BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday 11 February 2012

Mahalnya Nilai Sabar itu... :-)

Allah sedang mengajar kamu tentang erti sabar......
Erti sebuah kekuatan dan erti hidup............





Assalamualaikum w.b.t.......


Bismillahhirrahmanirrahim........Terasa ringan jari-jemari kala ini menaip setiap huruf yang ada di papan kekunci....Alhamdulillah, bersyukur masih lagi di beri ruang dan kesempatan bernafas atas muka bumi milikNya.....Masih lagi diberi ruang merasai kasih sayang yang dilimpahkan olehNya pada setiap hambaNya...Tanpa ruang nafas serta kasih sayang dariNya, mana mungkin kita setenang ini..Mana mungkin kita dapat merasai setiap inci limpah rahmatNya...


Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya..Jatuh, bangun kita pada hari ini, kita masih lagi beruntung kerna kita masih lagi ada  DIA yang sentiasa hadir di sisi kita tatkala kita senang mahupun dalam keadaan yang sukar...Dia tidak pernah mengenal erti jemu, memberikan sepenuh kasih sayangNya pada kita biarpun kita alpa padaNya...Namun, diberikan ruang dan kesempatan pada kita untuk mencari pengertian yang sebenarnya..Masya-Allah, betapa kasihnya Dia pada kita hamba yang hina ini....




Namun dalam melayari titian hidup ini, setiap hambaNya pasti diuji.....Tidak kira, sekecil hama mahupun sebesar dugaanNya pada kita, wajib bagi kita percaya bahawasanya sebagai hambanNya, pantas untukNya melihat sejauh mana tahap kesetiaan hambaNya kepada Allah....Melihat sejauh mana tahap iman kita menghadapi semua ini....Benar, kita sebagai manusia, kadang kala kita terlepas pandang....Emosi yang tidak menentu membuatkan kadang kala fikiran rasional itu ditolak mentah-mentah.....Maka, datanglah dengan sorakan penuh kegembiraan sang syaitan dan iblis yang durjana membisikkan dan menambahkan lagi kegusaran yang ada.....Dan kita, terus hanyut memikirkan apakah kesalahan yang aku lakukan sehingga ini ujian ini yang harus aku terima????Mengapa aku????Aku tidak pernah melakukan perkara yang buruk pada orang lain, jadinya mengapa aku diuji sebegini rupa???Mengapa aku kerap kali diuji??? Pasti antara kita kerap kali mengujarkan perkataan ini kan???




Kadang-kadang kita juga kerap kali tertanya-tanya lantas terus mempersoalkan Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita... Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita..Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar hendaklah kita ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, bahkan mungkin insan lain diluar sana yang ujianya lebih besar dan berat jika dibandingkan dengan kita. 




Yang pastinya, ujian bagi setiap hambaNya adalah berbeza..Masakan kita, sebagai insan yang kerdil ini mempersoalkan setiap tindak tandukNya.....Masakan kita, insan yang dicipta sendiri olehNya, mempersoalkan kembali kepada Pencipta kita yang sebenar...Saat itu, kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita..



Ingatlah bahawa secara jelasnya telah diterangkan di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Pencipta kita cukup mengenali setiap hambaNya bahawa kita sendiri akan kuat menghadapi setiap ujian yang diberikan pada kita..Lihatlah, dengan mata hati bahawa sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita berlari, selaju mana air mata itu mengalir, ingatlah bahawa betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya kerana diberi ujian sebegitu rupa...Suatu perkara yang harus kita sedari dan harus kita ketahui ialah Allah menguji seseorang itu bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah bahawa kasih sayang Allah kepada kita sangat besar dan sangat luas hinggakan kita terpilih untuk merasai ujian itu. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Saat kita diuji, alihkan pandangan mata kita kearah pepohonan yang menghijau atau laut, pasti kita akan melihat betapa tenangnya dan damainya hati ini......Laut yang membiru memberi penuh dengan ketenangan biarpun pada dasarnya terlihat betapa banyaknya rahsia yang terpendam..Begitu juga dengan kehidupan manusia, lumrah sebagai manusia yang kadang kala tenang, riang gembira namun hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gejolaknya hati serta rahsia kehidupan kita yang tersorak rapi...Namun apa yang pasti, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu seperti mana kita bernaung dibawah langitnya yang sentiasa memberi pelindungan kepada setiap hambaNya...



Saat teruji, berdoalah kepada Allah....Tiada yang lebih memahami diri ini kalau bukan Pencipta kita sendiri...Hanya kepadaNya tempat kita bermohon dan tempat kita mencurahkan segala isi hati yang terpendam yang membelenggu diri kita...Saat itu, janganlah malu seadainya ada titik-titik mutiara yang jernih jatuh kepadaNya....Dan janganlah kita malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah..Bukankah Dia yang Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang...Dan Dialah yang Maha Pendengar setiap isi hati biapun tidak terluah dengan kata-kata....Allah jua tidak pernah jemu mendengar setiap rintihan hambaNya....

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun.....Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa kekuatan itu tidak cukup kuat, maka carilah teman-teman yang boleh berkongsi rasa dan perasaan yang terpendam...Carilah mereka yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukannya mereka yang menjatuhkan kita akhirnya...

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik..Allah tahu apa Dia lakukan pada kita...Tidak akan dianaya hamba yang dikasihiNya..Insyallah.......



INGATLAH bahawa Sabar itu Indah....
INGATLAH jua apabila kita ingat dan menyedari kehadiranNya...
kita akan rasa kuat sentiasa.....
INSYAALLAH........





0 comments: