BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday 24 September 2011

CINTA BUMI ASING

PROLOG                                                                           23 Ferbuari 2010
Orang kata, jangan kita benci sangat pada seseorang, kelak nanti kita akan menyintainya separuh mati. Walaupun  tidak termaktub dalam mana-mana kitab sekalipun, namun kata-kata inilah yang dipegang dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Begitu kuatnya kepercayaan ini pada semua orang tak kira la laki ker atau perempuan. Masing-masing menganggap semua ni BETUL. 

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Buat masa sekarang nie masih tiada lagi kajian saintifik yang dapat membuktikan kesahihannya pepatah nie kerana proses kehidupan manusialah yang akan menjadi saksi dan menjadi bukti akan kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang jugak, cinta pertama nie sukar untuk dilupakan walau datang banyak manapun cinta lain kemudiannya. Tapi betul ker apa orang cakap nie? Aku pun musykil jugak ney..emmm. Orang pulak cakap kalau kita cintakan seseorang, hati kita ney beriang-riang menari. Namun begitu, setiap orang kan persepsinya berlainan, begitu jugak dengan aku. Aku menyangkal 100% kebenaran tersebut. Bagiku perjalanan hidupku ini telah banyak membuktikan sebaliknya. Memang betul, tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku pula, cinta pertama nie sebenarnya untuk dikenang kerana cinta pertama la yang banyak mengajar kita erti kebahagiaan dan kesangsaraan. Cinta yang datang kemudiannya pula itulah yang mungkin dikatakan sebagai cinta sejati. Bukan senang kita nak dapat cinta yang sejati sekrang ney. Masih wujud lagi kerr perkataan CINTA tue atau sekadar kemahuan seseorang untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalau tak kawen, orang akan cakap macam-macam. Pilihan yang ada kawen. Sebenarnya, tidak kisahlah apa yang orang lain nak cakap perihal kita, yang penting  dan yang perlu kita ingat, segala perkara yang kita lakukan harus bersandarkan kepada keihlasan. Kalu diri kita ikhlas, bahagia itu akan datang dengan sendiri. Bahagia itu bukan semata-mata kerana manusia, tapi kita bahagia bersama-sama Dia. Kerana Dialah yang akan menjadi penentu diri kita. Biarlah orang nak kata kita nie sebesar-besar alam, pokok pangkalnya hati kita sentiasa gembira kalau bukan dengan orang sekeliling, bahagialah kerana Allah kerana saat dan detik ini Dia tetap menyanyangi kita dan bukan kerana rupa kita.

KISAHNYA
Dalam hidup kita nie penuh dengan teka-teki. Kadang-kadang kita tak tahu bila masanya nanti kita akan bertemu dengan cinta sejati kita. Dekat atas bas, selisih tepi jalan, dalam train, dalam library atau pun kat kedai makan atau di tempat kerja anda, jeng..jeng..jeng..hehehe. Kemungkinan semuanya boleh terjadi. So, lepas ni jaga-jaga la yea. Manalah nak tau kan, secara tetiba saje anda dipanah cinta. Hahaha. Adakah anda sedang bercinta atau sedang menanti CINTA..Hehe..Namun yang seharusnya kita ingat mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau hinggalah yang terakhir kalinya barulah  kita akan menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Itulah yang akan kekal di dunia mahupun diakhirat dan seharusnya dipegang oleh semua hambanya didunia ini. 
Namun aku amat bersyukur kerana cinta sejatiku hanya pada Penciptalah kerana Dia lah yang telah menemukan aku dengan insan yang salah dahulu sebelum Dia menemui cinta sejatiku. Bak kata pepatah “Allah sengaja menguji kita memberikan orang yang salah pada kita sebelum Dia memberikan orang yang benar-benar betul pada kita”. Begitu jugaklah dengan kata-kata nie “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik” dan begitulah yang sebaliknya. Dan itulah yang kupegang sehingga detik nafasku ini. Sesungguhnya Dia yang Maha adil lagi Maha mengetahui akan segala-galanya. Bak kata pepatah “Kita hanya merancang dan Dia yang menentukan. Ajal maut, jodoh semuanya ditangan tuhan”. Bak kata orang “Jodoh itu kan RAHSIA Allah”...hehe

Nak dijadikan ceritanya usiaku kini genap 24 tahun. Aku mempunyai kisah cinta yang amat padan dan sesuai dengan pepatah-pepatah yang kunyatakan diatas tadi. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta bagai separuh mati kini. Walaupun baru ditinggalkan hampir lima bulan yang lalu, namun aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang buat selama-lamanya. Tiada dua atau tiga. Hanya dia yang akan bertakhta dihatiku selalu dan dia lah jua yang menjadi nafasku di bumi ini sehinggala detik-detik yang terakhir. Kisah ini kisah cinta..Kisah aku dan dia...kisah yang bagiku terlalu pedih dan manis...dan kisah ini aku dedikasi buat dirinya dan anda semua...Kisah nie bermula apabila aku berjumpa dengan insan yang kugelar Zaffuan.
Dia, insan yang banyak mengajarku tentang bidang ilmu iaitu cinta, rindu, benci dan sayang. Sebenarnya mungkin aku nie orang yang keras hati namun lembut didalam “dalam hati ada taman..hehe”menyebabkan hingga detik ini aku masih lagi belum dapat melupai dirinya. Apa yang paling ku geram sangat mengenai dia nie, kadang-kala dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Kadang-kala jugak sering menegurku cara berpakaian dan sehingga kesalahan aku yang sekecil hama tue pun boleh menyebabkan aku dihukum bagaikan aku nie pernah terlibat dengan kesalahan jenayah. Namun, itulah yang sebaik-baiknya kerana lumrah perempuan amat senang kalau dirinya dinasihati oleh lelaki. Terasa seperti lelaki yang boleh memimpin kita. Tapi, kerana egoku, aku sedikit pun tak pernah nak menghargai dirinya, bagiku hanya satu sahaja perkataan iaitu BENCI. BENCI terhadap insan yang bergelar LELAKI...Namun, dia akhirnya telah kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah menjadi rakan kelasku  juga merangkap sekaligus sebagai suamiku. Maksud aku ex-suami. Hal ini kerana, semuanya gara-gara kata-kata ini yang akhirnya bukan sahaja menjadi satu taruhan tetapi turut membawa cintaku ini pergi...Semuannya gara-gara lafaz ini..Sungguh, aku  tak mahu ianya berulang kembali...

                                                                                                  29 Ferbuari 2010
“Saya cabar awak.”
“Saya cabar awak kahwin dengan saya satu semester sebelum kita habis belajar, maksudnya dalam tiga bulan dari sekarang. It’s just a challenge. If you dare to, I bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?” tapi terpulang apa jua keputusan awak.. Ini hanya cabaran saja.”
Namun bagiku, cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabar diriku. Kerana egoku yang setinggi gunung Everest dan sedalam jurang Mariana aku terima cabarannya asalkan dia juga turut sama menyahut cabaranku. Cabarannya amat senang sekali iaitu kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah sahaja dia boleh menyentuhku, selepasnya aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dirinya menyentuhku, talak jatuh ke atasku serta merta. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Kerana egonya itulah yang membuatkan aku benar-benar benci terhadap dirinya. Saat itu termeterailah perjanjian gila kami pada malam itu dengan bersaksikan rakan-rakanku. GILA itulah perkataan yang keluar  dari mulut rakan-rakanku. Namun kerana egoku jugak aku tak akan mengalah terhadap dia sama sekali. NEVER...
Lawatan ke Langkawi pada sebelum akhir semester itu adalah lawatan yang paling menyayat hatiku. Entah mengapa cabaran tersebut aku sahut. Ramai rakan-rakanku menghakimi keputusanku, bagi mereka aku patut mengenepikan egoku dan melepaskan cabaran tersebut. Namun bak kata orang “Genggam bara api biar sampai arang:. Begitu degil dan kerasnya hatiku ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepulangan aku dan dia dari Langkawi, terus kami meneruskan pengajian kami yang hanya lagi beberapa bulan sahaja. Saban hari, dia dengan egonya terus memujuk dan memprovok aku untuk melepaskan cabaran. Asal sahaja aku berselisih dengannya di dalam kelas, pasti ada sahaja yang hendak diperkatakan. Kadang-kala kurang selesa dan janggal bila satu kelas dengan dirinya. Terasa macam diselam dalam akuarium..lemas dan kadangkala aku berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku dah berjanji buat diriku, tidak akan aku menangis hanya kerana insan yang bergelar lelaki..Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah dengan kisah lama yang sering menghantui diriku.

Hakikatnya, seingat aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain. Aku pun bukannya rapat dengan lelaki dikelasku. Sejak mula mendaftar dan memasuki semester 1, aku tak pernah menyedari akan kehadirannya. Maklumlah, kelas aku begitu ramai. Lagipun aku bukannya insan yang suka hendak mengusha orang-orang nie. Cukuplah dengan rakan-rakan perempuan. Lagipun malas la nak pikirkan masalah orang laki nie.

Namun, bila masuk semester 3 dan seterusnya barulah aku perasan akan kehadiran dirinya. Yelah, ketika itu kelas kami banyak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Seingat aku, yang boleh aku mengenali dirinya semasa semester 3. Itupun melalaui satu program yang terpaksa kumpulan kami laksanakan buat bagi menyiapkan tugasan luar. Ketika itu, barulah aku mula menyedari akan sikapnya yang ego, sukar untuk ditegur dan hanya satu sahaja yang sering membuat diriku begitu membenci dirinya adalah ada sahaja yang aku buat tak kena di matanya. Mentang-mentang lah ketika itu dia menjadi pengurus projek bagi tugasan tersebut. Ada saja arahan yang menyuruh aku buat itu, ini sampaikan kadang kala aku terasa bagaikan diriku seperti kuli dan hamba buat dirinya. Pernah juga aku ditengking oleh dirinya dihadapan khlayak ramai disebabkan kesalahan yang memang tak disengajakan olehku. Pantang diriku seandainya aku ditengking..Tidak akan kumaaf..Kadang-kala segala yang dibuat pada diriku ini terasa diriku ini seperti diaibkan. Dan mulai detik itulah, aku amat memBENCI dirinya. 
Entah dimana silapnya diriku ini. Bagi orang lain, tidak pula dia berbuat sedemikian rupa. Entah kenapa, setiap kali dia memanggil namaku terasa menyampah menyelebungi jiwaku. Kawan-kawan sekelasku semuanya hairan akan sikapnya, hendak juga aku cakap pada dirinya “entah-entah mamat nie telepas dari planet mana kot”. Namun, ramai rakan-rakanku yang menyuruh aku sabar akan sikapnya itu. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin telah mengguris dirinya. Yelah, sebagai manusia kadang-kala kita sering terlepas melakukan kesilapan. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya itu terus bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan untuk program subjekku di Langkawi telah menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan menjadi milikku. Kali ini aku tidak akan berdiam diri dan hanya terdiam melihat dia berkata apa sahaja mengenai diriku seperti hari-hari yang lalu. Cukuplah aku suatu ketika dahulu pernah menjadi mangsa lelaki. Kini, kehadiran dirinya juga menyebabkan kebencianku pada lelaki kian meluap-luap bagaikan meletusnya gunung berapi. 

                                                                                                          22 Mac 2010
Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya dilakukan mengikut adat resam masyarakat Melayu. Menghantar rombongan merisik, bertunang dan merancang majlis. Ibuku sendiri tergamam tatkala cincin emas dihulurkan oleh Umi panggilanku untuk ibu mertuaku. Mau tak tergamam, anaknya tak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki, tup-tup ada rombongan meminang. Kalau aku ditempat mak aku, mesti aku kan cakap “Bior betul anak aku ney”. Namun bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh jawab kami. Kami sememangnya pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai. Yelah, sebab perkahwinan kami ini dari kaca mata mereka adalah yang sebenarnya.
Cuti semester sebelum aku dan dia menamatkan pengajian kami, seperti dijanjikan aku bakal berkahwin mengikut cabaran tersebut.  Sabtu, hari yang kutunggu-tunggu selama ini menjelma jua iaitu hari ‘bahagiaku’. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum ‘BAHAGIA’. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas. Saat itu aku masih lagi mengingat akan cabaran tersebut. BODOH kan aku.
Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, dan rakan-rakan dan saudara-mara, akhirnya aku dan dia diijabkabul bersaksi wali, tok kadi dan penuh dengan adat syariat agama. Saat bertentang mata dengan dirinya dan dia pula lantas menguntum senyum buat diriku, aku sayu. SUMPAH....Itulah pertama kalinya dalam hidupku aku bertentang mata dengan dirinya. Terasa seperti suatu perasaan aneh yang menyelebungi hatiku. Bukan seperti perasaan sewaktu aku bercinta dahulu. Aku sendiri tidak tahu mentafsirkan perasaan ini. Entah mengapa terasa seperti ada sesuatu yang tersirat disebalik makna matanya. Terasa seperti ada kata-kata yang dilahirkan dari anak matanya itu. Namun akhirnya, dengan sekali lafaz, aku bergelar ISTERI..Walaupun ianya hanya sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Saat itu, aku berfikir BODOHkah AKU...

Cabaran kini akan bertukar tangan. Kini giliran dia pula yang akan menyahut cabaranku. Kehidupan kami semangnya amat unik. Apa yang hendak diharapkan menerusi perkahwinan ini. Bermesra..NO... Tiada bulan madu, kononnya hanya tinggal satu semester lagi sebelum kami menamatkan pengajian kami, masih banyak benda yang perlu dibereskan dan amat penting buat kami berdua..ALASAN... Aku tinggal dirumahnya seperti pasangan yang sudah berkahwin, dan agar penipuan ini tidak terBONGKAR. Hanya kami berdua sahaja yang tinggal disitu agar kami berdua dapat menyesuaikan diri...Itu kata ibu bapa kami dan semenangnya seperti yang dijangka kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh ataupun saling menyindir. Makan pula biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Namun, sudah menjadi tugasku masak dan mengemas rumah untuk dirinya. Itu ku rasa sudah menjadi tugasku. Memang aku hanya isteri pada nama sahaja, namun kewajipanku aku perlu laksanakan jua. Aneh kan... 

                                                                                                         30 Mac 2010
Seperti hari-hari biasa yang lain, aku mengejutkan dia dari Subuh. Mengetuk pintu di biliknya. Usai solat Subuh, aku keluar dari bilikku membuat sarapan. Namun, kelibatnya tidak langsung kelihatan. Begitu juga dengan lampu dibiliknya, tidak dinyalakan. Aku segera mengulang ketukan beberapa kali dibiliknya. Namun masih tiada sahutan seperti biasa. Aku  segera membuka pintu dan melihat sendiri dirinya. Entahla, terasa bagaikan ada kuasa yang menyuruh aku berbuat demikian. Ku hampiri dirinya, kaku... Ku letakkan telapak tanganku di dahinya. Panas... Lantas, aku segera mengambil tuala mengelap dahi dan menyelimutkan dirinya. Dengan kudrat yang lemah, dia lantas menepis pertolonganku. Katanya, dia tidak boleh menyentuh langsung diriku, jatah talak. Itu syaratnya. Aku kaget. Apa yang ku harus lakukan detik itu. Yelah, sehingga waktu sebegitu dia masih teringat akan janjinya kepadaku. Perasaan ku ketika itu, hanya Allah yang tahu. Perasaan yang begitu aneh seperti saat dia melafazkan akad. Lantas, ku  katakan pada dirinya, syaratnya bukan aku yang tidak boleh menyentuh dirinya, tapi dia. Dia lantas dalam diam menerima alasan yang ku reka. Sehari semalam aku menjaganya, mengelap badannya, membuat bubur, menyuapkannya sehinggakan aku tertidur di sebelah katil menjaganya...

Namun, selepas peristiwa tersebut, kami menjalankan kehidupan kami seperti biasa. Hanya ucapan terima kasih dari dirinya. Aku menerimanya. Bagiku pertolonganku itu, tidak membawa apa-apa pengertian. Sepanjang semester yang terakhir, aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama ’suamiku’. Dia juga turut berpegang pada janji. Oleh sebab itulah, aku merasa selamat walaupun tidak mengunci pintu bilik di malam hari. Kesibukan menyiapkan tesis, membuatkan diriku sedikit tidak terurus. Tidak makan dan tidak mendapatkan rehat yang secukupnya. Pagi jam 3 pagi, hanya beberapa helaian terakhir lagi aku perlu menyiapkan tesisku, kepalaku terasa berat, seakan-akan ada benda yang menyekat. Ditakdirkan saat-saat genting seperti itu, aku demam selama 2 hari. Ketika itu, Umi yang menjagaku. Dia....seperti dalam syaratku, tetap berpegang pada janjinya. Sungguh, ketika itu aku terkilan. Apa yang kuharapkan hanyalah perhatian dari dirinya buat diriku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu berperasaan sedemikian. Seandainya SUAMIKU dapat menjaga aku seperti mana aku sebagai seorang ISTERI menjaganya, alangkah bahagianya aku. Akan aku titipkan kasih yang selama ini terdiam sepi menjadi bara api CINTA yang menyala. Namun, SIAPAKAH AKU DIHATINYA. ???
Hanya sehari sahaja lagi, tesisku perlu dihantar, namun aku masih belum menyiapkan lagi. Ku gagahi jua diriku untuk bangun, biarpun badanku lemah dan tidak bermaya. Ketika aku menghampiri mejaku, aku terlihat tulisan yang berwarna emas, berkulit hitam dan tertera namaku. Beberapa muka surat yang terakhir jua telah disiapkan. Berserta dengannya, tertulis sekeping nota di balik kulit buku.

                        I hope you getting better...
Saya minta maaf, kalau saya tidak mintak izin dari awak dahulu..
                        Namun, tesis tue perlu dihantar esok, saya takut awak tak sempat..
                        Awak jangan risau, semuanya dah diuruskan...
                        Kalau awak nak ke kampus, saya boleh tolong hantarkan awak...
                        Call me...I will be there                      
                                                                                                Zaffuan Zafrin

Saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Aku menangis dan aku sendiri tidak tahu dan mentafsirkan untuk apa tangisan itu. Yang aku tahu, aku mulai sayang dan cinta akan dirinya. Ya, CINTA... dan aku harus menghentikan perasaan itu. Aku tekad...dan itu yang terbaik....  Aku tidak mahu segala perasaan ini membunuh segala api kebencian dan aku tidak ingin melihat diriku terseksa lagi mengharapkan CINTA. Tapi perasaan aku bagaimana? Ya Allah, kau berikanlah petunjuk pada diriku ini. Apakah benar PERASAANku ini pada SUAMIKU. 
Sebulan sejak peristiwa itu berlaku, aku menjalani kehidupan seperti biasa, namun sedikit kaget... Aku sendiri tidak pasti akan masalah yang berlaku pada diriku ini. CINTA...No...Aku nekad,  ianya harus dihentikan. Aku sedar, akan perkahwinan ini hanyalah satu cabaran, bukannya berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Aku tidak mahu terluka lagi, cukuplah dengan kisah silam.

“Saya mahu mencari cinta pertama saya”
‘Maksud awak?’
“Saya nak sambung belajar. Izinkan saya”
“Emm...terpulang. Kalau itu yang terbaik buat diri awak. Saya tahu awak tak bahagia dengan saya. Kerana DIA kan. Awak bukan nak sambung belajar, tapi mencari CINTA PERTAMA awak. Saya sedar ianya satu kesilapan”. Jawabnya.
“Biarlah saya mencari kepastian dalam hidup saya. Saya tak tahu apa sebenarnya yang saya nak. Dan saya tau sudah terlambat bagi saya”. Jawabku
“TERLAMBAT. Maksud awak?”
“Tak de pape laa”. Ngomel aku

Sebelum keberangkatan aku, keluargaku dan keluarga mertuaku berkumpul dirumah kami. Masing-masing menganggap pemergianku hanyalah sekadar mahu melanjutkan pelajaran, namun bagi kami itulah NOKTAH TERAKHIR buat kami. Dia sibuk bermain dengan anak buahku, gembira dan tertawa. Alangkah bagusnya seandainya aku dapat melihat dirinya sentiasa dalam keadaan begitu, namun aku sedar akan siapa diriku ini. Saat itu, air mataku hampir menitis. Selama ini, aku baru perasan tentang dirinya. Tidak pernah aku melihat dia segembira itu. BERDOSAKAH AKU. Kerana tidak tertahan, aku mengasingkan diri lalu ke kamarku. Sehingga detik ini, aku merasakan bahawa AKU CINTAKAN SUAMIKU. Namun aku sedar, aku hanyalah bahan cabaran buat dirinya. Dan ku harap pemergianku ini dapat menamatkan segala-galanya.
Hari yang ku tunggu telah tiba. Di lapangan terbang, kedua-dua belah keluarga turut menghantar diriku. Tidak lupa suamiku. Setelah aku bersalaman memohon restu dan keberkatan daripada keluargaku, aku berjalan menghampiri Zaffuan. Kelurgaku yang lain seolah-olah memahami lantas meninggalkan kami menuju ke kereta. Lantas aku menghampirinya. Ya Allah, kau kuatkanlah langkahku ini. Tak terdaya rasanya untuk aku melihatnya dan menatap wajahnya buat kali terakhir. Perasaan apakah ini Ya Allah. Antara aku dan dia begitu hampir. Lantas, buat kali keduanya selepas aku dinikahkan, aku tunduk lalu bersalaman dan mengucup tangannya. Saat itu dia lantas mengucup dahiku sambil berkata...

“Mulai saat dan detik ini saya lepaskan awak. Carilah cinta pertama awak dan saya harap awak akan sentiasa gembira menjalani kehidupan baru awak. Saya izinkan dengan hati yang tulus dan murni akan saya lepaskan ego saya ini. Saya minta maaf seandainya tali perkahwinan ini telah menyekat cinta awak pada seseorang. Namun, ketahuilah bahawa jauh dilubuk hati saya ini masih lagi menyintai awak setelusnya. Saya tahu, walaupun pada hakikatnya kasih ini tidak terbalas”.
Ya Allah, seandainya kau pun mengerti perasaan aku ini, akan aku jeritkan padamu Zaffuan. Namun, aku terpaksa...Mengapa baru sekarang kau luahkan padaku. Mengapa...Segala-galanya telah tamat kini dan aku harus menamatnya. Biarlah aku mencari ketenangan dalam diriku ini. Kataku dalam hati...
“Saya minta maaf. Saya gagal menjadi isteri yang terbaik untuk awak...pasal kita nie..
“Awak jangan risau. Saya akan selesaikan dengan baik. Saya akan bincang dengan mereka. Awak jangan risau, apa yang berlaku antara kita akan saya rahsiakan”
“Terima kasih...terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menjaga saya selama ini. Namun, saya telah kalah. Kalah kepada perjanjian kita. Kenapa awak sedikit pun tidak bertanya kepada saya, kenapa saya buat macamtue....Saya, saya tak layak untuk hidup dan dapat cinta awak. Walaupun saya masih suci, tapi saya rasa saya perempuan kotor. Segala-galanya kerana dia. Setelah kasih dan cinta ini saya perhambakan untuknya, namun apa yang saya dapat. Kecewa akhirnya. Dia yang meragut kepercayaan saya terhadap seorang insan yang bernama lelaki. Saya tak nak dipermainkan oleh lelaki. Oleh sebab itulah, cabaran awak saya sambut.....saya minta maaf, sememangya kita bukan ditakdirkan satu sama lain...
“Saya tak salahkan awak sedikit pun. Sekelumit perasaan dendam pada awak tiada pun. Mungkin ini takdir-Nya”
Buat kali terakhirnya, aku bersalaman dengannya sebagai seorang isteri. Hanya hati ini sahaja yang tahu sejauhmana perasaan ini padanya. Di kala itu, hanya tangisan yang mengiringi pemergianku. Dia AKU TINGGALKAN dalam KENANGAN.


CINTA BUMI ASING
DI BUMI ASING...Sedar tak sedar dah hampir tiga bulan aku di bumi asing ini. Berjauhan dengan keluargaku sedikit sebanyak telah menambahkan kesunyiaan aku disini. Biarpun pada hakikatnya, aku disini mencari cinta pertama ku. Memang aku dah menemuinya, tapi bukan itu hanya ku cari pada hakikatnya. Dia menagih kasih padaku. Namun, setelah ku beritahu padanya, hati ini bukan lagi miliknya, dia akur. Hati ini masih lagi dimiliki oleh Zaffuan Zafrin. Zaffuan Zafrin, ya... hanya nama itu yang terpatri dalam hatiku. Namun, aku harus sedar, segala-galanya telah terlewat....Andainya dapat kuputarkan masa, akan aku sentiasa menjadi ISTERIMU DUNIA dan AKHIRAT.
Pagi itu, seperti biasa aku ke masjid....menambahkan pengetahuanku terhadap Allah dan Islam...perkara yang pernah aku memandang enteng suatu ketika dahalu. Ketika aku dibuai dengan cinta, aku alpa padaNya. Kini, aku diruntun dengan 1001 penyesalan. Ku harapkan masih ada pintu penyesalan buatku...DIA yang telah membuka hatiku menerima CINTA dan DIA jugaklah yang telah menujukkan aku JALAN yang BENAR.diam tak diam  hampir sudah aku ke masjid. Biapun, penduduk di sini hanya segelintir yang memeluk agama Islam, namun sambutan serta kerjasama yang diberikan sekirannya terdapat aktiviit di masjid, sangat menggalakkan. Begitu berbeza senarionya di Malaysia. Biarpun negara kita mempunyai penduduk yang menganuti agama Islam tidak terkira, namun bilangan yang benar-benar hendak berkerjasama dalam program sebegini boleh dihitung dengan jari.
Sedang sibuk aku mengelamun. Tiba-tiba suatu suara menyapaku..
“ hai, cik adik..sibuk mengelamun nampak. Tak takut bercium dengan tiang ker”
Suara itu, cukup aku kenali. Tapi benarkah, agaknya perasaan aku. Terlalu rindukan dirinya hinggakan suaranya di Malaysia didengari di bumi asing ini.
“Hai, sombongnya dia...tak kan lah baru 3 bulan kat sini dah tak tau ckp MELAYU..hehe”
Saat aku berpaling pada suara itu, aku terkedu. Benarkah dia dihadapan ku kini...Zaffuan Zafrin...Setitis air mataku jatuh jua di bumi asing ini...
“Hai awak...”
“Emm..awak...macamaner awak boleh ada kat sini..awak...
“saya dah lama ada kat sini sebenarnya...dah 3 bulan..dah lama saya perhatikan awak..saya nak jemput awak balik ke Malaysia, sekaligus jemput awak balik dalam hati saya.. sebenarnya, kalau nak ikutkan hati saya nie, selepas awk pergi dah lama saya nk cari awak...tapi, terpaksalah saya tahankan hati saya nie sampai edah awak habis...awak setuju kan..
“Tapi, saya...awak.....
“Ok...kalau mcmtua, baguslah...Jom, kita kawin...Semua dah ada kat dalam..”
“Tapi, macamner.....
“ ala, selama nie, dah lama saya perhatikan awak..yelah 3 bulan kat sini..tak tau nak buat apa...saya tau setiap hari Jumaat pasti awak datang ke masjid kan...sebab tue laah, genap 3 bulan terus saya rancang semua nie...”
“Sape kata saya nak kawin dengan awak...”
“Tapi, saya...
Dengan sekelip mata sahaja, aku lihat raut wajahnya berubah sama sekali...
“Sebelum saya menyatakan apa-apa sahaja bentuk persetujuan, saya nak tanya awak satu perkara..kenapa awak cabar saya kawin dengan awak...”
“Emm....sebabnya saya dah lama sukakan awak. Saya nak kenal awak denga lebih rapat lagi. Tapi saya tersalah landing rupenyer...awak lain dari yang lain. Susah saya nak berbaik dengan awak. Awak  nie keras sangat. Habis tue saya nak buat apa lagi..awak cabar ego saya, jadi saya pun buat la ikut cara awak. Masa malam kebudayaan tue, saya nak lamar awak, tapi awak tue jerk.. geram saya tengok, susah sangat nak cakap baik-baik. Habis tue, apa lagi...nak buat cara elok, alih-alih terpkasa cakap mcmtue..menyesal jugak saya masa tue.. tapi, awak terus setuju..lagi laa saya bertambah yakin. Saya cakap dalam hati saya, lepas kita kawin saya akan jelaskan segala-galanya pada awak. Tapi, lain pulak jadinya, awak pulak yang tetapkan syaratnya. Oleh kerana, saya tak nak kehilangn awak, saya setuju dengan syaratnya asalkan awak dekat dengan saya... namun, akhirnya kesudahan ini saya terima. Saya pasrah, dan saya berjanji pada diri saya kali ini saya benar-benar mahu takluki hati awak buat selama-lamanya....
Ketika itu, hanya air mata ini yang terus menitis tanpa henti...ku harapkan inilah masanya...
“yelah...sapa suruh awak naikkan amarah saya... saya apa lagi..naik jugak laa ego saya nie..awak ingatkan lagi jerk ader ego..saya pun ader tau..”
“jadi, awak setujula yea...
“emm...ya..
“awak setuju menjadi isteri kepada Zaffuan Zafrin..”
“Ya, saya sanggup”
“Yahuuuu...akhirnya tak sia-sia saya tau tunggu sampai 3 bulan kt sini..mencari cinta yang begitu jauh, hinggakan terpaksa MENCARI CINTA DI BUMI ASING...”
“Mungkin ini takdir-Nya....Di sini kita jumpa...”
Dengan bersaksikan Allah, dengan bersaksikan alam semesta.. Saya Zaffuan Zafrin ingin melamar Nur Intan Aleeya menjadi isteri saya buat selama-lamanya...dan saya berjanji akan menjaga awak setelusnya...saat ucapan itu diucapkan, aku laah insan yang betuah sekali di muka bumi ini. Aku harapkan, inilah kebahagian yang kucari dan cinta ku yang terakhirnya....
“Boleh saya request satu perkara?”
“Apa dia?”
“Jangan panggil saya awak, boleh...panggil laa ABANG plak.baru nampak comey n mesra alam”
“Oohh belum kawen pon dan pandai nk request2 laa plak yea CIK ABANG”
“ehermm..eherrmm..biasa laaa. Testing..testing katakan..hahhaa”
“Tapi saya lagi suka ckp ‘awak’..”
“arggg tak de nyerr...saya ckp ‘abg’”
“ala bior laaa ‘awak..awak...awak’”...
“tak baik tau, boleh nusyuz ney”....
“baiklah ‘CIK ABG’ saya akan panggil awak...hahahhaha”
Benarlah, kata orang..cinta pertama tidak bermakna cinta yang akan kekal abadi. Tapi cinta yang hadir seterusnya itulah cinta yang sejati.. Alhamdulilah, semoga kau limpahkan segala kebahagian buat diriku ini...

EPILOG
Sebenarnya kita sering terlupa bahawa cinta yang paling agung seharunsya diletakkan paling atas hanya padaNya bukannya menghambakan diri pada manusia. Cinta manusia hanya sementara sahaja, dan aku harus akui semua itu bahawa tiada apa yang sempurna melainkan cinta kita pada Dia.  Aku sering bermunajat padaNya seandainya cinta itu masih wujud dalam diriku, Kau berikanlah cintaKu pada hamba yang cinta padaMu dan tetapkanlah cintaku dalam golongan mereka yang benar-benar cinta padaku ini Ya Allah. Seandainya cinta itu wujud dalam hatiku ini juga, Kau tetapkanlah agar cintaku ini tidak melebihi cintaku padaMu ini Ya Allah. Apa yang pasti, cinta itu pasti juga akan hadir dalam hidup kita. Kerana Allah S.W.T sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut, rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Namun, tidak dapat kita nafikan bahawa dalam pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketepatan itu sebagai baik atau tidak.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, kita tidak tahu bahawa terdapat antara kita  pasangannya dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya internet. Yelah, pada hari ini semakin ramai yang menemui jodohnya melalui internet. Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Oleh itu,  paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat, dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik yang dituliskan ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya

Atas segala cerita yang dipersembahkan itu tadi, maka secara konklusinya dapatlah dikatakan bahawa tiada sebarang bentuk alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Insyaallah semoga segala perkara yang berlaku dalam diri kita ini ada hikmah yang kadang-kala kita sendiri tidak mengetahui apakah kebajikannya. Apa yang penting kita berusaha dan akhirnya TAWAKAL laah kita pada ALLAH. Moga diberikan jodoh yang baik dan benar. TIADA cinta pertama, kedua mahupun ketiga dan kelapan belas.hahaha.....Yang penting bagaimnana kita nak membawa CINTA itu, jalan lurus kerr atau jalan bengkang-bengkok macam ular. CINTA bukan sekadar perasaan tapi bagaimana penyatuan jiwa itu berlaku. Pilihan itu terletak pada diri sendiri, tepuk dada tanya IMAN kita. Dan  bagi aku, CINTA itu SUCI dan aku ingin mencari CINTA HALAL buat suamiku..hehehe


Setelah sekian lamanya baru dipost entri ini...Pernah post suatu ketika dahulu...Namun, ini sekadar hobi dan minatku saje...ala, sajer nk testing laaa dalam bidang penulisan yang tak berupa nak ilmiah ney. Rasanya macam ok, tapi bila baca balik cam poyo laa pulak aku ney. Jiwang terlebih laa plak.....hehe. Segala cerita yang dipersembahkan ini tidak ada kene mengena yerk antara kisah silam..Hanya bayangan semata-mata...Jadi bagi sesiapa yang sedang berCINTA, ingin berCINTA dan tengah mencari CINTA,..aku doakan kalian mendapat CINTA yang telus yea. Semoga kita semua mendapat kebahagian yang tidak terhingga. Bagi sesiapa yang pernah KECEWA dengan CINTA, aku harapkan masih ada lagi CINTA buat kalian, kepada insan yang tidak pernah merasakan apa itu CINTA dan mahu merasainya dan kepada mereka yang TIDAK LAGI PERCAYA KEPADA CINTA, aku harapkan di sudut hatimu itu masih ada SECEBIS HARAPAN UNTUK CINTA.INSYALLAH..AMIN

SECEBIS harapan untuk CINTA
oshim_sakura@yahoo.com
15 April 2010

0 comments: