BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday 1 October 2011

Jalan-Jalan Cari Makan Free ... :-)

 Haloooo...Assalamulaikum w.b.t.....:)

 Part 1 :Jalan-Jalan Cari Makan
(Betul-betul cobaaan...huhu)

Minggu lepas..minggu paling bess..Nak kata best sangat tue...idoklah...hehe.....Best bukan apa yea..best sebab dapat makan...free....hahhaa...Macam mana boleh dapat makan free ??? Semua makan berbayor laaa....hehe...

Al-kisahnya begini....kisah ini terjadi sewaktu mengendalikan suatu program anjuran Belia...Adanya diselitkan cabutan bertuah....Makanya, cabutan bertuah itu tidak terkena empunya diri cik shim (mcm biasa, tdk pernah bertuah...haha)......Jadinya, siapa yang terkena ???? Kawan den :).....Hadiahnya berupa dapat menginap di Hotel Star Regency....Oleh sebab, dah tinggal di Cameron...jadinya mengapa perlu menginap di sana ??? Lantaran itu, atas desakan kami yang tersangatlah penyibuk, makanya dirayu kepada pihak hotel untuk menukarkannya kepada makan stimbot di situ...Jadi jawapannya...tentulahhh setuju...hahhaha.....

Sebelum kisah makan-makan ini terjadi, kawan den ney dah pun memberitahu kepada pengurus di hotel tersebut dengan harapan pabila kami sampai..Makanan sudah tersedia......Dipendekkan cerita, kami pun datang di sana, dengan hati beriyang-riang dengan berbaju raya (mood raya ketika itu)....Setelah sampai nak tahu apa jawapan chef hotel tersebut.... "Pengurus tak bagitahu saya apa-apa pon...Macam mana nak masak untuk awak semua???Satu bahan pon tak ada"....Wahhhh...saat itu diucapkan...sangat-sangat terkilan dan sedih...Mana taknya u olls....Datang dengan harapan pulang dengan kekecewaan..manyak sedih hoooo...huhu...Namun  kesedihan ini terubat apabila chef yang sangat baik hati itu berkata "Beginilah, saya bagi nombor telefon saya..awak datang lain kali bagitahu saya sendiri..saya sendiri akan uruskan....Sebut sahaja nak makan apa....."..Mendengar sahaja ayat itu, hati kembali berbunga riang-riang...hahaha..

*Punylah nak simpan perut utk makan disana..Last2 sekali sbb desakan perut yang berkeroncong makanya makan di KFC.....hahaha
 
Seronok sebelum mengetahui berita yang sebenarnya :-) 



Part 2 Jalan-Jalan Cari Makan...
(yang ini betul-betul makan... bukan cobaan dah...hehe )

Kisah kedua ini, dapat makan betul-betul....hehe
Mengikut arahan chef, kami perlu confirmkan sendiri dengan tuan empunya diri yang hendak memasak untuk kami..Jadinya, minggu berikutnya, kami pon tanpa segan silu yea bertindak mengikut arahan dengan.menelefon kepada chef...Berita baiknya ..Positif....hahahha.....Setelah dipersetujui oleh semua ahli..Makanya kami pon membuat keputusan untuk mengenakan "tema biru" pada hari tersebut dengan harapan yang setinggi Gunung Berembun :)....Masuk sahaja ke dalam hotel, kami berharap sangat kali ini, bukan lagi cobaan buat kami sebaliknya pulang dengan kekenyangan...hehe......TERKEJUT....Tidak sangka kami diberi layanan yang sangat baik daripada pihak hotel...Meja yang disediakan begitu besar..Sesuai dengan makanan yang disediakan..Nak tahu kami makan apa???? :)

Menu Pertama : Stimbot (tidak berada di situ kuahnya iaitu sup dan tom yam)....yummy!!

Menu Kedua : Yee Mee Claypot.....
(Kami kata nak makan makanan cina..so chef tolong sediakan....hehe)

Menu Ketiga merangkap Menu Utama....
Dengan ini memperkenalkan "Chicken Chop"....
(yang ini pon dengan request dpd pihak kami..:-)

Gambar diambil sewaktu sebelum makan...
Selepas makan...mana boleh ambik....semua muka kekenyangan...hahha

Keterujaan sebelum aktiviti makan...:)
Macam biasa...dokumentasi itu sangat penting..hehe

Tatkala melihat semua makanan di atas meja..Barulah kami mengerti mengapa kami diberikan meja yang begitu besar sekali....Ingatkan sewaktu mula-mula sampai, terkejut jugak melihat meja yang telah disediakan kepada kami....Ingin jugak mengubahnya, namun didiamkan oleh kami semua....Rupa-rupanya ada benarnya di situ..Meja dipenuhi dengan makanan semua..Sampaikan chef sendiri datang dan berkata "Boleh habiskan kerr semuanya??"....Kami pon dengan lantas dan tuntas berkata "Boleh..boleh aje".....Rupa-rupanya aduhaiii.....Tersangatlahh kenyang sampaikan hanya chicken chop sahaja dapat dihabiskan..Yang lainnya memang dibiarkan dan hanya dijamah sedikit sahaja....:-)...Benar kata pelayan di situ..."Makanan ini selalunya untuk 8 orang".....hahhaha

Satu peristiwa yang agak lucu jugaklah tatkala makan di situ..Yelah, mana pernah makan stimbot...Tidak ketahui pulak bahawa makan stimbot ini disertakan sekali air teh cina....Bila sebut air teh ney, memang idaman cik shim laa...Minum sahaja air tersebut...Alamak!!!!....Sebijik rasanya macam teh herba orang kampung...Waduhhh.....Kami dengan muka yang agak tak tahu malu pon meminta kepada pihak hotel air yang lain..Yelah..memang cannot go laa...dengan minum air sebegitu....Tatkala meminta ..jawapan yang diberikan ialah "kami just have teh and coffee sahaja".....So, jawapan kami "air kosong ada tak????".....Makanya pada hari tersebut, makananan dengan penuh kemewahan bersama-sama air kosong or sky juice....hahahhaha...... :)..Namun tidak mengapa...lagi sedap daripada teh cina itu...Rela minum air kosong.....hahaha

Itulah episod makan-makan free.....Agak kekok tatkala keluar daripada hotel tersebut...Masakan tidak..keluar tanpa membayar apa-apapun...Makan plak..Tersangatlah banyak....hehe...Namun begitu, pujian harus diberikan kepada kakitangan restoran tersebut sama ada daripada pengurus pada hari itu yang sanggup menghantar makanan kepada kami sambil memberikan arahan bagaimana stimbot dimakan..hehe...Terima kasih juga kepada pelayan di hotel tersebut yang sanggup menunggu dan berdiri di situ ..Takot kami inginkan apa-apa....Terima kasih juga kepada ehsan incik tersebut yang sudi mengambil gambar kami berempat...hehe.....Terima kasih yang tidak terhingga kepada chef Yusof yang sanggup menyediakan makanan kepada kami berempat..Sangat sedap!!!Yummy!!Delicious!!!.....hehe :)...Akhirnya datang dengan harapan pulang dengan perut kekenyangan.,..... :-)

* Moral of de story....*
  • Sangat kenyang pada hari tersebut......:-)
  • Banyak cubaan sebenarnya untuk mendapatkan yang baik dalam hidup...Namun akhirnya Kenikmatan dan Bahagia yang akan kita peroleh...
  • Layanan yang baik biarpun kita pernah buat kesalahan...Jangan tunjukkan kesalahan yang sama...
  • Alhamdulilah....Diberikan rezeki..Terima kasih kepada Kak Lini dan Kak Siti yang sanggup mengundang kami untuk makan bersama-sama..Sangat-sangat terharu :)
Ohhh lupa plak kepada incik Sinichi.....
Incik Sinichi jangan jelez ya..........hehehe :)

Yelah.....punyalah seronok sampai lupa pada incik Sinichi yea??
Takpelah ...as long u olls gembira.....:-)

0 comments: