BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday 23 September 2011

Semangat Baru Harus Berubah.....

Assalamualaikum w.b.t....

Entri kali ini agak berbeza sedikit...Menulis sambil tersenyum :-)..Tersenyum bukan kerana apa,cuma terfikir, nak tulis apa sebenarnya yea...hehe...Yelah, diri ini bukan pandai bersulam kata dan bermadah indah..Cukuplah sekadar isinya dapat disampaikan dan difahami maksudnya...Itu pon belum tentu mesej sampai atau orang kata laa ney "Komunikasi tidak berkesan"....kwang...kwang...kwang....Tidak paham tidak mengapa,tidak perlu memahami..Cukuplah sekadar empunya diri memahami..hahaha

Ok..cukuplah merepek di situ..Berbalik kepada tajuk asal...."Semangat Baru Harus Berubah"...Yup, bila sebut pasai perubahan,pastinya perubahan tersebut haruslah ke arah yang lebih baik ataupun positif...Sekirannya nak berubah ke arah negatif, baik tidak payah nak berubah...stay sahaja dengan atittude yang ada dalam diri..Yelah daripada nak menjahanamkan hati nak merosakkan fikiran..Tidak perlu perubahan itu melainkan ingin berubah ke arah lebih baik kan lebih bagus, alhamdulilah :)

Untuk melakukan perubahan,bukan susah sangat...Senang sahaja, dalam sekelip mata sahaja kita boleh lakukan..Tak percaya,ok cuba lakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan...Seperti ini "mulai hari ini aku ingin berubah daripada tidak minum susu,kepada minum susu...Minum susu baik untuk tulang"....Bukankah senang sahaja? Persoalannya sekarang ini perubahan itu akan menjadi sukar sekirannya kita ingin teguh dan kekalkan perubahan tersebut..Itu sekadar ironinya sahaja...Jadinya perubahan itu tidak kira dalam apa jua perkara atau konteks yang kita lakukan baik dalam perhubungan,sikap mahupun tugasan seharian, semangat nak kekalkannya harus ada...dan harus kuat....Ya,bukan semua orang sempurna,namun tidak salah untuk berubah menjadi yang sempurna bukan,biarpun kita tahu tidak akan dan mampu menjadi sesempurna orangnya...Biarpun susah untuk kekalkannnya, namun tidak salah untuk kita terus mencuba kan..cuba dan cuba lagi...Sebanyak mana pon kita mencuba, tidak sedetik pon kita akan rugi...Bukannya kita perlu membayar setiap percubaan itu bukan...Sekirannya perlu membayar, makanya ramailah antara kita yang tidak akan kenal erti "cuba"..... :)....Dan janganlah percubaan itu hanya dimulut sahaja,tanpa perlakuan yea..Tidak ada gunanya pon.... :)..Ok, itu perkara dan episod lain...hehe

Semakin menginjak ke usia yang lebih matang (bagi menggantikan perkataan tua itu..hehe)...Semakin banyak dirasakan oleh diri setiap perubahan yang dilakukan...Syukur Alhamdulilah, tinggalnya bagaimana nak kekalkannya sahaja dan mencari sebanyak mungkin perubahan yang baik..Insyallah, perkara yang baik akan dibantu oleh Allah....Jadinya, ada satu misi perubahan yang perlu berubah dalam diri....Emm,sukar rasanya namun agaknya perlu kot...Itu pon setelah dikaunseling oleh kaunselor berhemah sebentar tadi...hehe....Sejauh mana perjalanan perubahan tersebut, wallahu'alam...Sama ada hangat-hangat tahi ayam ataupun menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...Ini pon dikira perubahan diri ke arah lebih baik tawww :-)

Itu aspek yang lain...
Aspek yang lain pula, bagaimana hendak mewujudkan semangat baru di sini....
Semangat sudah ada,namun kadang kala agak goyah...Kadang kala kuat, kadang kala agak putus harap..Namun pokok pangkalnya, semangat itu sudah ada :)...Tinggal nak pahat dan kukuhkan sahaja....Biasalah,manusia...Pelbagai perasaan wujud dalam diri....:-)

Biar apa yang kita lakukan,nawaitu setiap perubahan perlu betul...Semangat perlu diselit dalam perubahan tersebut...
Insyallah, semoga perubahan yang kita lakukan kekal dan biarpun tidak sekekal mana, yang penting kita mencuba untuk berubah..dan harapnya akan kekal berterusan....Amin :)

Biarpun kadang kala,aku pon tak paham apa yang sebenarnya hendak ditulis.haha :) So, sebenarnya nak habaq kata

...Kesimpulannya, setiap orang perlu mempunyai "SEMANGAT BARU HENDAK BERUBAH DAN HARUS BERUBAH"....




 Chaiyok2 cik shim....

isy ye kerr tue cik shim...incik Shinichi mcm xpercaya jerk :)
cik shim:betoi laa...awat xpercaya kt ceq kerr...hehe
*Insyallah, Semoga kita semua kuat dalam apa jua perubahan tidak kira perubahan tersebut sekecil hama pon tidak mengapa, dan tersenyumlah pada diri, kita berjaya berubah, siapa lagi nak menghargai dan membahagiakan diri kita kalau bukan diri kita sendiri...yea x ??? ate xkan kome xsuke :-)

0 comments: