BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Wednesday 21 September 2011

Raya Pertama Sebagai........



Sebelum merepek dengan lebih lanjut...moleknya benar sekirannya diberi salam terlebih dahulu...
Asssalamualaikum...:)

Secara tiba-tiba terdetik untuk menulis entri ini...Mungkin tahap kebosanan dan keboringan yang melimpah ruah ataupun kerana masa yang ada terbuang begitu banyak di tong-tong sampah..Makanya terlahirlah entri yg xberapa nk baik....Kenapa baru sekarang publish entri raya ini...? Senang sahaja jawapan ini, baru sahaja membuatnya...hahhaha :)

Bila sebut raya pertama ney...Pasti jawapan berbeza-beza..Raya pertama sebagai seorang isteri,seorang ibu,sebagai seorang suami atau raya pertama sebagai seorang ayah..atau bergelar tunangan orang..Bagi mereka yang sudah bertukar status seperti itu, tahniah diucapkan..Sungguh seronok rasanya apabila rakan-rakan yang lain sudah menempuhi satu fasa yang baru..Bagi yang belum..Insyallah jangan risau dan gusar, masa anda akan tiba..Itu janji dan rahsia Allah..Setiap perkara telah direncanakan olehNya dengan sangat baik sehingga kita sendiri pun tidak terjangkau apa yang terhidang di hadapan.. :-)...Ok, itu episod yang lain..Berbalik topik sebentar tadi, kesemua jawapan tersebut  malangnya  tidak ada dalam diriku....Raya tahun ini masih lagi bujang...kwang..kwang..kwang..:) Owh tapi, tidak mengapa.Masih lagi boleh merasai kebahagiaan... :-)
So,kalau semuanya jawapan salah...apa yang sebetulnya....

Raya pertama sebagai seorang yang bekerja....hehe :)...Pasti ada yang berkata..apalahh yang terbestt sangat...Biase sahaja....Itupun nk kecoh..."Suka hati laah nk tulis"...hahhaha...Sebenarnya besar maknanya kepada orang yang belum pernah bekerja dan belum pernah mendapat gaji...Itulah yang dirasai sebenarnya...:)..Bila dah bekerja, suasananya bertambah lain.Ha' betul tak???hehe....Apa yang sebelum ini,tidak pernah dibeli..dan kalaulah dulu,baju raya hanya sepasang(zmn belajar ok..)...Kali ini lagi meriah...Bukan sebab boleh beli lebih daripada sepasang..Tapi disebabkan semua perbelanjaan bukan lagi bebanan ibu bapa..Itu yang penting sebenarnya...Beban ibu bapa dah semakin berkurang...Tidak kiralah dari semua aspek..Semua kita keluarkan mengikut bajet kita sendiri..Baik baju raya,kasut raya,tudung raya,kuih raya,kek raya dan semua berkaitan dengan raya (termasuk duet raya...wahhhhhh :(
Tak perlu dah nk merengek dekat mak "Mak,baju xkn sepasang,kasut tak beli lagi"...Tiada lagi ayat seperti ini..kan..kan...hehe :)

Alhamdulilah dan syukur....Sedikit sebanyak raya tahun ini dapat kurangkan sedikit bebanan ibu bapa...itu yang penting...Tidak kira sikit atau banyak..Yang penting niat kita membantu ok...:)...Itu dari aspek pembeliaan barang-barang ataupun persiapan raya...Dari aspek duit raya plak...ohhh paling sedeh untuk bercerita...:(...Bukannya kerana mengeluarkan duit raya (xde masalah di situ...chewahhhh)....Raya tahun inilah,yang tidak pernah langsung dan tidak pernah pon sesiapa memberikan duet raya termasuklah dari abah saya,tok ataupun mak menakan (mak sedara bg tidak memahami..:)....Agak berat perasaan itu (chewah cam frust bercinta, pernahkah??? kihkihkih)....
Tapi tidak mengapa,bak kata pepatah..tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima..Syukur kerana ada rezeki untuk diberikan kepada orang lain...:)

Tapi raya tahun ini sangat terbaik...Alhamdulilah..Diberi kesempatan berkumpul dengan keluarga tersayang di Teratak Indah, bermaafan...Selain itu, raya kali ini sangat seronok kerana ada kesempatan lagi dan berpeluang bermain bunga api dan mercun bersama adik beradik dan Auni...Biarpun usia semakin menginjak ke usia dewasa namun memetik kata-kata kak Rita "Usia bukan penghalang" untuk ceq bermain bunga api..Wah..sangat seronok rasanya...Terasa masih kebudak-budakkan...hehe...Dan paling best,beraya dengan "orang baru"..Hadif Rizqi.Rahmat bulan Ramadhan dan Syawal..Tidak lupa, kunjungan rakan-rakan baik..Terima kasih kepada cik Nuin,Pn Atiqah with incik husband Yunus,tak lupa K.Nah n incik suami Ckg Amar bersama-sama pasukan koirnya yg membuat persembahan yang harmoni pada hari itu...:)

So...itu episod raya pertama sebagai orang yang bekerja...Tahun depan...Mungkin entrinya masih tajuk yang sama tapi pengisiannya mungkin berbeza...Ya,mungkin sebagai ~#$$$$ atau masih lagi raya sebagai orang bujang...:)...Kalu bujang lagi raya akan datang...Nak ajaklah incik Sininchi datang beraya ke Pendang, nak tak ???

Boleh nak ajak i beraya bersama..Tapi i malu laa shim..hehe :)

Biar apapun yang pentingnya, tidak kiralah sebagai apa pon..bujang ker,ibu ker..bapa ker...isteri ker..suami ker..tunang kerr...Yang penting bahagialah kita di hari raya...Inilah masa kita bergembira,berhimpun sanak saudara,berjumpa rakan-rakan dan yang paling penting..Ambillah sedikit masa untuk tundukkan segala keegoaan kita dengan memaafkan dan meminta maaf daripada orang lain..Kalau kita tidak boleh buat setiap hari, inilah masanya...Mohon maaf dan memaafkan...Sesungguhnya kita akan lebih tenang ..(tak caya,try buat..  macam nie  :)......

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Maafkan segala kesalahan diri sama ada yang tersurat atau tersirat yang terlepas pandang....Semoga Hari Raya kalian juga adalah yang terbaik.... :)

0 comments: