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

CINTA BUMI ASING

PROLOG                                                                           23 Ferbuari 2010
Orang kata, jangan kita benci sangat pada seseorang, kelak nanti kita akan menyintainya separuh mati. Walaupun  tidak termaktub dalam mana-mana kitab sekalipun, namun kata-kata inilah yang dipegang dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Begitu kuatnya kepercayaan ini pada semua orang tak kira la laki ker atau perempuan. Masing-masing menganggap semua ni BETUL. 

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Buat masa sekarang nie masih tiada lagi kajian saintifik yang dapat membuktikan kesahihannya pepatah nie kerana proses kehidupan manusialah yang akan menjadi saksi dan menjadi bukti akan kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang jugak, cinta pertama nie sukar untuk dilupakan walau datang banyak manapun cinta lain kemudiannya. Tapi betul ker apa orang cakap nie? Aku pun musykil jugak ney..emmm. Orang pulak cakap kalau kita cintakan seseorang, hati kita ney beriang-riang menari. Namun begitu, setiap orang kan persepsinya berlainan, begitu jugak dengan aku. Aku menyangkal 100% kebenaran tersebut. Bagiku perjalanan hidupku ini telah banyak membuktikan sebaliknya. Memang betul, tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku pula, cinta pertama nie sebenarnya untuk dikenang kerana cinta pertama la yang banyak mengajar kita erti kebahagiaan dan kesangsaraan. Cinta yang datang kemudiannya pula itulah yang mungkin dikatakan sebagai cinta sejati. Bukan senang kita nak dapat cinta yang sejati sekrang ney. Masih wujud lagi kerr perkataan CINTA tue atau sekadar kemahuan seseorang untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalau tak kawen, orang akan cakap macam-macam. Pilihan yang ada kawen. Sebenarnya, tidak kisahlah apa yang orang lain nak cakap perihal kita, yang penting  dan yang perlu kita ingat, segala perkara yang kita lakukan harus bersandarkan kepada keihlasan. Kalu diri kita ikhlas, bahagia itu akan datang dengan sendiri. Bahagia itu bukan semata-mata kerana manusia, tapi kita bahagia bersama-sama Dia. Kerana Dialah yang akan menjadi penentu diri kita. Biarlah orang nak kata kita nie sebesar-besar alam, pokok pangkalnya hati kita sentiasa gembira kalau bukan dengan orang sekeliling, bahagialah kerana Allah kerana saat dan detik ini Dia tetap menyanyangi kita dan bukan kerana rupa kita.

KISAHNYA
Dalam hidup kita nie penuh dengan teka-teki. Kadang-kadang kita tak tahu bila masanya nanti kita akan bertemu dengan cinta sejati kita. Dekat atas bas, selisih tepi jalan, dalam train, dalam library atau pun kat kedai makan atau di tempat kerja anda, jeng..jeng..jeng..hehehe. Kemungkinan semuanya boleh terjadi. So, lepas ni jaga-jaga la yea. Manalah nak tau kan, secara tetiba saje anda dipanah cinta. Hahaha. Adakah anda sedang bercinta atau sedang menanti CINTA..Hehe..Namun yang seharusnya kita ingat mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau hinggalah yang terakhir kalinya barulah  kita akan menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Itulah yang akan kekal di dunia mahupun diakhirat dan seharusnya dipegang oleh semua hambanya didunia ini. 
Namun aku amat bersyukur kerana cinta sejatiku hanya pada Penciptalah kerana Dia lah yang telah menemukan aku dengan insan yang salah dahulu sebelum Dia menemui cinta sejatiku. Bak kata pepatah “Allah sengaja menguji kita memberikan orang yang salah pada kita sebelum Dia memberikan orang yang benar-benar betul pada kita”. Begitu jugaklah dengan kata-kata nie “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik” dan begitulah yang sebaliknya. Dan itulah yang kupegang sehingga detik nafasku ini. Sesungguhnya Dia yang Maha adil lagi Maha mengetahui akan segala-galanya. Bak kata pepatah “Kita hanya merancang dan Dia yang menentukan. Ajal maut, jodoh semuanya ditangan tuhan”. Bak kata orang “Jodoh itu kan RAHSIA Allah”...hehe

Nak dijadikan ceritanya usiaku kini genap 24 tahun. Aku mempunyai kisah cinta yang amat padan dan sesuai dengan pepatah-pepatah yang kunyatakan diatas tadi. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta bagai separuh mati kini. Walaupun baru ditinggalkan hampir lima bulan yang lalu, namun aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang buat selama-lamanya. Tiada dua atau tiga. Hanya dia yang akan bertakhta dihatiku selalu dan dia lah jua yang menjadi nafasku di bumi ini sehinggala detik-detik yang terakhir. Kisah ini kisah cinta..Kisah aku dan dia...kisah yang bagiku terlalu pedih dan manis...dan kisah ini aku dedikasi buat dirinya dan anda semua...Kisah nie bermula apabila aku berjumpa dengan insan yang kugelar Zaffuan.
Dia, insan yang banyak mengajarku tentang bidang ilmu iaitu cinta, rindu, benci dan sayang. Sebenarnya mungkin aku nie orang yang keras hati namun lembut didalam “dalam hati ada taman..hehe”menyebabkan hingga detik ini aku masih lagi belum dapat melupai dirinya. Apa yang paling ku geram sangat mengenai dia nie, kadang-kala dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Kadang-kala jugak sering menegurku cara berpakaian dan sehingga kesalahan aku yang sekecil hama tue pun boleh menyebabkan aku dihukum bagaikan aku nie pernah terlibat dengan kesalahan jenayah. Namun, itulah yang sebaik-baiknya kerana lumrah perempuan amat senang kalau dirinya dinasihati oleh lelaki. Terasa seperti lelaki yang boleh memimpin kita. Tapi, kerana egoku, aku sedikit pun tak pernah nak menghargai dirinya, bagiku hanya satu sahaja perkataan iaitu BENCI. BENCI terhadap insan yang bergelar LELAKI...Namun, dia akhirnya telah kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah menjadi rakan kelasku  juga merangkap sekaligus sebagai suamiku. Maksud aku ex-suami. Hal ini kerana, semuanya gara-gara kata-kata ini yang akhirnya bukan sahaja menjadi satu taruhan tetapi turut membawa cintaku ini pergi...Semuannya gara-gara lafaz ini..Sungguh, aku  tak mahu ianya berulang kembali...

                                                                                                  29 Ferbuari 2010
“Saya cabar awak.”
“Saya cabar awak kahwin dengan saya satu semester sebelum kita habis belajar, maksudnya dalam tiga bulan dari sekarang. It’s just a challenge. If you dare to, I bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?” tapi terpulang apa jua keputusan awak.. Ini hanya cabaran saja.”
Namun bagiku, cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabar diriku. Kerana egoku yang setinggi gunung Everest dan sedalam jurang Mariana aku terima cabarannya asalkan dia juga turut sama menyahut cabaranku. Cabarannya amat senang sekali iaitu kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah sahaja dia boleh menyentuhku, selepasnya aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dirinya menyentuhku, talak jatuh ke atasku serta merta. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Kerana egonya itulah yang membuatkan aku benar-benar benci terhadap dirinya. Saat itu termeterailah perjanjian gila kami pada malam itu dengan bersaksikan rakan-rakanku. GILA itulah perkataan yang keluar  dari mulut rakan-rakanku. Namun kerana egoku jugak aku tak akan mengalah terhadap dia sama sekali. NEVER...
Lawatan ke Langkawi pada sebelum akhir semester itu adalah lawatan yang paling menyayat hatiku. Entah mengapa cabaran tersebut aku sahut. Ramai rakan-rakanku menghakimi keputusanku, bagi mereka aku patut mengenepikan egoku dan melepaskan cabaran tersebut. Namun bak kata orang “Genggam bara api biar sampai arang:. Begitu degil dan kerasnya hatiku ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepulangan aku dan dia dari Langkawi, terus kami meneruskan pengajian kami yang hanya lagi beberapa bulan sahaja. Saban hari, dia dengan egonya terus memujuk dan memprovok aku untuk melepaskan cabaran. Asal sahaja aku berselisih dengannya di dalam kelas, pasti ada sahaja yang hendak diperkatakan. Kadang-kala kurang selesa dan janggal bila satu kelas dengan dirinya. Terasa macam diselam dalam akuarium..lemas dan kadangkala aku berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku dah berjanji buat diriku, tidak akan aku menangis hanya kerana insan yang bergelar lelaki..Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah dengan kisah lama yang sering menghantui diriku.

Hakikatnya, seingat aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain. Aku pun bukannya rapat dengan lelaki dikelasku. Sejak mula mendaftar dan memasuki semester 1, aku tak pernah menyedari akan kehadirannya. Maklumlah, kelas aku begitu ramai. Lagipun aku bukannya insan yang suka hendak mengusha orang-orang nie. Cukuplah dengan rakan-rakan perempuan. Lagipun malas la nak pikirkan masalah orang laki nie.

Namun, bila masuk semester 3 dan seterusnya barulah aku perasan akan kehadiran dirinya. Yelah, ketika itu kelas kami banyak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Seingat aku, yang boleh aku mengenali dirinya semasa semester 3. Itupun melalaui satu program yang terpaksa kumpulan kami laksanakan buat bagi menyiapkan tugasan luar. Ketika itu, barulah aku mula menyedari akan sikapnya yang ego, sukar untuk ditegur dan hanya satu sahaja yang sering membuat diriku begitu membenci dirinya adalah ada sahaja yang aku buat tak kena di matanya. Mentang-mentang lah ketika itu dia menjadi pengurus projek bagi tugasan tersebut. Ada saja arahan yang menyuruh aku buat itu, ini sampaikan kadang kala aku terasa bagaikan diriku seperti kuli dan hamba buat dirinya. Pernah juga aku ditengking oleh dirinya dihadapan khlayak ramai disebabkan kesalahan yang memang tak disengajakan olehku. Pantang diriku seandainya aku ditengking..Tidak akan kumaaf..Kadang-kala segala yang dibuat pada diriku ini terasa diriku ini seperti diaibkan. Dan mulai detik itulah, aku amat memBENCI dirinya. 
Entah dimana silapnya diriku ini. Bagi orang lain, tidak pula dia berbuat sedemikian rupa. Entah kenapa, setiap kali dia memanggil namaku terasa menyampah menyelebungi jiwaku. Kawan-kawan sekelasku semuanya hairan akan sikapnya, hendak juga aku cakap pada dirinya “entah-entah mamat nie telepas dari planet mana kot”. Namun, ramai rakan-rakanku yang menyuruh aku sabar akan sikapnya itu. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin telah mengguris dirinya. Yelah, sebagai manusia kadang-kala kita sering terlepas melakukan kesilapan. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya itu terus bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan untuk program subjekku di Langkawi telah menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan menjadi milikku. Kali ini aku tidak akan berdiam diri dan hanya terdiam melihat dia berkata apa sahaja mengenai diriku seperti hari-hari yang lalu. Cukuplah aku suatu ketika dahulu pernah menjadi mangsa lelaki. Kini, kehadiran dirinya juga menyebabkan kebencianku pada lelaki kian meluap-luap bagaikan meletusnya gunung berapi. 

                                                                                                          22 Mac 2010
Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya dilakukan mengikut adat resam masyarakat Melayu. Menghantar rombongan merisik, bertunang dan merancang majlis. Ibuku sendiri tergamam tatkala cincin emas dihulurkan oleh Umi panggilanku untuk ibu mertuaku. Mau tak tergamam, anaknya tak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki, tup-tup ada rombongan meminang. Kalau aku ditempat mak aku, mesti aku kan cakap “Bior betul anak aku ney”. Namun bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh jawab kami. Kami sememangnya pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai. Yelah, sebab perkahwinan kami ini dari kaca mata mereka adalah yang sebenarnya.
Cuti semester sebelum aku dan dia menamatkan pengajian kami, seperti dijanjikan aku bakal berkahwin mengikut cabaran tersebut.  Sabtu, hari yang kutunggu-tunggu selama ini menjelma jua iaitu hari ‘bahagiaku’. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum ‘BAHAGIA’. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas. Saat itu aku masih lagi mengingat akan cabaran tersebut. BODOH kan aku.
Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, dan rakan-rakan dan saudara-mara, akhirnya aku dan dia diijabkabul bersaksi wali, tok kadi dan penuh dengan adat syariat agama. Saat bertentang mata dengan dirinya dan dia pula lantas menguntum senyum buat diriku, aku sayu. SUMPAH....Itulah pertama kalinya dalam hidupku aku bertentang mata dengan dirinya. Terasa seperti suatu perasaan aneh yang menyelebungi hatiku. Bukan seperti perasaan sewaktu aku bercinta dahulu. Aku sendiri tidak tahu mentafsirkan perasaan ini. Entah mengapa terasa seperti ada sesuatu yang tersirat disebalik makna matanya. Terasa seperti ada kata-kata yang dilahirkan dari anak matanya itu. Namun akhirnya, dengan sekali lafaz, aku bergelar ISTERI..Walaupun ianya hanya sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Saat itu, aku berfikir BODOHkah AKU...

Cabaran kini akan bertukar tangan. Kini giliran dia pula yang akan menyahut cabaranku. Kehidupan kami semangnya amat unik. Apa yang hendak diharapkan menerusi perkahwinan ini. Bermesra..NO... Tiada bulan madu, kononnya hanya tinggal satu semester lagi sebelum kami menamatkan pengajian kami, masih banyak benda yang perlu dibereskan dan amat penting buat kami berdua..ALASAN... Aku tinggal dirumahnya seperti pasangan yang sudah berkahwin, dan agar penipuan ini tidak terBONGKAR. Hanya kami berdua sahaja yang tinggal disitu agar kami berdua dapat menyesuaikan diri...Itu kata ibu bapa kami dan semenangnya seperti yang dijangka kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh ataupun saling menyindir. Makan pula biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Namun, sudah menjadi tugasku masak dan mengemas rumah untuk dirinya. Itu ku rasa sudah menjadi tugasku. Memang aku hanya isteri pada nama sahaja, namun kewajipanku aku perlu laksanakan jua. Aneh kan... 

                                                                                                         30 Mac 2010
Seperti hari-hari biasa yang lain, aku mengejutkan dia dari Subuh. Mengetuk pintu di biliknya. Usai solat Subuh, aku keluar dari bilikku membuat sarapan. Namun, kelibatnya tidak langsung kelihatan. Begitu juga dengan lampu dibiliknya, tidak dinyalakan. Aku segera mengulang ketukan beberapa kali dibiliknya. Namun masih tiada sahutan seperti biasa. Aku  segera membuka pintu dan melihat sendiri dirinya. Entahla, terasa bagaikan ada kuasa yang menyuruh aku berbuat demikian. Ku hampiri dirinya, kaku... Ku letakkan telapak tanganku di dahinya. Panas... Lantas, aku segera mengambil tuala mengelap dahi dan menyelimutkan dirinya. Dengan kudrat yang lemah, dia lantas menepis pertolonganku. Katanya, dia tidak boleh menyentuh langsung diriku, jatah talak. Itu syaratnya. Aku kaget. Apa yang ku harus lakukan detik itu. Yelah, sehingga waktu sebegitu dia masih teringat akan janjinya kepadaku. Perasaan ku ketika itu, hanya Allah yang tahu. Perasaan yang begitu aneh seperti saat dia melafazkan akad. Lantas, ku  katakan pada dirinya, syaratnya bukan aku yang tidak boleh menyentuh dirinya, tapi dia. Dia lantas dalam diam menerima alasan yang ku reka. Sehari semalam aku menjaganya, mengelap badannya, membuat bubur, menyuapkannya sehinggakan aku tertidur di sebelah katil menjaganya...

Namun, selepas peristiwa tersebut, kami menjalankan kehidupan kami seperti biasa. Hanya ucapan terima kasih dari dirinya. Aku menerimanya. Bagiku pertolonganku itu, tidak membawa apa-apa pengertian. Sepanjang semester yang terakhir, aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama ’suamiku’. Dia juga turut berpegang pada janji. Oleh sebab itulah, aku merasa selamat walaupun tidak mengunci pintu bilik di malam hari. Kesibukan menyiapkan tesis, membuatkan diriku sedikit tidak terurus. Tidak makan dan tidak mendapatkan rehat yang secukupnya. Pagi jam 3 pagi, hanya beberapa helaian terakhir lagi aku perlu menyiapkan tesisku, kepalaku terasa berat, seakan-akan ada benda yang menyekat. Ditakdirkan saat-saat genting seperti itu, aku demam selama 2 hari. Ketika itu, Umi yang menjagaku. Dia....seperti dalam syaratku, tetap berpegang pada janjinya. Sungguh, ketika itu aku terkilan. Apa yang kuharapkan hanyalah perhatian dari dirinya buat diriku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu berperasaan sedemikian. Seandainya SUAMIKU dapat menjaga aku seperti mana aku sebagai seorang ISTERI menjaganya, alangkah bahagianya aku. Akan aku titipkan kasih yang selama ini terdiam sepi menjadi bara api CINTA yang menyala. Namun, SIAPAKAH AKU DIHATINYA. ???
Hanya sehari sahaja lagi, tesisku perlu dihantar, namun aku masih belum menyiapkan lagi. Ku gagahi jua diriku untuk bangun, biarpun badanku lemah dan tidak bermaya. Ketika aku menghampiri mejaku, aku terlihat tulisan yang berwarna emas, berkulit hitam dan tertera namaku. Beberapa muka surat yang terakhir jua telah disiapkan. Berserta dengannya, tertulis sekeping nota di balik kulit buku.

                        I hope you getting better...
Saya minta maaf, kalau saya tidak mintak izin dari awak dahulu..
                        Namun, tesis tue perlu dihantar esok, saya takut awak tak sempat..
                        Awak jangan risau, semuanya dah diuruskan...
                        Kalau awak nak ke kampus, saya boleh tolong hantarkan awak...
                        Call me...I will be there                      
                                                                                                Zaffuan Zafrin

Saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Aku menangis dan aku sendiri tidak tahu dan mentafsirkan untuk apa tangisan itu. Yang aku tahu, aku mulai sayang dan cinta akan dirinya. Ya, CINTA... dan aku harus menghentikan perasaan itu. Aku tekad...dan itu yang terbaik....  Aku tidak mahu segala perasaan ini membunuh segala api kebencian dan aku tidak ingin melihat diriku terseksa lagi mengharapkan CINTA. Tapi perasaan aku bagaimana? Ya Allah, kau berikanlah petunjuk pada diriku ini. Apakah benar PERASAANku ini pada SUAMIKU. 
Sebulan sejak peristiwa itu berlaku, aku menjalani kehidupan seperti biasa, namun sedikit kaget... Aku sendiri tidak pasti akan masalah yang berlaku pada diriku ini. CINTA...No...Aku nekad,  ianya harus dihentikan. Aku sedar, akan perkahwinan ini hanyalah satu cabaran, bukannya berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Aku tidak mahu terluka lagi, cukuplah dengan kisah silam.

“Saya mahu mencari cinta pertama saya”
‘Maksud awak?’
“Saya nak sambung belajar. Izinkan saya”
“Emm...terpulang. Kalau itu yang terbaik buat diri awak. Saya tahu awak tak bahagia dengan saya. Kerana DIA kan. Awak bukan nak sambung belajar, tapi mencari CINTA PERTAMA awak. Saya sedar ianya satu kesilapan”. Jawabnya.
“Biarlah saya mencari kepastian dalam hidup saya. Saya tak tahu apa sebenarnya yang saya nak. Dan saya tau sudah terlambat bagi saya”. Jawabku
“TERLAMBAT. Maksud awak?”
“Tak de pape laa”. Ngomel aku

Sebelum keberangkatan aku, keluargaku dan keluarga mertuaku berkumpul dirumah kami. Masing-masing menganggap pemergianku hanyalah sekadar mahu melanjutkan pelajaran, namun bagi kami itulah NOKTAH TERAKHIR buat kami. Dia sibuk bermain dengan anak buahku, gembira dan tertawa. Alangkah bagusnya seandainya aku dapat melihat dirinya sentiasa dalam keadaan begitu, namun aku sedar akan siapa diriku ini. Saat itu, air mataku hampir menitis. Selama ini, aku baru perasan tentang dirinya. Tidak pernah aku melihat dia segembira itu. BERDOSAKAH AKU. Kerana tidak tertahan, aku mengasingkan diri lalu ke kamarku. Sehingga detik ini, aku merasakan bahawa AKU CINTAKAN SUAMIKU. Namun aku sedar, aku hanyalah bahan cabaran buat dirinya. Dan ku harap pemergianku ini dapat menamatkan segala-galanya.
Hari yang ku tunggu telah tiba. Di lapangan terbang, kedua-dua belah keluarga turut menghantar diriku. Tidak lupa suamiku. Setelah aku bersalaman memohon restu dan keberkatan daripada keluargaku, aku berjalan menghampiri Zaffuan. Kelurgaku yang lain seolah-olah memahami lantas meninggalkan kami menuju ke kereta. Lantas aku menghampirinya. Ya Allah, kau kuatkanlah langkahku ini. Tak terdaya rasanya untuk aku melihatnya dan menatap wajahnya buat kali terakhir. Perasaan apakah ini Ya Allah. Antara aku dan dia begitu hampir. Lantas, buat kali keduanya selepas aku dinikahkan, aku tunduk lalu bersalaman dan mengucup tangannya. Saat itu dia lantas mengucup dahiku sambil berkata...

“Mulai saat dan detik ini saya lepaskan awak. Carilah cinta pertama awak dan saya harap awak akan sentiasa gembira menjalani kehidupan baru awak. Saya izinkan dengan hati yang tulus dan murni akan saya lepaskan ego saya ini. Saya minta maaf seandainya tali perkahwinan ini telah menyekat cinta awak pada seseorang. Namun, ketahuilah bahawa jauh dilubuk hati saya ini masih lagi menyintai awak setelusnya. Saya tahu, walaupun pada hakikatnya kasih ini tidak terbalas”.
Ya Allah, seandainya kau pun mengerti perasaan aku ini, akan aku jeritkan padamu Zaffuan. Namun, aku terpaksa...Mengapa baru sekarang kau luahkan padaku. Mengapa...Segala-galanya telah tamat kini dan aku harus menamatnya. Biarlah aku mencari ketenangan dalam diriku ini. Kataku dalam hati...
“Saya minta maaf. Saya gagal menjadi isteri yang terbaik untuk awak...pasal kita nie..
“Awak jangan risau. Saya akan selesaikan dengan baik. Saya akan bincang dengan mereka. Awak jangan risau, apa yang berlaku antara kita akan saya rahsiakan”
“Terima kasih...terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menjaga saya selama ini. Namun, saya telah kalah. Kalah kepada perjanjian kita. Kenapa awak sedikit pun tidak bertanya kepada saya, kenapa saya buat macamtue....Saya, saya tak layak untuk hidup dan dapat cinta awak. Walaupun saya masih suci, tapi saya rasa saya perempuan kotor. Segala-galanya kerana dia. Setelah kasih dan cinta ini saya perhambakan untuknya, namun apa yang saya dapat. Kecewa akhirnya. Dia yang meragut kepercayaan saya terhadap seorang insan yang bernama lelaki. Saya tak nak dipermainkan oleh lelaki. Oleh sebab itulah, cabaran awak saya sambut.....saya minta maaf, sememangya kita bukan ditakdirkan satu sama lain...
“Saya tak salahkan awak sedikit pun. Sekelumit perasaan dendam pada awak tiada pun. Mungkin ini takdir-Nya”
Buat kali terakhirnya, aku bersalaman dengannya sebagai seorang isteri. Hanya hati ini sahaja yang tahu sejauhmana perasaan ini padanya. Di kala itu, hanya tangisan yang mengiringi pemergianku. Dia AKU TINGGALKAN dalam KENANGAN.


CINTA BUMI ASING
DI BUMI ASING...Sedar tak sedar dah hampir tiga bulan aku di bumi asing ini. Berjauhan dengan keluargaku sedikit sebanyak telah menambahkan kesunyiaan aku disini. Biarpun pada hakikatnya, aku disini mencari cinta pertama ku. Memang aku dah menemuinya, tapi bukan itu hanya ku cari pada hakikatnya. Dia menagih kasih padaku. Namun, setelah ku beritahu padanya, hati ini bukan lagi miliknya, dia akur. Hati ini masih lagi dimiliki oleh Zaffuan Zafrin. Zaffuan Zafrin, ya... hanya nama itu yang terpatri dalam hatiku. Namun, aku harus sedar, segala-galanya telah terlewat....Andainya dapat kuputarkan masa, akan aku sentiasa menjadi ISTERIMU DUNIA dan AKHIRAT.
Pagi itu, seperti biasa aku ke masjid....menambahkan pengetahuanku terhadap Allah dan Islam...perkara yang pernah aku memandang enteng suatu ketika dahalu. Ketika aku dibuai dengan cinta, aku alpa padaNya. Kini, aku diruntun dengan 1001 penyesalan. Ku harapkan masih ada pintu penyesalan buatku...DIA yang telah membuka hatiku menerima CINTA dan DIA jugaklah yang telah menujukkan aku JALAN yang BENAR.diam tak diam  hampir sudah aku ke masjid. Biapun, penduduk di sini hanya segelintir yang memeluk agama Islam, namun sambutan serta kerjasama yang diberikan sekirannya terdapat aktiviit di masjid, sangat menggalakkan. Begitu berbeza senarionya di Malaysia. Biarpun negara kita mempunyai penduduk yang menganuti agama Islam tidak terkira, namun bilangan yang benar-benar hendak berkerjasama dalam program sebegini boleh dihitung dengan jari.
Sedang sibuk aku mengelamun. Tiba-tiba suatu suara menyapaku..
“ hai, cik adik..sibuk mengelamun nampak. Tak takut bercium dengan tiang ker”
Suara itu, cukup aku kenali. Tapi benarkah, agaknya perasaan aku. Terlalu rindukan dirinya hinggakan suaranya di Malaysia didengari di bumi asing ini.
“Hai, sombongnya dia...tak kan lah baru 3 bulan kat sini dah tak tau ckp MELAYU..hehe”
Saat aku berpaling pada suara itu, aku terkedu. Benarkah dia dihadapan ku kini...Zaffuan Zafrin...Setitis air mataku jatuh jua di bumi asing ini...
“Hai awak...”
“Emm..awak...macamaner awak boleh ada kat sini..awak...
“saya dah lama ada kat sini sebenarnya...dah 3 bulan..dah lama saya perhatikan awak..saya nak jemput awak balik ke Malaysia, sekaligus jemput awak balik dalam hati saya.. sebenarnya, kalau nak ikutkan hati saya nie, selepas awk pergi dah lama saya nk cari awak...tapi, terpaksalah saya tahankan hati saya nie sampai edah awak habis...awak setuju kan..
“Tapi, saya...awak.....
“Ok...kalau mcmtua, baguslah...Jom, kita kawin...Semua dah ada kat dalam..”
“Tapi, macamner.....
“ ala, selama nie, dah lama saya perhatikan awak..yelah 3 bulan kat sini..tak tau nak buat apa...saya tau setiap hari Jumaat pasti awak datang ke masjid kan...sebab tue laah, genap 3 bulan terus saya rancang semua nie...”
“Sape kata saya nak kawin dengan awak...”
“Tapi, saya...
Dengan sekelip mata sahaja, aku lihat raut wajahnya berubah sama sekali...
“Sebelum saya menyatakan apa-apa sahaja bentuk persetujuan, saya nak tanya awak satu perkara..kenapa awak cabar saya kawin dengan awak...”
“Emm....sebabnya saya dah lama sukakan awak. Saya nak kenal awak denga lebih rapat lagi. Tapi saya tersalah landing rupenyer...awak lain dari yang lain. Susah saya nak berbaik dengan awak. Awak  nie keras sangat. Habis tue saya nak buat apa lagi..awak cabar ego saya, jadi saya pun buat la ikut cara awak. Masa malam kebudayaan tue, saya nak lamar awak, tapi awak tue jerk.. geram saya tengok, susah sangat nak cakap baik-baik. Habis tue, apa lagi...nak buat cara elok, alih-alih terpkasa cakap mcmtue..menyesal jugak saya masa tue.. tapi, awak terus setuju..lagi laa saya bertambah yakin. Saya cakap dalam hati saya, lepas kita kawin saya akan jelaskan segala-galanya pada awak. Tapi, lain pulak jadinya, awak pulak yang tetapkan syaratnya. Oleh kerana, saya tak nak kehilangn awak, saya setuju dengan syaratnya asalkan awak dekat dengan saya... namun, akhirnya kesudahan ini saya terima. Saya pasrah, dan saya berjanji pada diri saya kali ini saya benar-benar mahu takluki hati awak buat selama-lamanya....
Ketika itu, hanya air mata ini yang terus menitis tanpa henti...ku harapkan inilah masanya...
“yelah...sapa suruh awak naikkan amarah saya... saya apa lagi..naik jugak laa ego saya nie..awak ingatkan lagi jerk ader ego..saya pun ader tau..”
“jadi, awak setujula yea...
“emm...ya..
“awak setuju menjadi isteri kepada Zaffuan Zafrin..”
“Ya, saya sanggup”
“Yahuuuu...akhirnya tak sia-sia saya tau tunggu sampai 3 bulan kt sini..mencari cinta yang begitu jauh, hinggakan terpaksa MENCARI CINTA DI BUMI ASING...”
“Mungkin ini takdir-Nya....Di sini kita jumpa...”
Dengan bersaksikan Allah, dengan bersaksikan alam semesta.. Saya Zaffuan Zafrin ingin melamar Nur Intan Aleeya menjadi isteri saya buat selama-lamanya...dan saya berjanji akan menjaga awak setelusnya...saat ucapan itu diucapkan, aku laah insan yang betuah sekali di muka bumi ini. Aku harapkan, inilah kebahagian yang kucari dan cinta ku yang terakhirnya....
“Boleh saya request satu perkara?”
“Apa dia?”
“Jangan panggil saya awak, boleh...panggil laa ABANG plak.baru nampak comey n mesra alam”
“Oohh belum kawen pon dan pandai nk request2 laa plak yea CIK ABANG”
“ehermm..eherrmm..biasa laaa. Testing..testing katakan..hahhaa”
“Tapi saya lagi suka ckp ‘awak’..”
“arggg tak de nyerr...saya ckp ‘abg’”
“ala bior laaa ‘awak..awak...awak’”...
“tak baik tau, boleh nusyuz ney”....
“baiklah ‘CIK ABG’ saya akan panggil awak...hahahhaha”
Benarlah, kata orang..cinta pertama tidak bermakna cinta yang akan kekal abadi. Tapi cinta yang hadir seterusnya itulah cinta yang sejati.. Alhamdulilah, semoga kau limpahkan segala kebahagian buat diriku ini...

EPILOG
Sebenarnya kita sering terlupa bahawa cinta yang paling agung seharunsya diletakkan paling atas hanya padaNya bukannya menghambakan diri pada manusia. Cinta manusia hanya sementara sahaja, dan aku harus akui semua itu bahawa tiada apa yang sempurna melainkan cinta kita pada Dia.  Aku sering bermunajat padaNya seandainya cinta itu masih wujud dalam diriku, Kau berikanlah cintaKu pada hamba yang cinta padaMu dan tetapkanlah cintaku dalam golongan mereka yang benar-benar cinta padaku ini Ya Allah. Seandainya cinta itu wujud dalam hatiku ini juga, Kau tetapkanlah agar cintaku ini tidak melebihi cintaku padaMu ini Ya Allah. Apa yang pasti, cinta itu pasti juga akan hadir dalam hidup kita. Kerana Allah S.W.T sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut, rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Namun, tidak dapat kita nafikan bahawa dalam pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketepatan itu sebagai baik atau tidak.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, kita tidak tahu bahawa terdapat antara kita  pasangannya dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya internet. Yelah, pada hari ini semakin ramai yang menemui jodohnya melalui internet. Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Oleh itu,  paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat, dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik yang dituliskan ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya

Atas segala cerita yang dipersembahkan itu tadi, maka secara konklusinya dapatlah dikatakan bahawa tiada sebarang bentuk alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Insyaallah semoga segala perkara yang berlaku dalam diri kita ini ada hikmah yang kadang-kala kita sendiri tidak mengetahui apakah kebajikannya. Apa yang penting kita berusaha dan akhirnya TAWAKAL laah kita pada ALLAH. Moga diberikan jodoh yang baik dan benar. TIADA cinta pertama, kedua mahupun ketiga dan kelapan belas.hahaha.....Yang penting bagaimnana kita nak membawa CINTA itu, jalan lurus kerr atau jalan bengkang-bengkok macam ular. CINTA bukan sekadar perasaan tapi bagaimana penyatuan jiwa itu berlaku. Pilihan itu terletak pada diri sendiri, tepuk dada tanya IMAN kita. Dan  bagi aku, CINTA itu SUCI dan aku ingin mencari CINTA HALAL buat suamiku..hehehe


Setelah sekian lamanya baru dipost entri ini...Pernah post suatu ketika dahulu...Namun, ini sekadar hobi dan minatku saje...ala, sajer nk testing laaa dalam bidang penulisan yang tak berupa nak ilmiah ney. Rasanya macam ok, tapi bila baca balik cam poyo laa pulak aku ney. Jiwang terlebih laa plak.....hehe. Segala cerita yang dipersembahkan ini tidak ada kene mengena yerk antara kisah silam..Hanya bayangan semata-mata...Jadi bagi sesiapa yang sedang berCINTA, ingin berCINTA dan tengah mencari CINTA,..aku doakan kalian mendapat CINTA yang telus yea. Semoga kita semua mendapat kebahagian yang tidak terhingga. Bagi sesiapa yang pernah KECEWA dengan CINTA, aku harapkan masih ada lagi CINTA buat kalian, kepada insan yang tidak pernah merasakan apa itu CINTA dan mahu merasainya dan kepada mereka yang TIDAK LAGI PERCAYA KEPADA CINTA, aku harapkan di sudut hatimu itu masih ada SECEBIS HARAPAN UNTUK CINTA.INSYALLAH..AMIN

SECEBIS harapan untuk CINTA
oshim_sakura@yahoo.com
15 April 2010

Friday 23 September 2011

Mimpi ....Petanda atau Mainan Tidur



Semalam bermimpi lagi..Mimpi yang berlainan namun masih orang yang sama....
Mula tertanya-tanya ??? Maksud mimpi tersebut.....
Orang kata mimpi mainan tidur..Iya tidak dapat disangkal lagi..
Namun, bagaimana pula mimpi yang ternyata berlainan namun pelakonnya masih orang sama ???
Tak terjangkau dek akal....Ingin cuba mengerti mimpi tersebut, namun masih tiada jawapan...
Cuba melupakannya dan cuba menghiraukannya, namun tetap mengingatinya.....

Incik Sinichi tolong saya.....Apa yang perlu dibuat ?????

cik shim mimpi incik Sinichi yea.....hehe..Malunya i...
Pesanan incik Sinichi jgn terlalu memikirkan..Biarkan...
Sekirannya ia satu petunjuk, akan sampai satu saat terjadi....
Jangan terlalu berpegang harap pada mimpi tersebut yea :)

* Rahsia mimpi yang selalu datang dikala mata dipejam tanpa fikiran dapat dikawal. Mimpi dikata mainan tidur tetapi mimpi juga boleh menjadi suatu petunjuk bagi sesuatu perkara yang bakal berlaku. Hanya Allah maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat..Rahsia dalam mimpi rahsia...Hanya Dia yang mengetahui..  *

Boring...Boring...Boring dan Boring sekali lagi....

Di tahap kebosanan dan keboringan yang melimpah ruah..Sehinggakan tidak tahu perkara yang hendak di buat...
Sungguh, tidak menipu...Terasa begitu bosan bila berasa di sini...:(
Apa yang perlu dibuat???
Berkebun, bercucuk tanam atau pergi mengutip daun2 teh...Owh..tahap darjah kerajinan saya masih lagi belum sampai ke tahap itu...:)
Kadang kala rasa bagaikan sesak nafas di sini...Terasa seperti kekosongan...

Terasa kebosanan....Mengisi kebosanan tersebut...Sudah habis melayan cerita korea 20 episod secara marathon...Selepas itu, angin kebosanan terus menghimpit diri lagi...Pabila angin kebosanan menghimpit diri terasa seperti ingin jauh melarikan diri ke tempat-tempat yang tenang..Alangkah bagusnya dapat mendengar hembusan angin dan deruan ombak dan mendengar hempasan air jatuh ke batu-batu...Bahagia rasanya...:)

Kalau begini rasanya terasa mahu melarikan diri balik ke kampung...Biarlah hanya duduk di Teratak Indah semata-mata..Tidak mengapa....
Minggu lepas weekend yang awesome...Minggu ney weekend yang paling bosan..Itulah, minggu lepas entrinya cerita punyalah seronok bagai nak rak...Ini, amboi kauu.....Tercangguk anda di sini seorang diri..huhu...

Nak pergi berdating, tiada teman... :(....Kalu begitu, incik Sinichi kita berdating berdua di bawah pokok kelapa laa yea, boleh ??? :)
Boleh apa salahnya cik shim...Cuma bukan di bawah pokok kelapa laa, nti benjol kepala kena dek buah kelapa...hehe :)


Tidak suka....Nak buat bagaimana, beribu bahkan berjuta kali mengeluh pon, perasaan itu tetap ada dan tetap tidak hilang...
A'aaa...Selagi bergelar manusia, bosan itu tetap ada...

*Entri paling singkat...Malas hendak menulis...Malas hendak memikir...* :)

Semangat Baru Harus Berubah.....

Assalamualaikum w.b.t....

Entri kali ini agak berbeza sedikit...Menulis sambil tersenyum :-)..Tersenyum bukan kerana apa,cuma terfikir, nak tulis apa sebenarnya yea...hehe...Yelah, diri ini bukan pandai bersulam kata dan bermadah indah..Cukuplah sekadar isinya dapat disampaikan dan difahami maksudnya...Itu pon belum tentu mesej sampai atau orang kata laa ney "Komunikasi tidak berkesan"....kwang...kwang...kwang....Tidak paham tidak mengapa,tidak perlu memahami..Cukuplah sekadar empunya diri memahami..hahaha

Ok..cukuplah merepek di situ..Berbalik kepada tajuk asal...."Semangat Baru Harus Berubah"...Yup, bila sebut pasai perubahan,pastinya perubahan tersebut haruslah ke arah yang lebih baik ataupun positif...Sekirannya nak berubah ke arah negatif, baik tidak payah nak berubah...stay sahaja dengan atittude yang ada dalam diri..Yelah daripada nak menjahanamkan hati nak merosakkan fikiran..Tidak perlu perubahan itu melainkan ingin berubah ke arah lebih baik kan lebih bagus, alhamdulilah :)

Untuk melakukan perubahan,bukan susah sangat...Senang sahaja, dalam sekelip mata sahaja kita boleh lakukan..Tak percaya,ok cuba lakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan...Seperti ini "mulai hari ini aku ingin berubah daripada tidak minum susu,kepada minum susu...Minum susu baik untuk tulang"....Bukankah senang sahaja? Persoalannya sekarang ini perubahan itu akan menjadi sukar sekirannya kita ingin teguh dan kekalkan perubahan tersebut..Itu sekadar ironinya sahaja...Jadinya perubahan itu tidak kira dalam apa jua perkara atau konteks yang kita lakukan baik dalam perhubungan,sikap mahupun tugasan seharian, semangat nak kekalkannya harus ada...dan harus kuat....Ya,bukan semua orang sempurna,namun tidak salah untuk berubah menjadi yang sempurna bukan,biarpun kita tahu tidak akan dan mampu menjadi sesempurna orangnya...Biarpun susah untuk kekalkannnya, namun tidak salah untuk kita terus mencuba kan..cuba dan cuba lagi...Sebanyak mana pon kita mencuba, tidak sedetik pon kita akan rugi...Bukannya kita perlu membayar setiap percubaan itu bukan...Sekirannya perlu membayar, makanya ramailah antara kita yang tidak akan kenal erti "cuba"..... :)....Dan janganlah percubaan itu hanya dimulut sahaja,tanpa perlakuan yea..Tidak ada gunanya pon.... :)..Ok, itu perkara dan episod lain...hehe

Semakin menginjak ke usia yang lebih matang (bagi menggantikan perkataan tua itu..hehe)...Semakin banyak dirasakan oleh diri setiap perubahan yang dilakukan...Syukur Alhamdulilah, tinggalnya bagaimana nak kekalkannya sahaja dan mencari sebanyak mungkin perubahan yang baik..Insyallah, perkara yang baik akan dibantu oleh Allah....Jadinya, ada satu misi perubahan yang perlu berubah dalam diri....Emm,sukar rasanya namun agaknya perlu kot...Itu pon setelah dikaunseling oleh kaunselor berhemah sebentar tadi...hehe....Sejauh mana perjalanan perubahan tersebut, wallahu'alam...Sama ada hangat-hangat tahi ayam ataupun menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...Ini pon dikira perubahan diri ke arah lebih baik tawww :-)

Itu aspek yang lain...
Aspek yang lain pula, bagaimana hendak mewujudkan semangat baru di sini....
Semangat sudah ada,namun kadang kala agak goyah...Kadang kala kuat, kadang kala agak putus harap..Namun pokok pangkalnya, semangat itu sudah ada :)...Tinggal nak pahat dan kukuhkan sahaja....Biasalah,manusia...Pelbagai perasaan wujud dalam diri....:-)

Biar apa yang kita lakukan,nawaitu setiap perubahan perlu betul...Semangat perlu diselit dalam perubahan tersebut...
Insyallah, semoga perubahan yang kita lakukan kekal dan biarpun tidak sekekal mana, yang penting kita mencuba untuk berubah..dan harapnya akan kekal berterusan....Amin :)

Biarpun kadang kala,aku pon tak paham apa yang sebenarnya hendak ditulis.haha :) So, sebenarnya nak habaq kata

...Kesimpulannya, setiap orang perlu mempunyai "SEMANGAT BARU HENDAK BERUBAH DAN HARUS BERUBAH"....




 Chaiyok2 cik shim....

isy ye kerr tue cik shim...incik Shinichi mcm xpercaya jerk :)
cik shim:betoi laa...awat xpercaya kt ceq kerr...hehe
*Insyallah, Semoga kita semua kuat dalam apa jua perubahan tidak kira perubahan tersebut sekecil hama pon tidak mengapa, dan tersenyumlah pada diri, kita berjaya berubah, siapa lagi nak menghargai dan membahagiakan diri kita kalau bukan diri kita sendiri...yea x ??? ate xkan kome xsuke :-)

Weekend yang Awesome :)

Entri ini sebenarnya dah pernah post di FB... Sengaja nak ulang tayang :)

Balik kampung....haha...balik kampung..hahahaha...balik kampung..hati girang.....:)Begitulah antara bait-bait lagu raya yang menjadi kegemaran semua tatkala pulang ke kampung..Al-kisahnya memandangkan kita semua masih berada dalam mood raya, dengan baju raya yang masih belum pakai, tudung raya yang masih belum di buang tagnya lagi serta kuih-kuih raya yang belum tersentuh lagi..Makanya atas inisiantif tersebutlah saya pulang ke kampung halaman...

 Kampungku nun jauh di sana..Pendang :)

Nama pun pulang ke kampung..of coz laa seronok kan....Gila tak seronok....bak ayat orang muda ckp "gila besss"..hehe :)...So, tujuan balik kampung sebenarnya ada misi yang perlu diselesaikan..Agak penting :)....Nak tau misi aperr...Jeng-jeng jeng....Ok nak tau juga yea....


 ^
^
^
Rahsia tersebut, insyallah akan diberi tahu kelak bila tiba masanya..Suspen tak??hahaha.....tak suspen??tak tertanya-tanya?tidak mengapa abaikan sahaja...hahahha :-)

Selain misi tersebut, macam biase laaa..menghabiskan cuti yang sedia ada bersama-sama keluarga yang tersayang....Balik kampung sahaja, melayan kerenah anak menakan yang mencabar keingginan untuk pulang bekerja..haha...so, apa aktivitinya????....
Bermain Soopa Doopa @Pendang...Awat, xpercaya kerr ada di Pendang...hehe :)
 
 Suka si Auni...Melonjak kegirangan..hehe
 
 Mak Langnya siap memberikan arahan lagi kpd Auni bagaimana bermain...:)

Siap dapat Pooh lagi....:)

Ok..itu episod berada di luaq...sesi fotografi di luaq rumah di soppa doppa...Asainnya  nk g masuk sekali..Tapi depa dah pesan "kak, org besaq xleh masuk..hat ney untuk umoq 12 thun ke bawah jerk..bukan apa takot...??? So,pham2 dan mengerti sendiri laa yea..haha.....dalm hati berkata "awat time aku kecik2 dlu, depa xbuat benda lagu ney".. :) Sebab tue laa, hnya Mak Langnya saje yg masuk di dlm tue...So time tue hanyalah dok snap pic anak menakan jerk...dok laa kt luaq tue..tercangguk-cangguk...smpai memberikan kata-kata semangat kepada Auni.."lompat...lompat"....hehe :)

Cerita di luaq umah time weekend dah abes.....di dalam rumah plak, ceritanya berlainan...Masih melayan karenan Auni...Kadang2 tak terlayan pon...Sampai sengaja menyakatnya bersama2 pakciknya dan mak langnya,,,hahhaa...cian kt Auni...alih2 terus berlari-lari anak mendapatkan tok nya,,,hehe :)..Pas Auni, mangsa seterusnya ialah Mohd Hadif..Biarpun nama sebenaqnya Hadif Rizqi..Tp boleh kata semua dok panggil Mohd Hadif..owh Mohd Hadif...Semua dok teringat cerita Dunia Baru..K.E.B.E.R.K.A.T.A.N...hehe :)

 Lepas menyakat Auni...terus menganggu Hadif Rizqi...suka sebut namanya Mohd Hadif...hehe :)

Model hajaba kids...sesi fotoshoot versi bertudung plak..Cuba menarik perhatian selepas semua org memberikan tumpuan kpd adeknya..hehe :).


Itulah cerita hujung minggu yang agak awesome laaa...hehe :)
....Bersama-sama keluarga tersayang....
*Amacam, hujung minggu u all awesome x??,,hehe....Tue yang awesome..tang x awesomenya next weekend dan mendatang...xblik dah....huhu..."padan muka hang, tue laa sembang tadi cam kencang jerk"....:(

Wednesday 21 September 2011

Raya Pertama Sebagai........



Sebelum merepek dengan lebih lanjut...moleknya benar sekirannya diberi salam terlebih dahulu...
Asssalamualaikum...:)

Secara tiba-tiba terdetik untuk menulis entri ini...Mungkin tahap kebosanan dan keboringan yang melimpah ruah ataupun kerana masa yang ada terbuang begitu banyak di tong-tong sampah..Makanya terlahirlah entri yg xberapa nk baik....Kenapa baru sekarang publish entri raya ini...? Senang sahaja jawapan ini, baru sahaja membuatnya...hahhaha :)

Bila sebut raya pertama ney...Pasti jawapan berbeza-beza..Raya pertama sebagai seorang isteri,seorang ibu,sebagai seorang suami atau raya pertama sebagai seorang ayah..atau bergelar tunangan orang..Bagi mereka yang sudah bertukar status seperti itu, tahniah diucapkan..Sungguh seronok rasanya apabila rakan-rakan yang lain sudah menempuhi satu fasa yang baru..Bagi yang belum..Insyallah jangan risau dan gusar, masa anda akan tiba..Itu janji dan rahsia Allah..Setiap perkara telah direncanakan olehNya dengan sangat baik sehingga kita sendiri pun tidak terjangkau apa yang terhidang di hadapan.. :-)...Ok, itu episod yang lain..Berbalik topik sebentar tadi, kesemua jawapan tersebut  malangnya  tidak ada dalam diriku....Raya tahun ini masih lagi bujang...kwang..kwang..kwang..:) Owh tapi, tidak mengapa.Masih lagi boleh merasai kebahagiaan... :-)
So,kalau semuanya jawapan salah...apa yang sebetulnya....

Raya pertama sebagai seorang yang bekerja....hehe :)...Pasti ada yang berkata..apalahh yang terbestt sangat...Biase sahaja....Itupun nk kecoh..."Suka hati laah nk tulis"...hahhaha...Sebenarnya besar maknanya kepada orang yang belum pernah bekerja dan belum pernah mendapat gaji...Itulah yang dirasai sebenarnya...:)..Bila dah bekerja, suasananya bertambah lain.Ha' betul tak???hehe....Apa yang sebelum ini,tidak pernah dibeli..dan kalaulah dulu,baju raya hanya sepasang(zmn belajar ok..)...Kali ini lagi meriah...Bukan sebab boleh beli lebih daripada sepasang..Tapi disebabkan semua perbelanjaan bukan lagi bebanan ibu bapa..Itu yang penting sebenarnya...Beban ibu bapa dah semakin berkurang...Tidak kiralah dari semua aspek..Semua kita keluarkan mengikut bajet kita sendiri..Baik baju raya,kasut raya,tudung raya,kuih raya,kek raya dan semua berkaitan dengan raya (termasuk duet raya...wahhhhhh :(
Tak perlu dah nk merengek dekat mak "Mak,baju xkn sepasang,kasut tak beli lagi"...Tiada lagi ayat seperti ini..kan..kan...hehe :)

Alhamdulilah dan syukur....Sedikit sebanyak raya tahun ini dapat kurangkan sedikit bebanan ibu bapa...itu yang penting...Tidak kira sikit atau banyak..Yang penting niat kita membantu ok...:)...Itu dari aspek pembeliaan barang-barang ataupun persiapan raya...Dari aspek duit raya plak...ohhh paling sedeh untuk bercerita...:(...Bukannya kerana mengeluarkan duit raya (xde masalah di situ...chewahhhh)....Raya tahun inilah,yang tidak pernah langsung dan tidak pernah pon sesiapa memberikan duet raya termasuklah dari abah saya,tok ataupun mak menakan (mak sedara bg tidak memahami..:)....Agak berat perasaan itu (chewah cam frust bercinta, pernahkah??? kihkihkih)....
Tapi tidak mengapa,bak kata pepatah..tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima..Syukur kerana ada rezeki untuk diberikan kepada orang lain...:)

Tapi raya tahun ini sangat terbaik...Alhamdulilah..Diberi kesempatan berkumpul dengan keluarga tersayang di Teratak Indah, bermaafan...Selain itu, raya kali ini sangat seronok kerana ada kesempatan lagi dan berpeluang bermain bunga api dan mercun bersama adik beradik dan Auni...Biarpun usia semakin menginjak ke usia dewasa namun memetik kata-kata kak Rita "Usia bukan penghalang" untuk ceq bermain bunga api..Wah..sangat seronok rasanya...Terasa masih kebudak-budakkan...hehe...Dan paling best,beraya dengan "orang baru"..Hadif Rizqi.Rahmat bulan Ramadhan dan Syawal..Tidak lupa, kunjungan rakan-rakan baik..Terima kasih kepada cik Nuin,Pn Atiqah with incik husband Yunus,tak lupa K.Nah n incik suami Ckg Amar bersama-sama pasukan koirnya yg membuat persembahan yang harmoni pada hari itu...:)

So...itu episod raya pertama sebagai orang yang bekerja...Tahun depan...Mungkin entrinya masih tajuk yang sama tapi pengisiannya mungkin berbeza...Ya,mungkin sebagai ~#$$$$ atau masih lagi raya sebagai orang bujang...:)...Kalu bujang lagi raya akan datang...Nak ajaklah incik Sininchi datang beraya ke Pendang, nak tak ???

Boleh nak ajak i beraya bersama..Tapi i malu laa shim..hehe :)

Biar apapun yang pentingnya, tidak kiralah sebagai apa pon..bujang ker,ibu ker..bapa ker...isteri ker..suami ker..tunang kerr...Yang penting bahagialah kita di hari raya...Inilah masa kita bergembira,berhimpun sanak saudara,berjumpa rakan-rakan dan yang paling penting..Ambillah sedikit masa untuk tundukkan segala keegoaan kita dengan memaafkan dan meminta maaf daripada orang lain..Kalau kita tidak boleh buat setiap hari, inilah masanya...Mohon maaf dan memaafkan...Sesungguhnya kita akan lebih tenang ..(tak caya,try buat..  macam nie  :)......

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Maafkan segala kesalahan diri sama ada yang tersurat atau tersirat yang terlepas pandang....Semoga Hari Raya kalian juga adalah yang terbaik.... :)

Tuesday 20 September 2011

1st Ever n Finally





Haloo......Assalamualaikum....

Alhamdulilah...Yes..Yes..Sambil melonjak kegirangan yang tidak terhingga...Akhirnya ataupun dalam bahasa omputih Finally .....Entri yang pertama selepas dapat menyiapkan sebuah blog hasil usaha my housmate "huda"..thanx a lot yea....Setelah mengerah segala keringat yang ada padanya disamping tahap kemalasan den nak membuatnya..Makanya dengan rela hati si Huda inipun dengan tuntas dan pantas terus menari-nari jarinya sehinggalah menyiapkan design blog ini yang sangat cantik...Hasil usaha yang aku kira tidak sampai 1 jam sebenarnya setelah dicampur dan dibahagikan dengan keadaan internet yang agak "slow" di puncak gunung ini..Tengok orang lain membuat,wahhh senang jugak yea, tapi bila sendiri yang membuatnya, owh tidak terdaya rasanya...Tidak semua orang boleh buat sesuatu perkara seperti ini..Sungguh, sangat tabik spring kepada mereka yang mempunyai nilai kekreatifan yang ada dalam diri mereka..."Den, maaflah, nilai itu tiada, sebab itulah, segala hal design sehinggalah terjadi sebegini my housmate yang buat..Den tau post entri jerk..muahaha..:)




Berbalik kepada perkara utama blog aku ini...Mengapa "Menggapai Bunga Sakura"..Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara sebegini terjadi..Yang Pertama, kehadiran blog ini secara spontan, maksudnya on the spot...Tidak terlintas langsung untuk membina sebuah blog peribadi....Yang Kedua, tajuk ini diambil setelah den berfikir selama 5 minit..Itupun dak cukup meresahkan hatiku...Yang Ketiga, den tidak mahu mengambil masa "tukang buat blog ini" menunggu terlalu lama..Membiarkan terlalu lama, barangkali akan melunturkan semangat beliau membuatnya...Faktor Keempat, den suka sangat pada bunga sakura...Owh, mengapa bunga sakura..Mengapa bukan bunga ros, bunga kekwa, bunga tahi ayam, bunga raya....????Why...Why..Why???? Sonang saja...Den dah suka...Nak buat bagaimana...hahaha..Faktor Kelima, dengan penuh pengharapan semoga, ianya menjadi kenyataan...Dengan tangan sendiri dapat memegang dan menyentuh bunga sakura di bumi sakura itu sendiri...Bila agaknya...hermmmm :) (Tapi ..kena belajaq bahasa depa plak..owh tidak mengapa, boleh belajaq dengan doraemon, naruto ker..tak pon ultraman...hahahha...)..tidak pon, belajor dengan insan di bawah ini....bolehkerr incik shinichikudo ajaq ceq....hahahah

Boleh, untukmu shim....i boleh ajaq...(tersipu-sipu malu..:)

Memandangkan sangat menyukai bunga sakura, amat mendukacitakan tidak dapat memilih background sakura sebagai desingn blog den ini..Cari punya cari, tidak ketemu jua...Aduh agak keberatan hati di situ..Harap-harap sesiapa dapat melihat atau terjumpa desingn tersebut dapatlah kiranya memberitahu kepada empunya blog ini ya...Seandainya ingin tolong membuatnya juga sangat dialu-alukan...(dasar malas pikiaq..hahha)...

Berbalik kepada tujuan asai, mengapa blog...kenapa nak jadi blogger...Awat, hang dah takde keje len kerr??Ataupun kejer yang hg buat, dah tak berapa banyak, jadi banyak masa terbuang begitu sahaja di tong-tong sampah yang disediakan oleh Majlis Bandaran???..Sebenarnya niat bukan hendak menjadi blogger ataupun meraih famous,..Holah, seantero dunia leh baca, tak famess kerr???..Hahaha....Kewujudan blog ini pada hari ini, sekadar mahu mengisi masa lapang, mahu menulis seberapa perkara yang boleh dikongsi bersama...Sekadar meluahkan perkara kepada blog menggapai bunga sakura..Biarlah pada akhirnya tiada siapa yang membacanya hanyalah empunya blog ini..Pun tidak mengapa...Asalkan diri puas, tidak lagi berasa tertekan, episod bosan yang berpanjangan dan mengisi kesunyian yang menghimpit diri...hehe....
Itulah tujuan serta matlamat penubuhan blog "Menggapai Mimpi Sakura"....(ayat..bunyi macam korporat...hehe).....Sekadar itu sahaja untuk entri 1st Ever n Finally......Hope u olllss like dan marilah kita sama-sama mengejar mimpi....Insyallah......



*Kredit semua gambar ehsan incik Google*......