BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sunday 3 March 2013

Hari itu......

Takdir membuatkan seseorang berjumpa...Dan kerana Takdir juga pertemuan itu bertukar perpisahan....Dan sesungguhnya perancangan Allah itu ternyata hebat.......


#Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar#

Tidak banyak detik yang dirakamkan..Cukuplah sekadar rakaman yang akan tersemat di jiwa.....



Bermulanya kisah terakhir pada 8 Februari 2013.....


Masing-masing sibuk menguruskan tugasan yang diberikan...Mengawal pelajar di dewan, setup audio, para pelajar dan pengawas turut menanti di dewan dengan penuh sabar...Menantikan kehadiran 2 guru mereka yang akan bertukar. Ikut perancangan, guru yang hendak ditukar itu iaitu Che Wang dan K.Nah tidak akan tahu menahu langsung berkenaan sambutan perpisahan ini..Entah dimana silapnya, ada laa beberapa orang pelajar dan guru yang terlepas cakap...aduhhh penat plan semua ini..Namun, pengisiaan mereka berdua tidak tahu....


Ingat lagi, beberapa hari sebelum tarikh tersebut, keadaan kami agak gila dan serabut sedikit...Menguruskan sambutan perpisahan agak besar dalam tempoh tidak sampai 4 hari..Sangat dasyat... Pelbagai perancangan di buat....Perjumpaan dengan para pelajar juga telah dibuat....


Sedikit coretan sebelum tarikh tersebut....

1. Kami tidak lagi duduk bersembang di bilik K.Nah, memandangkan terlalu sibuk uruskan majlis mereka berdua sehinggkan K.Nah terasa hati seolah-olah tidak menghiraukannya..huhu..so sorie yea..terpaksa..
2. Menampakkan kelainan, kami dengan dibantu pakar-pakar cameraman, mengambil video guru-guru yang ingin membuat ucapan....Seriusly, ada part yang sangat sedih dan kelakar....Tidak sangka hanya dalam 3 hari, boleh buat filem pendek buat mereka berdua...
3. Semua guru seolah-olah melarikan diri daripada mereka..heheh
4. Ada plak, cikgu yang bertanyakan sendiri kepada mereka, "xde sambutan perpisahan ker nak buat"..Time tue mcm nk kick saja...haiyaaaa...
5.Minggu tersebut, kami banyak mengambil gambar bersama-sama dan memakai baju yang sama...

Saat kejadian berlaku.....

Semua sudah bersedia...Semua yang dirai bersama-sama Pengetua dan Ketua Bidang berada di pejabat..Saat itu, aku menemai K.Nah di biliknya..Menunggu isyarat sebelum turun...Waktu itu, memang cuba nak kuatkan perasaan..Segalanya akan berakhir....Cuba melarikan topik perbincangan agar lebih santai..Tahu gejolak hati K.nah yang mula menampakkan kesedihan....Tiba-tiba, keluar ayat "K.nah sembahyang istikaharah...Dalam mimpi itu, memang nampak sangat terlalu sukar untuk K.nah"....Aku tergamam...Titik-titik air mata mula kelihatan...Cuba menenangkan beliau...Isyarat untuk turun, sudah diberikan..Dengan agak lemah, menjemput K.nah bersama Che Wang dan yang lain. Pengetua masuk ke bilik, saat itu...Seolah-olah ingin membawa pesalah ke tali gantung...Berat untuknya keluar dari bilik itu...Cuba ditenangkan pengetua dengan memeluknya..Aku majlis belum bermula, dah habis air mata dah...Serius, sangat sedih ketika itu..Cara melihat dia memandang bilik tersebut dan membuatkan aku sedih....


Perarakan mereka ke dewan, disambut dengan paluan kompang dan bungga manggar..Alhamdulillah, biarpun berlatih sekejap, namun hasilnya memuaskan...Dalam dewan, saat mereka mula masuk, tepukan gemuruh diberikan..Kami sendiri tidak meminta para pelajar bertepuk, namun melihat kesungguhan pelajar, sangat mengharukan....Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat, ucapan wakil pelajar, wakil guru dan pengetua....Kemudian ucapan Che Wang, selaku ketua keluarga, beliau sangat tabah.....Kemudian, K.Nah...Ayat yang pertama, nada kesedihan mula dirasakan..Menitik air matanya...Saat itu, secara tiba-tiba para pelajar bertepuk tangan seolah-olah memberikan kuasa kepadanya untuk meneruskan...Perjalanan ucapan kembali lancar...Ayat yang terakhir, K.Nah membaca kad ucapan yang ditulis oleh kami kepada semua orang...Ya Allah, sesungguhnya ikatan ukhwah yang Kau jalinkan pada kami sangat utuh dan kuat...Membuatkan kami sedar, kasih sayang itu andai dinilai, sungguh tiada gantinya....

Majlis diteruskan dengan Persembahan Multimedia..Filem pendek buat mereka..Ucapan dari seluruh keluarga SEMEKAR diiringi lagi-lagu yang tentunya akan meruntun hati kami..Gambar-gambar kenangan dipaparkan seolah-olah persitiwa itu baru sahaja kami lalui.....Saat ini, semua menundukkan kepala...Majlis diteruskan dengan persembahan daripada badan pengawas dan semua guru..Kami menyanyikan lagu Seasons in The Sun dan Salam Perpisahan...Saat Salam Perpisahan dibunyikan, rata-rata daripada kami mula menitikkan air mata...Tanpa disangka-sangka mereka berdua naik ke pentas bersama-sama kami dan mula memeluk dan meminta maaf...Sesungguhnya perasaan tika itu, hanya Allah yang tahu...Melepaskan ikatan yang telah sedia ada..Telah sedia kukuh..sangat sukar buat kami....


Selepas majlis tersebut, diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan upcara pemotongan kek...Banyak benor hadiah depa dapat, kalau begini nak pindah sekolah jgk laa...hahahhaha...
Alhamdulillah sesi pertama berakhir....

Sesi kedua...para pelajar beratur di luar dewan untuk bersalam-salaman dengan mereka berdua....Sehinggalah mereka "punch card" yang terakhir di sekolah ini.........

Alhamdulilah perjalanan yang sukar namun diberi kekuatan untuk kami teruskan.....
Sesungguhnya, saat berpisah sangat sukar dan perit rasanya....


Tika di jamuan kelas....


Still nak menempekkn muka..hahha

Jamuan kami malam itu...

Antara suprise kami buat k.nah....sampai kami buat wakanabeb lagi.....lalu curi-curi masuk ke rumahnya

Suprise yang tidak disangka-sangka hasil bantuan suaminya....

Kaki sekongkol dipecahkan ...

SAMA BAJU KAMI.....



SAMA LAGI KAN...dipakai hari last...

Muka kami yang sembap menangis..huhu

wif Che Wang..akan mula merindui bilik ini....

Perarakan para pelajar....

Terima kasih kerana berjaya menjayakan...


Sangat merindui bilik ini..tempat kami melepak..bergosip...makan........


Biarpun beribu gambar diletakkan, masih belum cukup menilai erti kenangan dan ukhwah kami bersama....

0 comments: