BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Doa

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sunday 3 March 2013

Wahh gtu....

Hari ini, kecelaruan post...

Semua post yang menjadi kucar-kacir seperti nasi goreng campur (mcm xde kena mengena jerk)...hahah


Duduk saja-saja..tetiba terbukak (chewah tetiba konon)....video majlis pernikahan irma hasmie...
Tiba-tiba teruja nak kawen sebentar sebab terjatuh cinta dengan kisahnya...(hahaha gatai..)
Maka keluarlah entri begini...hehehe

Bila bersoal jawap dengan JODOH ney, sesungguhnya kita tak tahu...tak pasti....

Siapa jodoh kita...bila berkawen..kehidupan selepas berkawen dan sebagainya,..

Yelah, bila berhadapan dengan perkara sebegini, kita mahu mencari yang terbaik untuk kita dan kehidupan kita....Bila belum berkahwin..soalan paling famous akan ditanyakan dan kerap kali ditanyakan pada aku "hang memilih kot"...Istilah memilih bagi aku sangat penting....Yea, setiap orang berhak memilih dan pilihan itu hak kita sama ada meneruskan ataupun tidak...Bagi aku memilih seseorang yang akan berkongsi jiwa, menyuburkan rasa cinta itu sangat penting.....Bukan sekadar perkongsian atas katil..Memilih mereka yang dapat menjadi imamku dan imam kelurgaku..Orang yang boleh aku sandarkan kepercayaan dan aku semaikan kasih sayang yang sebelum ini hanya diberikan kepada keluargaku.....

Benar, tidak sempurna seseorang itu sekirannya diri kita pun tidak sempurna..Mencari setampan Yusoff sekuat iman dan sabar Nabi Muhamaad, mungkin tidak....Andai diri kita pun tidak sekuat dan sesolehah seperti Khadijah.....

Apa yang pasti, tunjang rumah tangga tersebut harus bermula dengan baik...Cuba memperbaiki diri agar sebaik, semoga yang baik juga akan hadir menemani kita.....Setiap orang ada impiannya, impian mendirikan rumah tangga bersama dengan orang yang kita pilih..Andai bukan pilihan kita, percayalah pilihan Allah itu adalah sememangnya yang terbaik untuk kita...

Allah tak akan penuhi perkara yang kita nak, tapi Dia hadirkan kita seseorang yang perlu dalam hidup kita..Orang yang perlu kita sayang, cinta dan orang yang perlu yang akan bimbing kita dan keluarga kita...Bukan senang yea..bagi perempuan "my prirority after Allah and Rasul is my husband"....

So, nampakkan perlu kita memilih...memilih hubungan yang akan bertaut dalam jangka masa panjang...Bukan sahaja di dunia, kalau boleh biarlah di juga jodoh kita di syurga...Insyallah....

Memilih bukan dalam konteks keterlaluan, cukuplah sekadar agama yang dapat membimbing kita dan keluarga, rupa yang membahagiakan kita serta kewangan yang dapat melangsungkan kehidupan bersama (cinta dan sayang tak dapat nak membeli keperluan ok)...

Sayang dan cinta tidak menghalalkan cara andai perhubungan tersebut bukan sah dari segi agama..
Betapa cinta dan sayang kita pada seseorang, bukan bermakna dia adalah orang yang akan berkongsi jiwa dengan kita...Jangan digadaikan cinta dan syaang dalam segala perkongsian yang bukan halal matlamatnya......Andai dia bukan orang yang tepat, alangkah bazirnya perasaan itu...Itu yang aku belajar...Simpan rasa yang keterlaluan sayang dan cinta pada orang yang berhak...Andai anda tiada niat untuk menjalinkan sesuatu perhubungan yang serius, makanya jangan memberi pengharapan yang palsu...Memberikan kata-kata yang mampu membuatkan seseorang menaruh harapan...Ungkapan "sayang" andai hati anda bukan seikhlasnya jangan disebut..Harga sebuah kata-kata "sayang" sangat mahal, jangan murahkannya dan melelong dengan tidak sewajarnya.....

Benar, makin kita dewasa, makin kita sedar betapa berharganya nilai sebuah perhubungan yang suci...Andai sayang dan kasih, tadahkan doa...Mohon hatimu dan hatinya bertaut dalam perhubungan yang dihalalkan..Insyallah, Allah mendengar doa kita..Lambat atau cepat, bukan urusan kita..

Yang paling penting, istikharah minta petunjukNya.....Insyallah urusan akan dipermudahkan.....

#Usai solat, selalu berdoa "agar dipermudahkan segala urusan, permudahkan jalan jodoh untukku...Andai di luar sana dia jodohku, maka Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya, berikan aku petunjuk... Kau permudahkanlah urusan kami...dan seandainya dia bukan dikirim untukku, maka Kau jauhkanlah dia daripadaku".......

SEKIAN,merapu merapan dari hati kudus...hehehe

Ekoran menonton video tersebut, terus mengambil lalu membaca setelah sekian lama membeli tanpa disentuh...Tetiba jerk terasa merasai pengalaman itu...ILMU 




So sweet......Pasai video ney laa..tetibe berjiwang aku....hahahha



SEMOGA KITA DIPERTEMUKAN DENGAN ORANG YANG TEPAT ....
ORANG YANG DAPAT KITA BERIKAN KEBAHAGIAAN...
SATU PERHUBUNGAN YANG HALAL....
INSYALLAH..
AMIN

Hari itu......

Takdir membuatkan seseorang berjumpa...Dan kerana Takdir juga pertemuan itu bertukar perpisahan....Dan sesungguhnya perancangan Allah itu ternyata hebat.......


#Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar#

Tidak banyak detik yang dirakamkan..Cukuplah sekadar rakaman yang akan tersemat di jiwa.....



Bermulanya kisah terakhir pada 8 Februari 2013.....


Masing-masing sibuk menguruskan tugasan yang diberikan...Mengawal pelajar di dewan, setup audio, para pelajar dan pengawas turut menanti di dewan dengan penuh sabar...Menantikan kehadiran 2 guru mereka yang akan bertukar. Ikut perancangan, guru yang hendak ditukar itu iaitu Che Wang dan K.Nah tidak akan tahu menahu langsung berkenaan sambutan perpisahan ini..Entah dimana silapnya, ada laa beberapa orang pelajar dan guru yang terlepas cakap...aduhhh penat plan semua ini..Namun, pengisiaan mereka berdua tidak tahu....


Ingat lagi, beberapa hari sebelum tarikh tersebut, keadaan kami agak gila dan serabut sedikit...Menguruskan sambutan perpisahan agak besar dalam tempoh tidak sampai 4 hari..Sangat dasyat... Pelbagai perancangan di buat....Perjumpaan dengan para pelajar juga telah dibuat....


Sedikit coretan sebelum tarikh tersebut....

1. Kami tidak lagi duduk bersembang di bilik K.Nah, memandangkan terlalu sibuk uruskan majlis mereka berdua sehinggkan K.Nah terasa hati seolah-olah tidak menghiraukannya..huhu..so sorie yea..terpaksa..
2. Menampakkan kelainan, kami dengan dibantu pakar-pakar cameraman, mengambil video guru-guru yang ingin membuat ucapan....Seriusly, ada part yang sangat sedih dan kelakar....Tidak sangka hanya dalam 3 hari, boleh buat filem pendek buat mereka berdua...
3. Semua guru seolah-olah melarikan diri daripada mereka..heheh
4. Ada plak, cikgu yang bertanyakan sendiri kepada mereka, "xde sambutan perpisahan ker nak buat"..Time tue mcm nk kick saja...haiyaaaa...
5.Minggu tersebut, kami banyak mengambil gambar bersama-sama dan memakai baju yang sama...

Saat kejadian berlaku.....

Semua sudah bersedia...Semua yang dirai bersama-sama Pengetua dan Ketua Bidang berada di pejabat..Saat itu, aku menemai K.Nah di biliknya..Menunggu isyarat sebelum turun...Waktu itu, memang cuba nak kuatkan perasaan..Segalanya akan berakhir....Cuba melarikan topik perbincangan agar lebih santai..Tahu gejolak hati K.nah yang mula menampakkan kesedihan....Tiba-tiba, keluar ayat "K.nah sembahyang istikaharah...Dalam mimpi itu, memang nampak sangat terlalu sukar untuk K.nah"....Aku tergamam...Titik-titik air mata mula kelihatan...Cuba menenangkan beliau...Isyarat untuk turun, sudah diberikan..Dengan agak lemah, menjemput K.nah bersama Che Wang dan yang lain. Pengetua masuk ke bilik, saat itu...Seolah-olah ingin membawa pesalah ke tali gantung...Berat untuknya keluar dari bilik itu...Cuba ditenangkan pengetua dengan memeluknya..Aku majlis belum bermula, dah habis air mata dah...Serius, sangat sedih ketika itu..Cara melihat dia memandang bilik tersebut dan membuatkan aku sedih....


Perarakan mereka ke dewan, disambut dengan paluan kompang dan bungga manggar..Alhamdulillah, biarpun berlatih sekejap, namun hasilnya memuaskan...Dalam dewan, saat mereka mula masuk, tepukan gemuruh diberikan..Kami sendiri tidak meminta para pelajar bertepuk, namun melihat kesungguhan pelajar, sangat mengharukan....Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat, ucapan wakil pelajar, wakil guru dan pengetua....Kemudian ucapan Che Wang, selaku ketua keluarga, beliau sangat tabah.....Kemudian, K.Nah...Ayat yang pertama, nada kesedihan mula dirasakan..Menitik air matanya...Saat itu, secara tiba-tiba para pelajar bertepuk tangan seolah-olah memberikan kuasa kepadanya untuk meneruskan...Perjalanan ucapan kembali lancar...Ayat yang terakhir, K.Nah membaca kad ucapan yang ditulis oleh kami kepada semua orang...Ya Allah, sesungguhnya ikatan ukhwah yang Kau jalinkan pada kami sangat utuh dan kuat...Membuatkan kami sedar, kasih sayang itu andai dinilai, sungguh tiada gantinya....

Majlis diteruskan dengan Persembahan Multimedia..Filem pendek buat mereka..Ucapan dari seluruh keluarga SEMEKAR diiringi lagi-lagu yang tentunya akan meruntun hati kami..Gambar-gambar kenangan dipaparkan seolah-olah persitiwa itu baru sahaja kami lalui.....Saat ini, semua menundukkan kepala...Majlis diteruskan dengan persembahan daripada badan pengawas dan semua guru..Kami menyanyikan lagu Seasons in The Sun dan Salam Perpisahan...Saat Salam Perpisahan dibunyikan, rata-rata daripada kami mula menitikkan air mata...Tanpa disangka-sangka mereka berdua naik ke pentas bersama-sama kami dan mula memeluk dan meminta maaf...Sesungguhnya perasaan tika itu, hanya Allah yang tahu...Melepaskan ikatan yang telah sedia ada..Telah sedia kukuh..sangat sukar buat kami....


Selepas majlis tersebut, diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan upcara pemotongan kek...Banyak benor hadiah depa dapat, kalau begini nak pindah sekolah jgk laa...hahahhaha...
Alhamdulillah sesi pertama berakhir....

Sesi kedua...para pelajar beratur di luar dewan untuk bersalam-salaman dengan mereka berdua....Sehinggalah mereka "punch card" yang terakhir di sekolah ini.........

Alhamdulilah perjalanan yang sukar namun diberi kekuatan untuk kami teruskan.....
Sesungguhnya, saat berpisah sangat sukar dan perit rasanya....


Tika di jamuan kelas....


Still nak menempekkn muka..hahha

Jamuan kami malam itu...

Antara suprise kami buat k.nah....sampai kami buat wakanabeb lagi.....lalu curi-curi masuk ke rumahnya

Suprise yang tidak disangka-sangka hasil bantuan suaminya....

Kaki sekongkol dipecahkan ...

SAMA BAJU KAMI.....



SAMA LAGI KAN...dipakai hari last...

Muka kami yang sembap menangis..huhu

wif Che Wang..akan mula merindui bilik ini....

Perarakan para pelajar....

Terima kasih kerana berjaya menjayakan...


Sangat merindui bilik ini..tempat kami melepak..bergosip...makan........


Biarpun beribu gambar diletakkan, masih belum cukup menilai erti kenangan dan ukhwah kami bersama....

MERENTAS DESA NEGERI PAHANG

Assalamualaikum....

Tanggal hari ini 03032013...Cantikkan tarikhya.....

Sesiapa nk berkawen tarikh ini sangat sesuai..Nak bertunang ker,xpon nak jadikan tarikh ini sesuatu yang bermakna buat dirinya bolehla.....Tarikh-tarikh ini xde pape makna...cuma mungkin senang nk ingat..Tarikh hari ini juga, takde yang menarik pon..sedeynya..huhu...cuma cemerlang buat aku.....satu hari update byk cerita..hahhaha....tue jerk laa yang mampu...hahahhaha

Ok, cerita kali ini tak basi...sebabnya baru sahaja berlaku.....chewah...
1 Mac 2013, membawa budak ke Bera untuk Merentas Desa Negeri Pahang 2013.....
Biasalah, orang bujang memang begini...ke sana ke mari membawa budak...
Tengoklaa, i kawen nanti, xmau dah terlibat...hahahhahha

Perjalanan kami bermula pada jam 9 pagi dan sampai di SMK SERI BERA iaitu tempat penginapan kami pada jam 5 petang...Pertandingan pada hari esoknya iaitu 2 Mac dan pulang ke Cameron Highlands pon pada hari tersebut.....(Penat atas bas jerk laa..huhu)...

Sebenarnya, takde benda yang menarik sepanjag berada di sana..Cuma seorang pelajar dari daerah kami berjaya mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan...Tidak mengapa,..tiada rezeki...

Tanpa melengahkan masa..Layankan beberepa keping gambar yang sempat diambil.....


Sebaik tiba di tempat perginapan......


Sampai sahaja..terus ketiduran...dasyat cikgunya,....hahaha

Pemandangan dari tempat penginapan..besor gak sekolahnya

Awal-awal pagi kami dah bertolak ke tempat pertandingan..6.30 pagi ok...huhu

Aktiviti pemanasan badan...




Antara guru pengiring.,,,

Dengan ini...diisytiharkan kami memakai JERSI PAHANG...hahaha

PegawaI-pegawai PPD ...

Suntikan kata-kata semangat

Betapa awalnya kami bangun tika itu..huhu

Pelari cilik.....sangat comey en abg ney,,,,

Blog i...gambar i mesti ada...hahahha

Lari dik yea....

 Debaran sebelum dilepaskan....ckg lg debor..
 Jurulatih kami.....
Barangkali tengah mengumpul kekuatan kot...huhu



SEKIAN TERIMA KASIH.....hahahaa

MERENTAS DESA DAERAH

Assalamualaikum....

Entri dah basi...tapi still gak nk update...hohohoh....

Sebabnya keje tak de....Ok bkn xde keje....berlambak sebenarnya....

Tanda buku.....Buat soalan exam..bla...bla..bla....

Tapi still begini...Berbuat-buat xde keje...huhu.....


Malas bercerita panjang...Merentas Desa Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 1 Februari 2013 kalau tak salah (lama sangat....ceq dah lupa...huhu)....
Buat pertama kalinya...selepas beberapa tahun, akhirnya kami dijulang sebagai Johan Keseluruhan 2013...Wah gitu, bersemangat bertepuk-tepuk tangan dan menyokong.....
TAHU sebab apa, johon....sebabnya I ada menyokong (ok, bunyi cengekerik....hahahhaa)......

So, dibawah ini beberapa keping gambar yang sempat diambil.....
#gunakan fon baru....hahahha

Saat kegemilangan kami...hehe

Dgn PK KOKO lama...sedey..huhu

SETERUSNYA..GELAGAT-GELAGAT SELEPAS BERLARI......


Serius benor perbincangan...

Ayahnya tauke Marrybrown....Peace tue tanda kami dapat separuh harga...hoho

Tak tau laa knapa scene ney....



Dengan semua sokongan ....

Agaknya mahu buat Gangnam Style barangkali..

Melihat.....

Tak percaya kot dapat Piala Kejohanan....

Berebut-rebut pegang

Cikgu pon teringin nak pegang....

Saat diumumkan...Reaksi PK KOKO lama kami sedeh...Permulaan yang baik..tapi terpaksa tinggalkan...

Penghormatan kepada beliau mengambil piala...


Dia tidak mahu diterjah....huhu



Itulah sedikit sebanyak coretan pada hari tersebut..Sangat seronok sebenarnya bila bersama dengan pelajar.....