BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, 4 February 2013

Kerahsiaan lalu Keterimaan...

Allahmdulillah.....


Agak lama tidak menjengah ...Sedikit rasa kekok....Kekok bukan kerna tidak lama menaip..Kekok untuk menulis entri pada hari ini.....Mungkin dek kerana kecelaruan yang berlaku....Memungkinkan perasaan kekok itu bersarang...Namun mahu menulis jua...Menulis agar rasa kebebanan itu sedikit hilang.....Kesedihaan dapat berkurang namun tidak harus dihilangkan....Agar dapat rasa kesedihaan yang sedikit untuk diingati....

Permulaan yang agak berserabut....Permulaan yang tidak dapat memahami.....
Entri kali ini bertajuk "Kerahsiaan lalu Keterimaan"... Pernah menulis entri "Rahsia Allah" dan "Yang kita Sayang".....Saat kedua-dua entri tersebut ditulis, tiada pengalaman...Hanya sekadar coretan harian biasa...Coretan perasaan yang belum berperasaan seperti demikian...Namun hari ini, aku akui perasaan tersebut ..Perasaan yang mendalam terhadap entri tersebut....Dibaca balik, bagi menguatkan emosi yang sedang kacau bilau dan bersarang dalam hati...

Keterpaksaan dalam menerima sesuatu sangat sukar..Apatah lagi sekirannya penerimaan tersebut bukan secara rela hati....Secara ikhlas pada mulanya....Namun harus diakui, perancangan Allah yang sangat hebat...Sangat berhikmah...Sangat rahsia.....

Cerita ini cerita biasa......Bukan cerita mitos atau lagenda yang diimpi-impikan oleh orang lain....Cerita kami seperti cerita orang lain.....Cerita yang berkisar tentang rakan-rakan sekerja...Rakan sejawat di sekolah...Sekirannya hendak dibandingkan ditempat yang lain, aku akui...Tiada pengalaman lain ku terima selain di sini "SEMEKAR"......Jadi, hendak menilai situasi dan pandangan orang lain, aku tak berhak....Namun, berhak sekirannya pengalaman di SEMEKAR....

Rentetan kami, seperti guru biasa di Malaysia....bekerja dan mengajar...Sama sahaja....Namun, perbezaan antara kami, hubungan kami yang boleh diibaratkan seperti sebuah keluarga yang sangat besar..Kami berkongsi permasalahan, berkongsi kegembiraan  dan berkongsi kesedihaan...Tatkala kami menang dan johan peringkat MSSD selama 2 tahun berturut-turut, kami berpelukan (mahram sahaja yea :-) )....Bersalaman....Masih teringat lagi, saat getir tersebut....Kerisauan dan semangat yang diberikan oleh guru-guru yang lain membuatkan kekuatan tersebut mengalir dan menjalar di nadi-nadi para pelajar....Lalu sebagai balasan, akhirnya para guru lelaki diangkat dan dilonjak ke udara oleh para pelajar...Saat itu, andai dirakamkan, belum tentu perasaan tersebut hilang.......

Tatkala semua bertukar warna kulit akibat berjemur, kami faham...Sesungguhnya kesungguhan kami tidak terbayar dengan wang ringgit, namun kerna keikhlasaan kami memilih ke arah itu...Episod kegembiraan selama hampir 3 tahun mengajar, banyak coretan dan titipan yang tersemat di hati..Bila dilayarkan di ingatan, sungguh terlalu banyak kenangan manis....Saat bertungkus lumus menyiapkan sesuatu event sehingga lewat petang atau malam...Kami antaranya....Berkelah beramai-ramai...Berkhemah lalu setia menjaga para pelajar...Sungguh, banyak kenangan....

Dan....saat ini episod kedukaan dan kesedihan menjalar dan terus mengalir ke nadi-nadi kami.....Sorang-sorang guru bertukar.....Hakikat kehidupan.....Setiap permulaan pasti ada akhirnya ceritanya.....Kepayahan menerima memang perit...Tambahan sekirannya yang bertukar, rapat dan sentiasa ada di hati kami....Tatkala itu, apa lagi perkataan yang harus keluar..Hanya bertemankan air mata...Mengharap semuannya kembali normal....

Namun, percaturan Allah dan rahsiaNya sangat hebat..Menguji kita sebagai insanNya tentang erti SABAR dan erti IKHLAS.......

Kak Hasnah aka PK Koku....


Che Wang aka PK Pentadbiran

Mereka antara insan yang kukuh berdiri di sekolah kami selama ini...Setia membantu, setia memberi dorangan dan sokongan buat kami...Sentiasa memastikan yang terbaik buat kami......

Namun, sejak 1 Februari 2013, perkhabaran bahawa mereka bukan lagi insan yang kukuh berdiri di sekolah...Sedikit tersentak, lalu membuatkan emosi kami terganggu..Sunnguh, pemergiaan mereka sangat dirasai.......

Tambahan, Kak Nah (kak hasnah) sangat rapat dalam kalangan kami ......
Kami menggelarkan diri kami "ahli Voque"...hahaha

Kehilangan dan pemergiaan ke sekolah lain memang sangat menjadikan hati-hati kami rapuh....Bukan kerana tugasnya sebagai PK Koku yang membuatkan kami erat....Bukan kerana jawatan yang kami pandang...Namun, disebabkan keprihatianan beliau terhadap kami, perasaan sayang dan jalinan ukhwahnya yang merapatkan kami...Biarpun ada badai yang melanda, dia tetap menyokong.....Saat kami duka, dia yang mengalirkan kekuatan agar kami tabah......Andai dicari galang ganti, sungguh tiada insan sepertinya ....

Kerahsiaan sudah tidak menjadi rahsia...Keterimaan yang harus tersemat dalam jiwa.....
Biarpun sukar, namun sebagai insan biasa, harus belajar menerima...
Belajar ikhlaskan hati....
Kesukaran memang sukar.....
Benar, hidup adalah sebuah pilihan..
Namun kadang kala kita tiada pilihan....
Pastinya hidup perlu diteruskan....
Bukan cuba melupakan...
Namun cuba gagahi untuk meneruskan kelangsungan perjalanan sebagai hamba Allah.....
Pasti ada hikmahnya atas segala yang berlaku......
Pasti ada kemanisan di sebalik kedukaan....

Janji Allah itu pasti...Dia tidak akan membebankan hambaNya melainkan kesanggupan hambaNya melaluinya......Terima kasih atas ujian ini.....Kami sedar bahawa, ujian ini lebih membuatkan hubungan kami semakin erat, ukhwah yang terjalin ternyata hebat.......Alhamdullilah....


"Allah akan uji benda yang paling kita sayang..Nak tengok sejauh mana penerimaan dan keikhlasan kita menerimanya".........(kata-kata Kak Nah)

Maka benarlah....
Ikhaskan hati..Insyallah, yang terbaik akan menyusul........


*Saat ini, sekolah kami seperti dilanda taufan...Kusut perasaan masing-masing....
*Sekirannya didengar, berharap perkara sebegini tidak terjadi kepada pihak lain, ditukarkan bukan secara sukarela dalam keadaaan yang agak menimbulkan tanda tanya...Perubahan itu perlu,memang tidak dapat disangkal lagi, namun sekirannya mampu mengugat perasaan anak terhadap pelajaran, mengugat emosi guru dan pelajar....Maka, berhati-hatilah.......
*Masalah tidak akan selesai, sekirannya kita campak masalah tersebut.......
*Tangani bukan elakkan....
 
 





Saturday, 15 December 2012

Harapan dan Impian Kita Bersama


Ya Allah ....Ya tuhanku.... Kau kuatkanlah hati ini... Sebagaimana Kau kuatkan hati Nabi Muhammad S.A.W dan para Rasul.. dalam menegakkan ajaranMu....... 

Ya Allah..Ya Tuhanku... Kau lindungilah hati ini.... Sebagaimana Kau lindung setiap hamba-hambaMu....

 Ya Allah...Ya Tuhanku... Kau jagalah hati ini .... Agar terus mencintaiMu... Sebagaimana Kau mencintai kami...

 Kau kentalkanlah hati ini yang kadang-kala goyah dalam ujianMu....... 
Kau suburkan rasa cintaku padaMu , Nabi dan para Rasul...

Janganlah Kau biarkan aku terus hanyut melupakanMu.... Sepertimana Kau yang tidak pernah melupakan hambaMu...

Janganlah Kau biarkan aku leka dalam setiap nafasku...

Sesungguhnya dalam setiap nafasku....Hanyalah kepunyaanMu...... 
Dalam setiap degupan jantungku.......Hanyalah padaMu...

Seandainya itu ujianMu pada hambaMu... Redhakan dan pasrahkan aku.....


Kuatkan aku.... Lindungilah aku... Jagalah hatiku.....

Sesungguhnya ... Kau Yang Maha Mendengar.... Maha Melihat...Maha Pengasih....


Hanya padaMu, kami sujud kepadaMu... Hanya padaMu............

Wednesday, 7 November 2012

Perubahan....



Musim berubah.....

Begitu juga dengan dengan kita......

Namun, musim berubah mengikut fitrah yang telah ditetapkaNya.....

Bagaimana pula dengan kita ?

Dan ternyata oerubahan itu pasti ada ....

 
  

Monday, 5 November 2012

MOOD TIDAK STABIL

ENTRI SERINGKAS MUNGKIN......


MOOD TIDAK BERAPA NAK STABIL.......

Huhu............



*Kau tenangkan hati ini Ya Allah dan hati-hati hambaMu.....Sesungguhnya Engkau tempat kami bermohon dan hanya Engkau yang mengetahui yang terbaik buat hambamu...Amin

Saturday, 13 October 2012

Yang Kita Sayang

"Benda yang kita sayang itulah, yang Allah akan uji.....Nak tengok sejauh mana sebenarnya keperibadian kita, nak tengok sejauh mana kita boleh menerima dan nak tengok sejauh mana sifat kita asalnya.."


Assalamualaikum......


Sekadar perkongsian....Ayat yang aku terima oleh seseorang pada pagi tadi......

Nampak ayat dan perkataan yang digunakan sangat ringkas.....

Namun, bila diteliti maksudnya sangat mendalam....

Boleh diterjemahkan  dalam pelbagai hal.....


Sungguhkan,,,,,,Benda yang kita sayang, itulah Allah akan uji...Mahu melihat kesediaan kita menerima dan melihat sifat asal kita...Lumrah manusia, benda yang kita sayang, seboleh yang mungkin kita akan jaganya dan kalau boleh, tidak akan diberikan pada orang lain.......Tambahan pula, kalau benda tersebut, sememangnya hak peribadi yang sangat sulit dan paling berharga...


Namun, kita seolah-olah lupa bahawa Allah berhak ke atas hambaNya.......


Bukan Dia hendak merampas, namun ketahuilah itu HAK dan KUASANYA....

Siapa kita untuk menghalangnya.......

Cuma mahu melihat, bersediakah kita sekirannya sesuatu berlaku.......

Iman kita selepas itu bagaimana ?

Kecintaan kita padaNya bagaimana ?




*Tidak perlukan ujian atau yang kita sayang diuji untuk beriman dan cinta padaNya...
* Belum diuji pun, harus beriman padaNya...Selepas itu, tambahkan lagi kecintaan kita padaNya..
*Ingat-mengingati itu penting, kadang kala ita tidak sedar dan lalai.....
Insyallah.......




Saturday, 6 October 2012

AKHIRNYA....PMR MENJELMA

Dug..Dag..Dug..Dag.....


 Genre : Seram
Tajuk Filem : PMR
Tarikh tayangan : 8 Oktober 2012
Penerbit Filem  : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Tiket : Percuma (hanya tingkatan 3 sahaja)
Tempat tayangan  : Sekolah-sekolah Menengah seluruh Malaysia
Arahan : Pengawas Peperiksaan






Assalamualaikum wtb......

Tinggal lebih kurang 2 hari lagi peperiksaan PMR akan menjelma.....

Perasaan usah ditanya....

Sedikit gemuruh (bukan sedikit, banyak sebenarnya :-) )

Sedikit tertekan.....

Sedikit gementar......

Tahun pertama mengajar pelajar Tingkatan 3........

Tahun pertama berperasaan sedemikian.......

Rasanya jika dibandingkan dengan pelajar.....aku yang terlebih sudah.......

Namun, segalanya telah dicurahkan....segalanya telah diberikan (ilmu sahaja yea ^ _ ^ )..hehe

Harapan..semestinya tinggi.....Jika tidak setinggi gunung, sekadar tinggi bangunan sekolah pun cukup memadai........kihkih

Ingin benarnya merasai kegembiraan para pelajar sewaktu mengambil keputusan....

Yang penting, tertera Mata pelajaran Bahasa Melayu LULUS.......


Teringat sewaktu mengajar kelas tambahan buat para pelajar....

Pelajar : cikgu, bila lagi nak buat kelas.....sekarang ney woo saya banyak suka bm (sila gunakan loghat cina)....

cikgu : baru sekarang awk kata seronok, penat sy mengajar tunggang-langgang, bersilat bagai 9 bulan ney, baru sekarang rasa seronok.... (dlm hati seriuss .......gembira dan hati melompat-lompat)....



Sebenarnya bukan mudah untuk mendekati para pelajar cina dan india untuk mereka menyukai bahasa melayu, jujurnya aku mengambil masa yang agak lama untuk menarik minat mereka....Biarpun pada akhirnya mereka mulai menunjukkan rasa minat mereka.....Dalam hati, sejujurnya rasa terharu.....gembira........

Tambahan pula, bila para pelajar yang agak nakal, mula menarik kerusi dan duduk ditepi meja guru untuk bertanya pelbagai  soalan....Perasaan seandainya mereka perempuan , dah lama aku peluk (jaga tingkah laku, karang tak pasai-pasai famous).....hahahhaha.....Dalam hati, tidak berhenti-henti ucap Alhamdulllilah...Bersyukur sangat-sangat......

Kadang kala, biar apa jua bangsa, bila semangat belajar itu ada, guru -guru akan merasai tempiasnya.....Biarpun sanggup berkorban masa, mengajar sehingga tamat persekolahan bersambung pula ketika cuti, tidak dirasai semuannya......Hanya semata-mata mahu melihat para pelajar berjaya........

Itu yang aku tabik springggg pada guru-guru sekalian......Sungguh, bukan kerna aku juga seorang guru, namun kerana budi mereka, tidak sampai aku di tahap sekarang ini...


Buat para pelajar sekalian yang berada di luar sana, nak ucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan...Semoga buat yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah yang paling penting buat kedua ibu bapa anda....Buktikan pada guru dan sekolah, bahawa anda sememangnya layak dan buat mereka bangga....Chaiyok...chaiyok !!!!!.......



Sunday, 30 September 2012

Rahsia Allah :-)


Assalamualaikum.......


Bila terasa ingin menulis, terus menaip papan kekunci.....

Bila mula menulis, terasa janggal pula membiarkannya sepi......

Bila mula menulis, terasa perkara apa yang perlu direncanakan....

Bila mula menulis, bayangan tajuk pula tidak diketahui....

Bila mula menulis. akhirnya terlintas perkataan "Rahsia Allah".......


Benar, Rahsia Allah itu sudah cukup mencukupi segalanya.......Apa sahaja yang terbentang di hadapan mata yakni yang tersurat dan tersirat apatah lagi menjadi rahsia Allah.....

Terkadang kita sendiri tidak sedar bahawa indahnya ya rahsia Allah itu...Bayangkan sekirannya sudah tertulis seperti dalam diari, maka hilanglah Kekuasaan Allah dan Kekayaan Allah......Subhanallah, Maha Besar rahsiaMu.......

Rahsia Allah itu meliputi segalanya..Soal rezeki, jodoh dan maut....Hampir segalanya dirahsiakan buat hambanya...

Namun yang pasti ternyata rahsia Allah itu membuatkan kita sentiasa istiqamah dan redha dengan ketentuanNya.......

Allah itu mahu menguji .....

Sejauh mana keikhlasan kita dalam menerimanya....

Sejauh mana kita bersedia.....

Sejauh mana kita ikhlas .....

Namun yang pasti, Allah itu Maha Adil.....Lalu dibukakan jua sedikit rahsia buat hambanya.....

Dan rahsia itu, tertulis dalam kitab suci Al-Quran......


Allah  SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :-

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]




Terpulang pada kita sebagai hambanya untuk menilai dan meneliti... 

Segalanya telah terzahir.......

Namun Allah tetap menyembunyikan dan merahsiakan juga 10 perkara :


1.  Allah SWT merahsiakan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambanya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan mengabaikan malam-malam yang lain. Oleh itu Allah SWT menghendaki hambanya melakukan ketaatan sepanjang Ramadhan dan sepanjang hayatnya.
.
2.  Allah SWT merahsiakan Redha-Nya dalam taat. 
Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan (keredhaan-Nya) atas amalan-amalan yang kita persembahkan kepadanya (ketaatan) supaya kita tidak kecewa di atas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat kecacatan yang kita tidak ketahui.

.
3.  Allah SWT merahsiakan Murka-Nya di dalam maksiat. 
Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan (Kemurkaan) daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat di dunia. Sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

.
4.  Allah SWT merahsiakan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
Allah SWT tidak menyatakan nama-Nya yang terAgung di dalam Al-Quran supaya hambanya tidak tertumpu pada nama dan surah tertentu sahaja dan mengabaikan kemujizatan kitab suci tersebut. Maka Allah SWT menghendaki hambanya sentiasa mengkaji dan memahami isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

.
5.  Allah SWT merahsiakan solat yang paling utama di dalam solat fardhu. 
Allah SWT menyembunyikan solat kita yang terbaik disisinya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadanya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

.
6.  Allah SWT merahsiakan wali Allah dikalangan alim-ulama’
Allah SWT tidak menyatakan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

.
7.  Allah SWT merahsiakan Qada’ dan Qadar di dalam kehidupan.
Allah SWT menyembunyikan untung-rugi nasib dan perjalanan kehidupan agar manusia sentiasa redha menerima sebarang kemungkinan. Sudah tentu terkandung banyak hikmah disebaliknya yang telah ditentukan sejak azali lagi. Di samping itu, ianya juga menggalakkan kita lebih berusaha serta bertawakal kepada Allah SWT.
.
8.  Allah SWT merahsiakan Jodoh Pertemuan. 
Allah SWT tidak menyatakan pasangan hidup seseorang supaya kita tidak merasa kecewa di atas ketentuan tersebut dan menerima pasangan seadanya dengan penuh hikmah dan syukur, agar kita dapat meneruskan kehidupan dengan aman sejahtera.

.
9.  Allah SWT merahsiakan tarikh kematian
Allah SWT merahsiakan tarikh kematian hambanya dengan hikmah agar hambanya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja, tanpa sesaat pun tertangguh.
.
10.  Allah SWT merahsiakan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat bermulanya hari kiamat. pasti hamba-hambanya tidak dapat menempuh hari dengan lebih sempurna, mereka akan hilang akal dan tanpa mahu melakukan sebarang pekerjaan.
.
.
Begitulah bertapa luasnya ilmu Allah Yang Maha Pencipta yang hanya merahsiakan beberapa perkara disisi-Nya supaya kita sebagai hamba sentiasa berwaspada dan beramal soleh dalam kehidupan yang dipinjamkan. Hanya ilmu dan perbuatan yang bermanfaat sahajalah yang berkekalan dan dapat membantu kita di alam barzah dan akhirat nanti.



Wallahu A’alam Bissowab

 P/S : Semoga perkongsian ilmu ini mendapat barakah dan keredhannya.....Insyallah