BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sunday 9 October 2011

Selamat Kembali ke Rumah....:)





Alhamdulilah...selamat kembali ke rumah di Cameron ...:-)

Incik Sinichi yang kasi ker ney????


Yelah..sebabnya lama dah tak masukkan muka incik Sinichi di sini..rindu plak nak masuk blog ini..hehe
 
 
kerr rindu kt cik Shim ney...hehe :)

isy...ke situ plak....saje nak buat incik Sinichi malu-malu....hihi :-)
 

Cukuplah..merepek bersama-sama dengan incik Sinichi kita ney.....Alhamdulilah, akhirnya selamat sampa jua ke Cameron dengan selamatnya....Perjalanan yang agak jauh dengan menaiki bas...Bertolak dari stesen bas Kuantan ke Ipoh jam 12.30 malam...Malam yang cukup melemahkan tatkala seorang diri di situ..Mujurlah, masih ramai penunggu bas yang setia di situ menunggu kehadiran bas yang akan membawa pulang ke destinasi masing-masing.....Sampai di Ipoh lebih kurang jam 7.00 pagi...Pagi yang cukup indah..Ketidakcukupan tidur sangat dirasai...huhu...

Sampai sahaja di sana, kaunter tiket untuk ke Cameron Highlands masih lagi belum di buka...Masih terlalu awal bagi pekerjanya berniaga...Mood kebosanan mula merajai diri ditambah pula dengan mulut yang asyik menguap sahaja mematikan nafsu untuk berjalan-jalan......Bas yang paling awal bergerak ke sana ialah pada jam 11.30 pagi..Cukup lama untuk berada di satu tempat yang sama...Namun begitu, rezeki datang pabila ada seorang teman yang ingin ke Ipoh pada jam 10.00 pagi..Alhamdulilah, akhirnya ada juga rezeki yang datang dan menghantar terus ke muka pintu....Dengan keadaan beg yang agak berat jugak (kursus baru 5 hari namun barang tak payah cakap laa....hehe).., malas rasanya diri nak menaiki bas... :-)

Namun, kami tidak terus pulang ke Ipoh....Masa inilah, berjalan-jalan di Ipoh...Biarpun badan serta mata agak mengantuk dan keletihan namun gagahi juga...Hentian pertama di Karnival IT di Stadium..Sempat membeli pendrive...hehe..Hentian kedua di Tesco bersebelahan dengan Jusco...sempat membeli barangan dapur...Hentian yang akhir sekali tentulah jiran Tesco iaitu Jusco...Hentian solat dan juga makan...Sempat membeli DVD Bini-Biniku Gangster dan Boss 2 (kedua-duanya setakat ini belum lagi menonton)...Tidak lupa barangan untuk di bawa balik ialah Big Apple...Wahh hilang rasa mengantuk tatkala melihat warna warni donutnya...hehe.....Perjalanan yang boleh dikatakan sebenarnya agak panjang dan meletihkan...Namun pabila, berjalan-jalan hilang rasa mengantuknya..Namun, sampai sahaja di rumah...mula mencari bantal dan tilam selepas usai solat Isya'.... :-)


Sebelum menamatkan entri kali ini,,,ingin berkongsi satu gambar yang membuatkan diri tertanya-tanya...Gambar ini diambil di Jusco Ipoh ketika hentian ketiga sebelum sampai di Cameron.....
 

Pelik bukannya apa..Cuma cik shim konfius sahaja...
Perayaan yang akan menjelma ialah Deepavali....
Jadi, apa kaitan dengan cik arnab itu.....
Menampakkan perayaan Deepavali cuma arnab itu memakai sari........



Keliru...keliru dengan mesej yang cuba disampaikan,.....
Mungkin ingin menonjolkan semangat 1 Malaysia...
Mungkin ingin menjimatkan kos membuat patung....
Mungkin ingin mengambil langkah bijak dengan mengamalkan kitar semula....

Apapun....still cute cik arnab pakai sari...:-)





0 comments: